KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan rakyat berpisah tiada. Raja berjiwa prihatin.
Baru-baru ini, Seri Paduka Baginda berkenan menunggang motosikal mengelilingi Kampung Tekek, Pulau Tioman serta menyantuni penduduk kampung tersebut.
Kelihatan begitu ‘humble’ sekali ketika Seri Paduka Baginda menunggang motosikal bersama penduduk kampung.
Malah, penampilan sederhana Seri Paduka Baginda yang berbaju T-shirt polos berkolar turut meraih perhatian.
Memetik perkongsian Istana Negara, Seri Paduka Baginda turut berkenan untuk singgah di sebuah gerai bagi menikmati minum petang di samping beramah mesra dengan para pengunjung.
Turut mengiring, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian Pusat Bersalin, Klinik Kesihatan Tekek dan berangkat ke majlis jamuan tengah hari bersama rakyat di Pulau Tioman.
Kongsi Foto: Instagram Istana Negara
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Bahang PRU15, Kali Ini Ketua Puteri UMNO Bidas Hannah Yeoh Angkara Salah Faham Di Twitter
Bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin terasa dengan parti-parti politik semakin rancak membuat persediaan dan mengatur jentera masing-masing menjelang hari pilihan raya. Banyak isu semasa diangkat, termasuklah yang terbaharu, ciapan Ahli Parlimen Segambut – Hannah Yeoh – yang dikatakan biadap oleh Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.
Semuanya bermula apabila Hannah Yeoh yang juga bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berjenaka berkenaan wajah Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Suraya Yaacob yang disifatkan mirip isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansor.
Hannah Yeoh memuat naik ciapan tersebut sebagai respons terhadap keputusan Datuk Suraya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang meletakkan jawatan sebagai EXCO Kedah berkuatkuasa serta-merta.
Walau bagaimanapun, ciapan di Twitter Hannah Yeoh menarik perhatian Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan yang menurutnya, ‘tidak mencerminkan Hannah Yeoh sebagai seorang bekas menteri yang pernah menerajui kementerian wanita.’
“Biarlah berbeza ideologi politik, namun tindakan mengaibkan lebih-lebih lagi sesama wanita adalah satu tindakan yang tidak bermoral.
Mohon pengundi hukum dengan tidak beri undi kepada parti YB ini pada PRU15 tak lama lagi.” Datuk Zahida Zarik Khan
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai maklum balas daripada penyokong masing-masing. Salah faham semakin hebat apabila semua pihak cuba mengaitkan hal-hal lain dan menjadi batu api.
Enggan terus memanjangkan isu tersebut, Hannah Yeoh terus bertindak profesional dengan memberi kenyataan berikut.
“Ikut logik Puteri UMNO dan pemuda mereka, saya biadab kalau saya katakan wanita lain kelihatan seiras dengan Rosmah. Baiklah, saya tarik balik tweet sekali pandang wajah Suraya seiras dengan Rosmah. Saya tidak mahu panjangkan isu ini.”
Semoga kedua-dua tokoh politik wanita yang disegani ramai ini dapat kembali berbaik dan menjernihkan keadaan. Biasalah, salah faham itu normal kan? Tak salah kita ada pendapat yang berlainan tapi usahlah sampai berlakunya perpecahan dalam masyarakat.
Pemimpin yang baik adalah orang yang belajar dari kesalahan, dan tidak pernah berhenti untuk mempelajari hal baru yang berada di sekitarnya.
SITI KHADIJAH Rai Ulang Tahun Ke-15, Rasmi Galeri Pelawat Pertama di Laman Khadijah
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah – The Home of Siti Khadijah.
Laman Khadijah menjadi saksi pembukaan Galeri Pelawat pertama milik Siti Khadijah yang menawarkan pengalaman berharga buat para pelawat tentang sejarah perjalanan 15 tahun Siti Khadijah dari segi pembuatan, tradisi dan inovasi.
Pengunjung berpeluang mencipta pengalaman berharga apabila dapat menjahit sendiri di galeri ini.
Galeri eksklusif ini bukan hanya mempamerkan legasi jenama Siti Khadijah bahkan turut menawarkan telekung dan barangan edisi terhad yang hanya ada di Galeri Pelawat.
Acara utama pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Enda Group Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Siti Khadijah Holding Sdn Bhd), Encik Mohammad Munzir Aminuddin.
Para jemputan juga berpeluang melawat sekitar Laman Khadijah sambil menimba pengalaman secara langsung dalam jahitan sejadah muka seterusnya menyaksikan pertunjukan fesyen yang mempamerkan koleksi Siti Khadijah, Hegira dan Anbot.
FESTIVAL SITI KHADIJAH
Sempena sambutan ulang tahun ke-15 ini, Siti Khadijah turut mengumumkan ‘Festival Siti Khadijah’ yang bakal diadakan pada 22-25 November 2024.
