Musibah banjir yang melanda Shah Alam dan Klang telah mendorong Persatuan Wanita Universiti Teknologi MARA (PEWANI) menjalankan kerja kesukarelawanan bagi membantu membersihkan rumah warga UiTM dan komuniti sekitar yang terjejas.

Ads

Ketua Koordinasinya, Rabiatul Adawiyah Nasir berkata, para sukarelawanan ditugaskan untuk membantu membuat misi pembersihan rumah kediaman di samping membuat agihan sumbangan kit penjagaan diri wanita yang dibuat hasil kutipan sumbangan dari ahli persatuan dan para dermawan.

“Pewani memilih untuk memberikan kit penjagaan wanita yang mengandungi pakaian dalam, tuala wanita, berus dan ubat gigi serta sabun mandi kerana keperluan tersebut amat diperlukan terutama ketika bencana.” Rabiatul Adawiyah

Agih Barang Penjagaan Diri Wanita, PEWANI Prihatin Keperluan Mangsa Banjir Di Shah Alam & Klang!
Kit barangan wanita yang disumbangkan

 

Agih Barang Penjagaan Diri Wanita, PEWANI Prihatin Keperluan Mangsa Banjir Di Shah Alam & Klang!
Team PEWANI

 

Selain itu, Pewani turut membantu Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM dalam menyediakan keperluan barangan dapur juga disediakan kepada kakitangan UiTM yang memerlukan.

Menurut beliau, kerja-kerja kesukarelawanan ini mendapat sokongan penuh Naib Canselor UiTM yang merupakan Komanden Kos Sispa UiTM yang mana gerak kerja telah dimulakan sebaik sahaja air mula surut di lokasi terjejas dan dikoordinasi dengan baik agar setiap misi yang dijalankan mencapai matlamatnya.

Ads

Rabiatul berkata, kerja-kerja pembersihan berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari para sukarelawan yang melibatkan sinergi bersama daripada kadet dari Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) dan Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS) UiTM, Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED) UiTM, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur dan Pusat Kegiatan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM.

Agih Barang Penjagaan Diri Wanita, PEWANI Prihatin Keperluan Mangsa Banjir Di Shah Alam & Klang!
Keadaan rumah mangsa banjir

 

Ads
Agih Barang Penjagaan Diri Wanita, PEWANI Prihatin Keperluan Mangsa Banjir Di Shah Alam & Klang!
Bantuan membersihkan rumah

 

Agih Barang Penjagaan Diri Wanita, PEWANI Prihatin Keperluan Mangsa Banjir Di Shah Alam & Klang!
Team PEWANI mencuci rumah

 

Jelasnya, PEWANI UiTM telah melancarkan Tabung PEWANI@Prihatin bagi menyediakan kit penjagaan wanita. Sumbangan ikhlas untuk menjayakan misi ini amat dialu-alukan dan boleh disalurkan ke akuan Affin Bank 105140001741. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan urusetia Noor Afzan Zakaria di talian 019-3912117.

Untuk rekod, ketika negara diuji wabak Covid-19 kerja amal PEWANI UiTM juga telah menyumbangkan 50,000 helai pelitup muka kepada pelajar sekolah di sekitar Lembah Klang bagi membantu komuniti yang memerlukan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI