Mungkin jarang kita dengar orang lelaki merajuk. Ada yang kata, kalau lelaki merajuk… buruk sangat rupanya. Betul ke?  Sebenarnya…..tidak kira lelaki atau perempuan…kita semua selalu merajuk dan ingin dipujuk bukan? Kita merajuk bila kita merasa tidak puas hati atau marah tapi… kita tidak meluahkannya.

Kita simpan dalam hati, rasa macam nak meletup dada menahannya. Bila dah merajuk, kita akan melahirkannya melalui raut wajah dan reaksi yang kurang menyenangkan. Ada juga yang merajuk tapi mulut tidak berhenti-henti mengomel… suara antara kedengaran dan tidak. Namun yang biasa mengomel bila merajuk adalah wanita dan biasanya wanita lebih lembut dari lelaki untuk dipujuk.

Ads

Bila lelaki mula merajuk… Susah juga untuk dipujuk kerana kebanyakan lelaki jarang merajuk tetapi bila sekali si dia merajuk! Aduh… pasti pening dibuatnya!

Aduh, Bila Lelaki Merajuk… Kalah Perempuan!

TANDA –TANDA LELAKI MERAJUK

Diam Seribu Bahasa
Dia diam sepanjang bersama dengan pasangan. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiakannya dan anggukkan kepalanya sahaja, tanpa sepatah kata Tidak sedikit pun akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah! Dia merajuk…

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tidak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh sahaja. Paling teruk, dia buat-buat tidak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan sahaja boleh buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Masam Muka
Tindakan yang ini ialah tindakan yang paling kita geram. Sudah la… enggan bercakap di tambah lagi dengan tarik-tarik muka masam mencuka. Tak puas hati la konon! Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang juga!

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia enggan berjumpa kita atau face to face. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun,saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji si dia, kita duduk di hadapannya sambil makan… )

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Ingin tunjuk betapa tinggi egonya! Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana semestinya dia hanya akan buat tidak tahu sahaja!

Ads

Matikan Telefon Bimbit
Ini satu lagi tabiat lelaki. Dia tidak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu, dia akan matikan telefon bimbit dan bagi alasan bateri habis. Alasan dia satu sahaja, tidak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa…bila dah rindu nanti call juga last-lastnyer!

Baca Surat Khabar
Bab ini sememangnya tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar itu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tidak tenteram dan ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lebih ketara jika membaca surat khabar tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok televisyen sampai larut malam walaupun rancangan itu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia mungkin di kaca televisyen tetapi hatinya ke lain. Kita harus peka!
Hisap rokok
Tiba-tiba tidak berhenti menghisap rokok, macam tidak pernah dapat rokok setahun dibuatnya.

Ads

Aduh, Bila Lelaki Merajuk… Kalah Perempuan!

APA YANG MEMBUATKAN LELAKI MERAJUK…

Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu daripada anda, tetapi anda tidak memberikannya.

Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda daripada dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

Orang lain lebih hebat daripada dia
Ada kalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian anda. Dan kadangkala, si dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda di samping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI