Menjelang hujung tahun ini, ayuh semak barisan produk terbaharu yang dicipta untuk menjaga kecantikan melangkaui batas masa.
Penuaan itu pasti, namun ada caranya melambatkan proses kedutan dan mengekalkan kemudaan dengan berkesan. Dengan kecanggihan sains dan penyelidikan berterusan, evolusi wajah dapat diperlahankan.
Yang mana satu himpunan terbaik untuk kulitmu? Ini pilihan Nona…
(1) OLEHENRIKSEN Barrier Booster
Terus maju dan nikmati segala kelebihan dalam koleksi OLEHENRIKSEN Truth yang ikonik, Barrier Booster Orange Ferment Essence. Esen vitamin C ini bukan sahaja ringan, malah memberi lembapan instant hingga dua kali ganda, mencerah dan melindungi kulit daripada radikal bebas.
Bahan aktif ekstrak jeruk kulit oren, sel stem oren, vitamin C, asid hyaluronik dan sebagainya turut membuatkan wajah anda tampak lebih bermaya!
(2) Fenty Skin Cookies N Clean & Cherry Treat
Mengambil idea Rihanna yang mahukan masker wajah ‘lazat’ seperti krim putar, maka terhasillah Cookies N Clean ini yang mampu mengecutkan liang pori, mengurangkan lebihan minyak dan menjadikan kulit lebih halus selepas pemakaian.
Gunakan dua kali seminggu, selain merawat bibir yang kering merekah dengan Cherry Treat Conditioning + Strengthening Lip Oil setiap hari. Kesannya, sangat menakjubkan!
(3) LANEIGE Radian-C
Kandungan vitamin C sering ‘trending’ kerana khasiatnya dalam meningkatkan imuniti tubuh dan antioksidan yang melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas.
Justeru, Laneige memperkenalkan rangkaian Radian-C yang berkesan untuk menyerikan wajah kusam. Antara produk yang mesti dimiliki adalah Radian-C Cream, Advanced Effector dan Sun Cream.
(4) Shokubutsu Natural Protection Hand Wash
Tangan yang bersih dan lembut merupakan tanda aras baru dalam industri kecantikan. Dalam situasi pandemik yang masih belum berakhir, soal kebersihan tangan sangat mencerminkan kualiti kecantikan seseorang wanita.
Jadi pastikan anda kerap membasmi kuman dengan pembersih tangan Shokubutsu ini. Ia diperbuat daripada 100% minyak shiso organik dan prebiotik tumbuhan untuk mengimbangi microbiome semula jadi kulit.
(5) Supergoop! (Re) Setting Refreshing Mist SPF40
Cara termudah untuk memakai SPF pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Semburan SPF ini bukan sahaja mudah dibawa, malah memberi kemasan matte dengan aroma rosemary dan mint yang segar.
Hanya goncangkan botol dan semburkan ke seluruh wajah untuk perlindungan UV yang menyeluruh. Sungguh ringan seakan tak terasa anda memakai SPF!
(6) Sephora Collection Glitter Brush Set for Face & Eyes
Sephora Collection terus melahirkan produk-produk baru berupa mekap, penjagaan wajah dan rambut, wangian serta mandian hebat yang mudah dan berpatutan untuk setiap wanita. Antaranya set berus terbaharu ini.
Terdapat dalam dua pilihan, anda boleh pilih set mata yang terdiri empat berus untuk solekan pembayang mata dan kening atau set wajah dan mata untuk solekan seluruh wajah. Menarik bukan?
(7) Dr. Jart+ Cicapair
Kulit sensitif boleh berlaku disebabkan faktor pencemaran, tekanan, hormon dan diet. Dengan rangkaian terbaru Dr. Jart+’s Cicapair, alami kebaikan Tiger Grass untuk menentang punca-punca kulit sensitif dengan berkesan.
Antara yang mesti ada adalah Calming Gel Cream untuk menghidrat dengan cepat dan Calming Serum Mask untuk mengurangkan masalah kemerahan kulit sepantas 48 jam!