Mulut berbau kerana berdiet? Usah risau jika anda mengamalkan langkah-langkah berikut.
- Bersihkan mulut
Kerap menggosok gigi, gusi dan lidah setiap pagi dan malam. Jika lalai menjaga kebersihan mulut, sisa-sisa makanan akan mengundang bakteria sehingga menimbulkan nafas busuk dan kerosakan gigi. Jangan lupa membersihkan bahagian belakang lidah tempat bakteria berkumpul menggunakan berus gigi diperbuat dari nilon yang lembut.
- Ubat gigi triclosan
Ketika membeli ubat gigi, elakkan yang mengandungi sodium lauryl sulfate kerana boleh menyebabkan alahan. Sebaliknya, cari ubat gigi yang mengandungi triclosan iaitu agen anti bakteria yang berguna untuk mengurangkan bau mulut.
- Dental floss
Gunakan benang gigi (dental floss) untuk membersihkan sisa-sisa makanan dari celah gigi dengan sempurna. Ini kerana berus gigi tidak mampu menjangkau celah sempit di antara gigi. Jika perlu, berkumur dengan larutan penyegar mulut (mouthwash) untuk mencegah nafas busuk. Namun, hindari larutan penyegar mulut yang mengandungi alkohol.
- Hindari makanan berbau menyengat
Hindari pengambilan seperti bawang putih, bawang merah, petai atau durian. Makanan tersebut akan kekal berbau hingga 72 jam selepas dimakan. Setelah dicerna, kandungan protein dalam makanan tersebut akan beredar melalui aliran darah dan dibawa ke paru-paru dan keluar bersama nafas anda.
- Minum banyak air putih
Banyakkan minum air putih pada saat sahur dan berbuka puasa untuk membuat mulut terjaga kelembapannya. Mulut kering bisa menimbulkan bau nafas tak sedap. Saliva (air liur) berperanan dalam mencegah pertumbuhan bakteria penyebab bau mulut, dengan cara membersihkan mulut dan menghilangkan sisa-sisa makanan yang menjadi penyebab bau mulut.
- Meniup hidung
Amalkan meniup udara keluar dari hidung ketika dijangkiti selesema untuk mencegah bau nafas busuk.