Bertuah Angeline Tan, adik ipar sendiri ajar masakan Kelantan, eksklusif kongsi resipi keluarga Sabri Yunus, Nasi Kerabu Tumis.

Dapat mak mertua, ahli keluarga dan ipar duai yang baik pun satu rezeki. Bukan semua orang merasa dapat keluarga pasangan yang penyayang macam mualaf yang juga selebriti popular, Ardini Angeline Tan ni.

Ads

Genap enam bulan berumah tangga selepas lebih 30 tahun bersahabat, perkahwinan Angeline Tan dengan Sabri Yunus terus diperkatakan. Pada usia Angeline mencecah 57 tahun, wanita yang baru pertama kali menyambut Hari Raya sebagai saudara baru itu teruja berkongsi pengalaman.

Adik Ipar Ajar Masakan Kelantan, Angeline Tan Kongsi Resipi Keluarga Nasi Kerabu Tumis!
Instagram @angelinetanyy

 

Adik Ipar Ajar Masakan Kelantan, Angeline Tan Kongsi Resipi Keluarga Nasi Kerabu Tumis!
Instagram @angelinetanyy

 

Adik Ipar Ajar Masakan Kelantan, Angeline Tan Kongsi Resipi Keluarga Nasi Kerabu Tumis!
Instagram @angelinetanyy

 

Keluarga Sabri Yunus

Selain suami, Angeline Tan bertuah kerana ibu mertua dan adik-beradik iparnya banyak membantu sepanjang beliau mengadaptasi kehidupan baru sebagai Muslim.

Penghijrahannya ke agama Islam diterima baik. Angeline Tan juga banyak belajar memasak dan menyelami tradisi puasa dari keluarga suaminya di sebelah Kelantan.

Sebagai seorang wanita yang rajin memasak, Angeline Tan banyak dibantu oleh Kak Sabariah, adik kepada Sabri Yunus tentang ilmu kulineri Kelantan.

Bukan calang-calang orang! Nak tengok kehandalan Angeline di dapur? Jom tengok temu bual eksklusif Riuh Ramadan ni…

 

Ads

Antara masakan Kelantan yang baru dipelajari adalah Nasi Kerabu Tumis. Berikut resipi yang dikongsikan secara eksklusif untuk peminat Majalah Nona.

Adik Ipar Ajar Masakan Kelantan, Angeline Tan Kongsi Resipi Keluarga Nasi Kerabu Tumis!
Majalah Nona

 

Resipi Nasi Kerabu Tumis

Kuah sambal tumis:
Cili kering – dikisar
Bawang merah – dikisar
Bawang putih – dikisar
Halia – dikisar
Serai
Daun limau purut
Gula Melaka
Santan
Asam keping
Garam & gula secukup rasa
Air

Ads

Bahan kerabu:
Bunga kantan – dihiris
Kacang panjang – dihiris
Kacang botor – dihiris
Tauge
Kobis
Timun – dihiris
Serai
Kangkung
Isi ikan
Kerisik – digoreng
Beras – dimasak dengan bunga telang

Dimakan bersama:
Ayam/daging bakar
Solok lada
Telur masin
Sambal belacan

Cara membuat:
1. Untuk membuat kuah sambal tumis, masak semua bahan yang dikisar dan tuangkan santan. Apabila kuah mendidih, masukkan daun limau purut, asam keping dan perasa secukupnya. Tambah air mengikut kepekatan yang disukai. Ketepikan.
2. Untuk membuat nasi kerabu, gaulkan nasi bunga telang yang dimasak dengan semua bahan kerabu yang dihiris.
3. Hidangkan bersama lauk-pauk kesukaan seperti ayam bakar, daging bakar, solok lada, telur masin dan sambal belacan.

 

Adik Ipar Ajar Masakan Kelantan, Angeline Tan Kongsi Resipi Keluarga Nasi Kerabu Tumis!
Instagram @angelinetanyy

Nona tertarik berkongsi foto terkini Angeline Tan bertelekung serba putih baru-baru ini. Dalam perkongsian beliau di dalam kereta tersebut, beliau menulis…

“Pengalaman yang sangat baik dan indah. Pagi 1 Syawal ke masjid solat sunat Aidilfitri.”

Syukur alhamdulilah. Mudah-mudahan aktres jelita dan disayangi ramai ini terus konsisten menyelami agama Islam dan mencari hidayah yang diredhai-Nya. Semoga istiqamah!

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/aktres-angeline-tan-akhirnya-berhijab-lepas-kahwin-transformasi-lucy-cetus-inspirasi/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI