Kalau dua kakaknya berjaya dalam bidang seni, Betty Rahmad pula makin ligat mengemudi bisnes makanan miliknya iaitu Betty’s. Tidak hanya sudah berjaya memasuki pasaraya besar di seluruh negara, perniagaan Betty juga tidak putus-putus menerima permintaan online daripada pelanggan. Seronok tengok perniagaan wanita ini makin sukses!
Dalam keterujaan mahu berjaya dalam dunia perniagaan, Betty berusaha melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan sebaik mungkin. Barulah seimbang dan bisnes makin berkat! Alhamdulillah.
Bertemu dengan superwoman tersebut, Betty yang terkenal dengan personaliti mesra dan menyenangkan terbuka berkongsi cabaran menjadi usahawan dan ibu kepada anak kecil berusia tiga tahun.
Jelas adik kepada pengarah terkenal Erma Fatima dan aktres popular, Datin Paduka Umie Aida ini, dia bersyukur perjalanan memajukan produk sambal keluarannya semakin diterima ramai.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah syukur. Buat masa ini busy dengan bisnes dan anak pun semakin membesar. Sekarang umur dah tiga tahun lebih dan makin aktif. Bisnes makin maju, so far alhamdulillah semua dapat diuruskan dengan baik.”
Mengulas bagaimana dia mampu menguruskan kerjaya dan keluarga dengan baik, ini jawapan jujur Betty. “My priority selalunya memang kepada family. Family adalah yang pertama dan kita sebagai usahawan kena pandailah bahagi masa. Lagi-lagi timing untuk family juga timing untuk kerja.
Macam yang saya cakap tadi, anak saya tengah membesar dan tumpuan saya tentunya lebih kepada dia.”
Ditanya didikan yang diterapkan kepada anak tersayang hingga berjaya membentuk peribadi yang baik terhadap anak, selebriti berusia 41 tahun ini terbuka berkongsi tip.
“Sebenarnya based on dan lebih kepada rutin untuk mendisiplinkan anak. Sebab dari baby lagi saya dah sediakan jadual masa untuk dia.
Memang dari kecil saya dah didik anak dengan masa untuk mereka tidur, main, makan dan sebagainya. Itu semua dia kena ikut dan sekarang dia sendiri dah faham.
Misalnya, pukul 2 petang dia kena nap. Pukul 12 kena makan tengahari. Daripada situ baru kita dapat didik anak kita disiplin dan senang untuk dibentuk. Tak adalah dia tak keruan dan tak tahu nak buat apa seharian.”
Tambahnya lagi, “Saya akui memang struggle dan mencabarlah. Tapi bila kita biasa dan tahu niat kita, inshaAllah semua dipermudah. Cuma kena pandai manage your time. Kunci utama untuk sukses is, manage your time and tahu your priority.
My priority memang anak dan suami. Apa pun saya akan kena utamakan mereka sebab kita wanita dan ibu serta isteri, memang priority family. Tapi at the same time kalau saya nak pergi kerja, saya kena manage time. Macam mana nak bahagi masa untuk anak, untuk suami.”
Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad Ali mendirikan rumah tangga bersama Ardy Damis pada Februari 2018. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Ardy Wira yang lahir pada 19 Januari 2019.
Betty kini ligat mengusahakan bisnes makanan Betty’s berupa aneka perisa sambal yang dijual di pasar raya besar terpilih. Moga Betty terus sukses dalam perniagaan dan menjadi inspirasi kepada kaum wanita di luar sana.