Romantisnya pasangan suami isteri ini. Bukan hanya kelihatan sepadan bersama bahkan kemesraan mereka cukup asli. Ternyata, mereka saling memerlukan dan melengkapi di antara satu sama lain. Perkahwinan Adam Corrie Lee Abdullah dan Fazema Mohd Fuad pada 21 November 2008 tidaklah segemilang majlis resepsi pasangan selebriti lain namun cara pertemuan mereka begitu indah untuk dikenang.

Ads

Hanya sempat berkenalan dalam tempoh singkat, Adam Corrie dan isteri sepakat mendirikan rumah tangga selepas hanya tiga kali bertemu. Benarlah, aturan Allah itu adalah yang terbaik. Menerusi satu klip video yang dikongsikan Adam Corrie di laman Instagramnya baru-baru ini, bintang berbakat besar ini mengakui telah menyampaikan hasrat untuk berkahwin di hadapan makam Rasulullah SAW ketika mengerjakan umrah selepas lapan bulan dia kembali kepada fitrah (peluk Islam).

KISAH PERKAHWINAN ADAM CORRIE LEE

Tersipu-sipu si isteri bila suami cerita semula detik perkenalan mereka. Hihi……Kredit: Kengkawanproject dan Astro Gempak…Hadith Open Mic adalah sebuah acara anjuran Kengkawan Project sebelum ia diangkat menjadi sebuah program TV di Astro Oasis. …Untuk mengetahui lebih lanjut dan menyertai program #hadithopenmic, boleh ikuti Facebook page Kengkawan Project di sini: https://www.facebook.com/kengkawanproject/ ..#sampaikanwalausatuayat

Posted by The Rohani on Monday, 13 November 2017

Menurut Fazema yang sering digelar sebagai Bidadari oleh suaminya, Adam Corrie telah menghubunginya pada 3 Ramadan dan propose jadi isteri. “Apabila suami propose, saya kata nanti dulu. Bagi saya masa untuk saya buat istikarah dan solat hajat. Bila saya rasa ok, saya akan minta izin daripada ibu bapa saya sama ada jodoh ini betul ke tidak.

Dan keluarga saya pun buat istikarah dan alhamdulillah rasanya itu jodohnya. Walau pun kita tak kenal, Allah dah tetapkan jodoh kita. Dalam masa 2 minggu iaitu pada Nuzul Al-Quran saudara Adam Corrie telah datang meminang saya. Itulah kali kedua kami berjumpa. Dalam masa dua bulan, kali ketiga kami berjumpa adalah pada hari akad nikah kami.”

ADAM CORRIE Bertuah Dikurniakan Bidadari FAZEMA FUAD, Perkahwinan Yang Membawa Saudara Baru Ini Kenal Lebih Dekat Allah SWT!

Tahun ini merupakan tahun ke-10 Adam Corrie bergelar umat Islam sejak memeluk agama suci ini pada 13 Julai 2007. Meskipun telah 9 tahun melayari bahtera perkahwinan di samping insan tersayang dan tanpa kehadiran cahaya mata, namun Fazema dan Adam Corrie mengharungi hidup dengan penuh kesyukuran.

Tulis Fazema di Instagramnya suatu ketika dulu, “Kami ok berdua. Jika belum masanya untuk kami timang cahaya mata mesti Allah ada perancangan yang terbaik untuk kami berdua. Allah dah bagi saya merasa hamil 3 kali. Itupun sudah saya rasa syukur alhamdulilah.

Ads

Setiap kali mendengar khabar berita orang sekeliling hamil, saya mesti menangis kerana gembira. Hingga sekarang kami masih berusaha, yang pasti kami masih tidak berputus asa dan kecewa.  Kerana Allah dah beri banyak nikmat yang perlu saya rasa bersyukur. Iaitu mendapat seorang suami yang baik dan penyayang serta keluarga yang memahami dan sentiasa beri sokongan di kala susah dan senang.

ADAM CORRIE Bertuah Dikurniakan Bidadari FAZEMA FUAD, Perkahwinan Yang Membawa Saudara Baru Ini Kenal Lebih Dekat Allah SWT!

Setiap perkara yang berlaku mesti ada hikmahnya. Yang penting kami berdua bahagia. Masih rasa seperti baru mendirikan rumah tangga walaupun sudah 9 tahun berkahwin. Teruskan mengharap dengan Allah tanpa putus asa. Hikmahnya 3 org zuriat kami iaitu Amin, Alif dan Idris sudah menunggu di sana.”

Ads

Sememangnya semangat dan jiwa kental mereka menghadapi ujian Allah SWT menyentuh hati ramai pihak. Baik Adam Corrie mahupun Fazema, kedua-duanya saling bersangka baik terhadap Yang Maha Esa dan percaya rezeki anak akan dikurniakan bila tiba masanya.

Moga apa yang dikongsikan mereka menjadi iktibar kepada pasangan suami isteri di luar sana yang masih menunggu kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Aminn.

Sumber: Instagram Adam Corrie Lee

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI