Menjadi ibu bukan perkara yang mudah dan bukan perkara yang sukar juga sebenarnya, kita boleh laluinya bila kita yakin dan rasa kita boleh, maka ia akan menjadi mudah. Jika kita rasa sebaliknya maka jadilah sebaliknya.
Monolog pada diri selalu ada, dan bagi mama-mama yang baru bergelar mama atau yang sedang melalui status ini, adakah aku ibu yang baik dan inilah yang selalu menjadi persoalan bagi ibu muda hari ini.
Ads
Kami ingin kongsikan 3 tip bagaimana persoalan ini kita boleh kurangkan sedikit demi sedikit. Bagi para ibu di luar sana dapat guard sedikit demi sedikit untuk terus berjuang. Kita adalah ibu yang selalu mencari Allah dan mencari syurga Allah.
Jom kenali tindakan yang paling patut untuk kita lakukan sebelum dan sedang kita lakukan sebagai seorang ibu.
1. Kenali diri sendiri
Bila ibu dapat kenal diri sendiri, ibu akan selalu berfikir apa yang aku ingin di dunia ini? Apa yang sedang aku lalui setiap hari? Apa yang menjadi tanggungjawab aku setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan? Ibu perlu selalu kenal apa kekuatan ibu, apa kelemahan ibu, apa peluang menjadi ibu, dan apa ancaman menjadi seorang ibu. Huraikan satu persatu untuk terus kenal siapa anda dan kenapa anda menjadi seorang ibu.
Di sini para ibu, perlu memiliki buku jurnal sendiri dengan tajuk yang menurut para ibu suka dan meresap pada diri sendiri, catat satu persatu dan buat semakan setiap bulan.
2. Kenali suami anda
Ketika kita bergelar seorang ibu, kita perlu yakin kita ada yang membantu iaitu seorang suami yang menyempurnakan hidup kita. Bagaimana untuk mengenali suami, kita tidak akan pernah kenal secara keseluruhan atas diri orang lain walaupun dia telah memiliki tanggungjawab terhadap diri kita.
Tapi yang boleh dihuraikan adalah, bagaimana suami kita dapat membantu kita menjadi ibu yang baik. Untuk kali pertama mengenal suami adalah, duduk bersama dalam keadaan keduanya sedang dalam keadaan tenang dan catat satu persatu kelemahan dan kekuatan masing-masing kemudian, catat bersama bagaimana untuk melalui bersama.
Ambil sehelai kertas lagi dan senaraikan bagaimana kita ingin membentuk anak yang telah menjadi amanah kita untuk kita bentuk. Jadikan sebagai journal dan lalui secara tenang keduanya. Bila tugasan masing-masing telah faham dan ada denda bila tidak terlaksana dan ada reward bila terlaksana adalah salah satu cara untuk terus kekal menjadi ibu dan ayah yang baik.
Ads
3. Kenali anak-anak anda
Setiap mereka memiliki perangai berbeza, kelemahan berbeza, kekuatan berbeza, peluang berbeza, itulah yang perlu kita sedar. Di sini ibu perlu malah wajib untuk terus istiqamah belajar bagaimana berbicara, bagaimana menggunakan bahasa badan, menggunakan kuasa dan bagaimana mengatasi kelemahan ibu sebagai manipulasi mereka.
Hidup dengan anak-anak Allah berikan pengalaman sejak dalam kandungan, kelahiran mereka belajar berjalan dan bercakap sehinggalah mereka boleh menjadi diri mereka sendiri semua bermula dari seorang ibu dan sebuah rumah.
Ads
Para ibu, laluilah dengan tenang, setiap kali bangun dari tidur, mulakan dengan menyebut nama Tuhan mu ALLAH seperti doa yang sudah disusun oleh Rasulullah, bangun dari katil yakinlah ada pahala yang sedang menanti hari ini, pahala itu akan hilang bila ibu mengeluh, pahala itu akan berlalu bila ibu tidak boleh baik dengan suami dan anak-anak.
Jom teruskan bersemangat dengan diri dan menjadikan rumah dan anak adalah ladang yang mengumpulkan segala pahala yang akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Semoga tip ini dapat membantu anda menjadi ibu yang lebih produktif dan cemerlang.
Coretan,
Puan Anna Rosdijanti Binti Ahmat Rusdi
Pengurus Beana Home Quran Sdn Bhd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Atas usaha Kemanusian Sejagat, Ummah Ikhlas, Sinar Karangkraf, Karya Bestari, TV Al Hijrah dan My Aqsa Defenders bekerjasama menganjurkan #QuranHour untuk Gaza di Shah Alam.
