Inspektor Sheila yang sebelum ini tular berhubung tindakannya menengking dan mengugut anggota bawahan berpangkat Lans Koperal, sekali lagi menjadi bahan bualan netizen, apabila kini dia dalam misi mencari lelaki yang sudi berkahwin dengannya!

Sesiapa yang berminat untuk berkahwin dengan Inspektor Sheila boleh mencuba nasib dengan membalas hantarannya di Facebook sebelum 1 Julai.

Mendedahkan dirinya masih ‘single’ dalam satu temubual bersama media di luar perkarangan Mahkamah Majistret Selayang, menurut Inspektor Sheila di laman Facebooknya, dia sedang mencari teman hidup tanpa mengira umur, agama, bangsa dan kerjaya.

Baru-baru ini Inspektor Sheila dihadapkan ke mahkamah atas tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.

“Ada Sesiapa Nak Kahwin Dengan Saya?” Dalam Misi ‘Memburu’ Suami, INSPEKTOR SHEILA Bakal Jadi Pempengaruh Kecantikan?
Kredit foto: Sinar Harian
“Ada Sesiapa Nak Kahwin Dengan Saya?” Dalam Misi ‘Memburu’ Suami, INSPEKTOR SHEILA Bakal Jadi Pempengaruh Kecantikan?
Kredit foto: Sinar Harian

Dua hari lalu, Sheila melalui hantarannya di Facebook menyatakan hasratnya untuk mencari pasangan hidup. Malah, Sheila turut menetapkan beberapa syarat untuk golongan lelaki yang berminat.

“Ada sesiapa di sini (media sosial) yang nak berkahwin dengan saya? Beritahu saya di bahagian komen, kita akan keluar bersama untuk menguji keserasian. Juga, lelaki itu perlu melepasi semua syarat yang telah saya tetapkan. Seterusnya berjumpa dengan ayah saya untuk meminta persetujuan dan restu daripadanya,” katanya.

Sheila, hanya mereka yang meninggalkan komen di ruangan tersebut yang boleh keluar bersama dengannya. Keutamaan diberikan kepada lelaki bujang.

“Ini terpakai untuk semu lelaki bujang tanpa mengira umur, bangsa, agama, kerjaya, lokasi dan lain-lain. Jadi, tunggu apa lagi? “Letakkan komen ‘Yes’ anda di ruangan komen dan saya akan hantar mesej peribadi kepada anda. Itu sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, Sheila hanya membuat tawaran terbuka itu dalam 24 jam sahaja. Di ruangan komen, ramai netizen yang mengucapkan selamat maju jaya kepada Sheila. Ada yang berharap Sheila dapat menemui jodoh yang setara dengannya, termasuk mampu bertahan dengan ketegasannya.

Dan baru-baru ini, Inspektor Sheila juga dilihat mencuba karier lain selepas mencuba produk kosmetik dan menjadi pempengaruh untuk satu jenama kosmetik.

@lzmantol Ada masa ganas 🤬 ada masa cantik 😝 #ratumantol #farmasilz #farmasimakeup #kelasmekap #farmasimalaysia #bisnesonline #jutawan #positivevibes #jerit #farmasicosmetics #inspektorsheila #kenahempuk ♬ bunyi asal – LUBUK LIZA

Dalam video itu, Sheila dilihat mempromosikan produk kosmetik itu sambil bibirnya dipakaikan gincu oleh seorang jurusolek sebelum dia secara spontan memalingkan mukanya dan ‘menyampuk’ perbualan wanita lain.

Rata-rata ramai yang meninggalkan komen dan teruja melihat menampilan Inspektor Sheila. Walaupun ada yang masih tidak boleh menerima cara Inspektor Sheila memaki hamun orang awam, namun ramai yang memuji kecantikan asli pegawai polis berkenaan, malah ada yang meminta untuk mengenali dulu karekter sebenar wanita tersebut.

“Ada Sesiapa Nak Kahwin Dengan Saya?” Dalam Misi ‘Memburu’ Suami, INSPEKTOR SHEILA Bakal Jadi Pempengaruh Kecantikan? “Ada Sesiapa Nak Kahwin Dengan Saya?” Dalam Misi ‘Memburu’ Suami, INSPEKTOR SHEILA Bakal Jadi Pempengaruh Kecantikan?“Ada Sesiapa Nak Kahwin Dengan Saya?” Dalam Misi ‘Memburu’ Suami, INSPEKTOR SHEILA Bakal Jadi Pempengaruh Kecantikan?

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***