Pelawat juga berpeluang untuk membeli telekung serendah RM100 bagi edisi terpilih serta tawaran eksklusif ketika festival berlangsung.
Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, pelancaran festival turut dilakukan di semua butik Siti Khadijah seluruh negara bermula pada 22 November sehingga 5 Januari 2025.
Para pelanggan berpeluang menikmati diskaun hebat bagi barangan terpilih serta memenangi hadiah premium produk dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM400.
Sejajar dengan visinya, Siti Khadijah berusaha untuk menjadi jenama antarabangsa pilihan yang mengutamakan keselesaan, praktikaliti dan kesederhanaan dalam mengketengahkan produk gaya hidup.
Siti Khadijah merupakan jenama tempatan terkemuka yang telah mempelopori pasaran khusus pembuatan telekung di Malaysia dengan lebih daripada 56 butik tempatan, satu di Indonesia dan satu lagi di Singapura.
BACA JUGA: Koleksi “Raya In Vogue” Patuh Syariah Jadi Sandaran Jenama SITI KHADIJAH
Nikmat CHEESE TARIK CRUST Baharu Domino’s, Tarikan Keju Luar Biasa!
Diinspirasikan oleh mereka yang menggemari keju, Cheese Tarik Crust baharu ini membuktikan bahawa keju yang lebih banyak sememangnya adalah lebih menarik. Produk baharu ini bukan sahaja dicipta dengan penuh teliti tetapi juga menggunakan pemilihan mozzarella berkualiti tinggi seiring dengan usaha Domino’s untuk terus memperkenalkan sensasi keju yang lebih enak dan konsisten dalam setiap sajian.
Bersumberkan seni keju artisan, pembuat piza Domino’s menggunakan teknik khas untuk membuat kerak piza ini dan berjaya menghasilkan kerak piza yang paling berkeju. Dalam mencari rasa keju yang mengasyikkan, Cheese Tarik Crust mengetengahkan rasa keju cheddar yang terletak di dalam kerak yang ditabur dengan parmesan, kemudian dibakar sempurna.
Dihasilkan secara segar bagi setiap pesanan dengan hidangan keju cheddar, cairan keju ini meleleh keluar dari kerak rangup dan memberikan tekstur yang lembut dan boleh ditarik, membuatkan anda ingin menariknya dengan lebih lagi. Dalam meluaskan lagi pilihan, Cheese Tarik juga boleh didapati dengan Mozzarella Cheese Tarik yang asli, yang sebelum ini dikenali sebagai Extreme Edge Crust.
Menurut Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura Shamsul Amree, “Kami gembira dapat memperkenalkan Cheese Tarik Crust baharu ini. Elemen-elemen kesenian dan kasih sayang telah dicurahkan ke dalam penciptaan kerak piza terkini kami seiring dengan inspirasi daripada teknik pembuatan keju.
Kerak ini dihasilkan khusus bagi para peminat keju. Kami sangat gembira dengan penciptaan faktor ‘tarik’ ini dan kami percaya ia akan memberi pengalaman piza yang unik untuk pelanggan-pelanggan kami.”
Cheese Tarik Crust boleh didapati dalam saiz Sederhana dan Besar dan boleh dinikmati dengan semua perisa piza. Ia juga merupakan tambahan pilihan kerak terkini kepada menu Domino’s Pizza yang mengandungi bermacam-macam jenis hidangan. Cuba Cheese Tarik Crust yang baru dengan topping piza kegemaran anda hanya dengan bayaran tambahan sebanyak RM5 untuk piza bersaiz sederhana dan RM7 untuk pizza bersaiz besar.
Pesan 2 Pizza Deal dengan keju tambahan dalam talian dan naik taraf kepada Cheese Tarik Crust untuk menikmati Stuff Cheddar Bites secara percuma setiap hari Selasa sebagai tambahan kepada tawaran Super Tuesday!
Bersempena dengan pelancaran produk terbarunya, Domino’s akan menganjurkan cabaran Cheese Tarik Malaysia yang pertama. Cabaran yang menyeronokkan dan mudah ini bertujuan untuk melihat sejauh mana anda boleh ‘menarik’ keju Cheese Tarik Crust. Untuk menyertai peraduan tersebut, dari 27 November, 2017 hingga 24 Disember, 2017, ambil sekeping gambar keju yang ditarik dalam gaya anda yang paling kreatif, muatkan tag @DominosMY; #CheeseTarikChallenge bersama-sama gambar tersebut dan muat naik di Facebook, Instagram atau Twitter.
Pemenang mingguan akan dimaklumkan menerusi laman web dan akan membawa pulang bekalan piza untuk sepanjang tahun. Untuk setiap cabaran yang berjaya, Domino’s akan menyumbang kepada inisiatif komuniti hujung tahunnya. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH