Penyanyi Adira Suhaimi selamat melahirkan bayi lelaki menerusi kaedah pembedahan sektar 1 tengahari tadi.
Adira yang kini berusia 31 tahun, meluahkan rasa syukur apabila proses kelahiran anaknya yang seberat 3.5 kilogram itu berjalan dengan lancar dan selamat.
“Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar. Saya masih berada dalam keadaan mamai kesan ubat bius yang dijalani tengahari tadi.
“Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Mujur ibu juga turu ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak.
“Terima kasih di atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja,”katanya.
Terdahulu, pelantun lagu Ilusi ini menyembunyikan kehamilannya sehingga memasuki trimester ketiga.
Adira mendirikan rumahtangga dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
This website uses cookies.