Dengan mesej ‘memanusiakan manusia’ menerusi pengisian Surah Al Insan, acara dijangka berlangsung pada Ahad, 22 Oktober 2023 bertempat di Dataran Karangkraf mulai 8.30 – 9.30 pagi.
Jemputan dibuat kepada semua Muslim untuk hadir ke sesi #QuranHour khas ini, berdoa dan bersolat hajat untuk saudara yang sedang menderita di Gaza.
Solusi secara bersama ini diharapkan dapat menghentikan keganasan, mencapai gencatan senjata, juga kemanusiaan ini dapat sampai kepada ratusan ribu wanita, kanak-kanak dan lelaki yang tidak bersalah di sana.
Peserta disarankan membawa Al-Quran dan payung sendiri dan berkumpul di Dataran Karangkraf. Atau boleh bersama menjalankan misi ini di tempat masing-masing pada waktu yang sama.
Sabtu lepas, selepas pejuang Hamas berjaya ‘menembusi’ wilayah Israel dari Gaza, Presiden Israel, Benjamin Netanyahu telah mengisytiharkan perang terhadap Hamas. Pihak Palestin melaporkan serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2,778 orang meninggal di Gaza dan angka kematian terus meningkat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak perlu perkenalkan lagi wanita serba boleh ini. Bakat Noor Neelofa Mohd Noor tak hanya bergemerlapan dalam bidang seni malah dia kini mencipta satu per satu kejayaan pula dalam dunia perniagaan. Istimewanya April ini, Neelofa menerusi Naelofar Hijab bakal melancarkan koleksi terbarunya, La Dolce Vita secara eksklusif dalam laman beli-belah online terkemuka, ZALORA!
Khabarnya, koleksi ini akan mula di pasarkan di Zalora pada 11 April depan. Lebih menarik, idea menghasilkan rekaan hijab kali ini diinspirasikan daripada Itali yang menterjemahkan La Dolce Vita atau bermaksud ‘The Sweet Life’. Pilihan rona-rona indah berasaskan bunga mawar, buah beri dan garapan warna semula jadi diketengahkan untuk koleksi istimewa tersebut.
Diperincikan dengan elemen mewah dan ceria, La Dolce Vita hadir dengan tiga gaya hijab iaitu Instant (Claudia), Selendang (Louisa) dan Bawal (Marquesa). Rekaan Claudia dan Marquesa menggabungkan ciri seni bina Rome sementara Louisa pula sarat dengan pantulan kilauan kristal Swarovski.
Koleksi Naelofar for ZALORA dijual dengan harga RM99 dan RM105 mulai 11 April ini hanya di laman beli-belah online ZALORA!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
PASANGAN selebriti Son Ye Jin dan juga Hyun Bin selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 27 November lalu.
Berita kelahiran tersebut diperolehi menerusi kenyataan yang disiarkan oleh pihak agensi pasangan selebriti berkenaan.
“Memang benar Son Ye-jin bersalin hari ini. Ibu dan bayinya sihat,” kongsinya.
Kata agensinya, pelakon berusia 40 tahun itu sepatutnya bersalin pada awal Disember namun anaknya terpaksa dilahirkan lebih awal dari tarikh sepatutnya.
Melalui perkongsian Hyun Bin di laman Instagram miliknya, pasangan tersebut memuat naik sekeping foto sempena majlis gender reveal yang menunjukkan pasangan tersebut bakal menimang cahaya mata lelaki.
Terdahulu, Son Ye Jin pernah berkongsi berita gembira tentang kehamilannya di Instagram pada Jun lalu. Aktres ini pada awalnya memberitahu dia berasakan terdapat perubahan pada tubuh badannya sehinggalah disahkan hamil.
Bintang Crash Landing on You itu juga dikatakan sedang berpantang di sebuah pusat jagaan yang terletak di Yeoksam-dong, Seoul.
Bagaimanapun, menerusi tinjauan media sosial pasangan selebriti ini belum lagi mendedahkan nama mahupun wajah anak mereka kepada para peminat.
Untuk rekod pasangan ini berkahwin pada 31 Mac lalu di sebuah majlis tertutup berikutan penularan Covid-19. Pasangan ini dikatakan menjalinkan hubungan cinta selepas Crash Landing On You tamat siaran pada Mac 2020 namun mendedahkan kepada umum pada awal tahun 2021.
Untuk rekod, pasangan romantik ini telah mengumumkan hubungan mereka secara rasmi pada awal Januari tahun ini. Hyun Bin dan Son Ye Jin melangsungkan perkahwinan pada Mac lalu dan majlis diadakan secara tertutup kerana pandemik Covid-19.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...