Ingatkan, bila kerajaan membuka sempadan negeri dan memberi laluan kepada rakyat untuk pulang ke kampung merupakan suatu berita gembira. Rupanya, kelonggaran merentas negeri ini tidak memberi makna kepada sesetengah pihak apabila tidak berkemampuan untuk pulang ke kampung dengan seribu satu alasan.
Atas dasar keprihatian yang ada dalam diri usahawan muda ini, beliau telah memberi sinar harapan kepada mereka yang mahu pulang ke kampung halaman. “InsyaAllah saya ada rezeki sikit boleh kongsi,” tulis pengasas Ainaa Beauty ini di laman media sosialnya.
Hafiz Mahamad yang berjanji untuk menyediakan 3 buah bas pada awalnya namun telah menambah bilangan sehingga 5 bas untuk memenuhi impian mereka untuk pulang ke kampung. Kagum sungguh dengan jasa dan pengorbanan suami kepada usahawan muda, Syafiqa Aina ini.
“Saya teringin nak balik kampung tapi saya tahu ada sahabat yang tak ada duit nak balik kampung dan hanya mampu melihat kita semua balik kampung jumpa mak ayah.
Tergerak hati nak booking 3 bas, masyaAllah ramai sahabat yang nak balik. Alhamdulilah saya upgrade ke 5 bas,” tulis Hafiz di laman media sosialnya.
Terharu mendengar cerita mereka yang mahu pulang ke kampung seperti yang telah dikongsi oleh Hafiz Mahamad. “Tadi bila berborak dengan sahabat, ada yang kata – Saya 4 tahun tak balik, ni baru nak jumpa mak ayah. Sambil tunjuk anak dah berusia 4-5 tahun. Ini first time nak balik kampung jumpa atuk.
Ada yang sedih lagi, seorang adik ni datang Kuala Lumpur nak cari kerja untuk interview. Duit ngam ngam untuk makan beberapa hari sebab nk cari kerja dan alhamdulilah rezeki dapat balik dengan ticket free ni.
Banyak lagi cerita sahabat tadi dan rasa happy sangat dapat bantu mereka. Tadi saya ada bagi makanan dan test kit untuk mereka juga. Alhamdulilah selamat 5 bas bertolak ke Utara, Pantai Timur dan Selatan,” coretnya.
Syukur, masih ada insan yang berhati mulia seperti Hafiz yang memikirkan tentang ‘perjuangan’ orang lain. Tidak semua orang mampu bila dah boleh rentas negeri terus ‘start‘ enjin kereta dan pulang ke kampung halaman.
Tambah Hafiz, “Ini saja saya mampu usahakan, insyaAllah next saya cuba uruskan sahabat untuk balik ke Sabah dan Sarawak pula dengan flight.
Ini semua hasil dari perniagaan @ainaabeautyofficial (Ainaa Beauty) dan sahabat semua. Takkan pernah saya lupa diri sebab selama ni sahabat yang doa dan support. Malu diri ni kalau tak ‘beri balik’ pada mereka,” tulisnya. Memang benar dalam setiap rezeki kita ada hak orang lain. Semoga Hafiz dan isteri dimurahkan rezeki dan terus istiqamah membantu mereka yang memerlukan.
This website uses cookies.