Takut dilabel sebagai sombong kerana memilih kawan? Sebaiknya, betulkan persepsi orang mengapa anda memilih dalam berkawan. Pilihan di tangan anda setelah menilai seseorang itu bagaimana. Adakah memberi manfaat atau sebaliknya kerana ia mempengaruhi kehidupan serta masa depan anda.
Biarlah orang nak kata sombong, yang penting anda tidak salah memilih kawan. 5 alasan ini dapat membantu mengapa perlunya memilih kawan.
PENGARUHI TINGKAH LAKU
Selain keluarga, kawan juga boleh mempengaruhi perilaku anda sehari-hari. Contohnya, anda gemar bergaul dengan kawan yang suka bercakap kasar. Sudah tentu anda akan cenderung berbuat demikian kerana terpengaruh. Sebaliknya, jika anda bergaul dengan kawan yang ramah, sopan dan lembut tutur katanya perilaku anda juga akan begitu.
MENAMBAH ILMU
Jika anda seorang yang mempunyai wawasan dan sentiasa inginkan ilmu pilihlah kawan yang ada ciri-ciri seumpama itu. Tetapi itu tak bermaksud anda perlu memandang rendah terhadap mereka yang tidak berpendidikan tinggi. Tambah ilmu dengan kawan-kawan yang berpengetahuan luas contohnya berkawan dengan mereka yang berlainan bidang kerjaya atau usahawan sukses.
PENGARUHI MASA DEPAN
Jika bergaul dengan kawan-kawan yang hanya suka menghabiskan masanya tanpa menyiapkan diri untuk masa depan yang lebih baik boleh saja anda memiliki masa depan yang suram. Orang yang bijak pun belum tentu sukses apatah lagi yang hidupnya senang lenang dengan harta keluarga tanpa pernah merasa susah. Anda akan menyesal jika masa muda disia-siakan.
JANGAN TERLALU NAIF
Tidak semua bernasib baik mendapat kawan yang baik. Ini kerana ada yang tidak jujur dan suka mengambil kesempatan. Paling menakutkan ialah ada yang mahu berkawan semata-mata ingin menjatuhkan seseorang tanpa sedar kerana terlalu iri hati dengan kehidupan orang lain.