Aktif sebagai seorang aktivis, belajar pula dalam bidang psikologi memang sesuai sangat.
Setelah dua tahun menunggu tarikh untuk konvokesyen akhirnya adik kepada aktivis kemanusiaan terkenal, Datin Seri Nurheliza Helmi berjaya menggegam Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan jurusan Psikologi.
“Tiada harta yang lebih bernilai selain dari keluarga tercinta. Mereka jadi saksi saat ika jatuh, saat ika takut, saat ika buntu dan mereka juga menjadi saksi hingga ke saat ini ika dapat memegang segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi). Alhamdulillah, Ya Rabb. Semua dengan izin Allah.
“Berkat doa mereka dan kesabaran mereka mendengar keluh kesah anakanda yang banyak kekurangan ni menjadi asbab ika dapat tamatkan pengajian di Universiti impian ika sejak usia 16 tahun lagi.
“Jazakumullahu khair The Helmis. Semoga kita berpimpin tangan hingga ke syurga Ilahi bersama kekasih hati.”
Tidak ketinggalan, Datin Seri Nur Heliza Helmi turut memuat naik satu posting detik kejayaan adik kesayangannya itu di akaun Instagramnya.
Selain itu, Hazwani turut berpesan kepada seluruh graduan di luar sana termasuk dirinya sendiri:
“Kita keluar dari universiti ini dengan tanggungjawab, sebagai Hamba Allah, Umat Rasulullah dan Khalifah di Bumi Allah.
“Moga Allah bantu kita istiqamah sepanjang apa yang kita pelajari di UIA dan teruskan perjuangan di arena masing-masing.
“Pesan untuk diri sendiri juga, carilah kejayaan dunia namun akhirat jangan dilupa.”
Sekadar info, nama Datin Seri Nur Heliza Helmi dan Hazwani Helmi sudah tidak asing lagi dalam misi kemanusiaan dan aktiviti kesukarelawanan di Malaysia mahupun luar negara sehingga pernah dilantik sebagai ikon untuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Kredit Foto: Instagram Hazwani Helmi
This website uses cookies.