Meskipun sering menduduki takhta artis berjaya dan terkaya di Indonesia, wanita ini belum puas – selagi namanya tidak menawan dunia. Kejayaan penyanyi terkenal, Agnes Monica atau kini dikenali Agnez Mo menembusi pasaran muzik Amerika Syarikat sememangnya didorong sifat beliau yang tidak pernah berhenti belajar.

“Saya hanya ingin maju ke depan, dalam setiap momen di kehidupan saya, saya tidak ingin hanya mengenang masa silam.

Ads

Saya mahu fokus pada cara meningkatkan diri agar menjadi lebih baik. Jadi, ya, saya adalah pelajar yang baik, selamanya.” Agnez Mo

Agnez Mo Kekal Artis Terkaya Indonesia, Ini Rahsianya Takluk Peminat Amerika & Jadi Usahawan Berjaya
Agnez Mo menghadiri majlis pelancaran ‘Bling Empire’ Musim 2 Netflix di Los Angeles

 

Agnez Mo Kekal Artis Terkaya Indonesia, Ini Rahsianya Takluk Peminat Amerika & Jadi Usahawan Berjaya
Persembahan Agnez Mo sempena Synchronize Fest 2022

 

Berusia 36 tahun, wanita cantik berketurunan Cina dengan nama penuh Agnes Monica Muljoto dari Jakarta itu pernah melakar sejarah sebagai selebriti terkaya di Indonesia dengan nilai pendapatan kasar $16 juta (RM75 juta).

Beliau mula dikenali sebagai penyanyi, pelakon dan penari sejak zaman kanak-kanak lagi. Namanya mula melonjak naik pada awal 2000 dan sejak itu Agnez Mo terus bangkit serta digelar penyanyi Indonesia yang paling banyak menerima anugerah.

Memilih pusat industri hiburan dunia iaitu Amerika Syarikat, Agnez Mo akhirnya tekad berhijrah untuk mengembangkan bakatnya ke luar negara.

Agnez Mo Kekal Artis Terkaya Indonesia, Ini Rahsianya Takluk Peminat Amerika & Jadi Usahawan Berjaya

“I’m not building a career. I’m creating a legacy.” Agnez Mo

Ads

 

TIP BERJAYA

Melalui temu bual Kumparan bersama Agnez Monica, selebriti terkenal ini berkongsi tip kejayaannya hingga berhasil membina nama di pentas antarabangsa.

Ads
  1. Berhenti menguruskan kehidupan orang lain dan fokus pada diri sendiri.
  2. Jangan menyalahkan orang lain di atas hal yang menimpa kita.
  3. Yakin bahawa bangsa yang besar adalah bangsa yang belajar, bukan bangsa yang berbicara atau mencari-cari kesalahan orang lain.

“Mulailah dengan mengurusi urusanmu sendiri. Itu mungkin merupakan solusi terbaik untuk segala hal. Berhentilah menyalahkan orang lain atas kemalangan yang kamu hadapi.” Agnez Mo

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)

Semoga tip Agnez Mo ini memberi manfaat kepada ramai wanita Malaysia agar tidak terus bertahan dalam zon selesa. Usah mudah rasa selamat!

 

Sumber: Kumparan

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI