
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani prosedur dan pemeriksaan kesihatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selama beberapa hari, bermula Isnin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan pada Isnin berkata, baginda akan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara setelah menjalani pemeriksaan kesihatan itu yang dijangka selesai hujung minggu ini.
“Adalah dimaklumkan juga bahawa kesihatan Seri Paduka Baginda secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan,” katanya.
Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah dijadualkan menjalani prosedur itu pada pertengahan September lepas tetapi ditangguhkan.
Beliau berkata, penangguhan itu berikutan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke London, United Kingdom selama lima hari bermula 16 September lepas bagi menghadiri Istiadat Pemakaman Negara Ratu Elizabeth II.
“Seluruh rakyat diseru bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda menjalani prosedur tersebut serta pemeriksaan kesihatan susulan dengan lancar dan Baginda dikurniakan keafiatan yang berpanjangan,” kata Ahmad Fadil.
Sumber: Bernama
Jangkitan Makin Menjadi-Jadi, Tan Sri Dr Noor Hisham Gesa Semua Pihak Amalkan TRIIS

Bermula 6 Februari 2022, Malaysia kembali mencatatkan jumlah kes positif melebihi 10,000 kes. Negara kini sedang mengalami gelombang jangkitan varian Omicron menyebabkan peningkatan kes baharu mendadak di seluruh negara dan rantau Asia Tenggara.
Dengan adanya liputan imunisasi yang tinggi, walaupun berlaku peningkatan kes Covid-19, namun, kemasukan ke hospital dan kematian adalah masih rendah dan terkawal.
“Di sebalik semangat kita untuk kembali menjalani kehidupan norma baharu, menggerakkan ekonomi, merancakkan bisnes dan giat menembusi pasaran luar, saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia supaya mengamalkan TRIIS.” Tan Sri Dr Noor Hisham
Amalan TRIIS atau singkatan TEST, REPORT, ISOLATE, INFORM dan SEEK merupakan senjata ampuh untuk kita beralih ke fasa endemik.
“TRIIS membawa maksud TEST iaitu melakukan ujian pengesanan COVID-19 jika mengalami simptom. REPORT iaitu melaporkan keputusan ujian di aplikasi MySejahtera. ISOLATE iaitu kuarantin kendiri jika positif.
INFORM dengan memaklumkan kepada kontak rapat jika positif dan pihak berwajib jika kesihatan merosot. Serta akhir sekali SEEK, iaitu mendapatkan rawatan jika mengalami gejala berat.”
SESAK
Berbanding dulu, kini dilaporkan semakin ramai yang dijangkiti Covid-19. Menyedari peningkatan kes di kalangan masyarakat kian menjadi-jadi, Tan Sri Dr Noor Hisham turut berpesan agar mematuhi SOP walau dimana sahaja.
“KKM ingin menasihati orang ramai supaya terus mematuhi saranan serta nasihat kesihatan yang sering ditekankan seperti elakkan 3S (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W (Amalkan Wash, Wear, and Warn); sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala, jalani segera ujian saringan Covid-19.”
Beliau berkata, maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW (klik) yang mana data akan dikemaskini pada jam 12 tengah malam setiap hari.
Tengku Permaisuri Selangor Mencemar Duli ke Malam Pengiktirafan Hijab Fashion Award

DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat menghadiri majlis Hijab Fashion Award 2024 yang berlangsung di One World Hotel Petaling Jaya, malam tadi.
Bertemakan ‘Elegance in White & Nude Color’, keberangkatan Baginda mencemar duli ke majlis ini turut diiringi oleh isteri Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Masdiana Muhamad.





Buat julung kalinya, Majalah Nona dan Hijabista mengiktiraf 13 individu ikonik yang cemerlang dan berjaya mencetus revolusi dalam bidang fesyen hijab tanah air.
Pengiktirafan ini bukan hanya sekadar penghargaan, tetapi juga satu langkah ke hadapan dalam mengangkat pencapaian mereka yang telah mengubah landskap fesyen modest tanah air.
Editor Pengurusan Majalah Nona, Hijabista dan Mingguan Wanita, Kiffy Razak berkata, penganjuran program itu bagi mengiktiraf kejayaan wanita dalam bidang fesyen hijab dan pencapaian mereka mengubah landskap fesyen sopan di tanah air.
“Tujuan kami adalah untuk memberi pengiktirafan kepada usahawan wanita yang telah memberikan sumbangan besar dalam membentuk dan memajukan industri fesyen berhijab serta memberi inspirasi kepada generasi masa depan mengejar impian dalam bidang ini,” katanya ketika berucap pada majlis itu.
Seramai 13 penerima anugerah pada majlis tersebut antaranya pempengaruh Muabellaz yang memenangi kategori Hijabista Influencer, Hijabista Styling (Didiyana Ehsan), Hijabista Most Glam(Rozita Che Wan), Hijabista Legend (Noor Kumalasari), Hijabista Achievement (Vivy Yusof) dan Hijabista Inspirational (Maryam You Narae).











(Tiada Dalam Gambar)
Hijabista Most Glam Award – Rozita Che Wan
Hijabista Favourite Couple Award – Dahlia Rizal & Imran Aqil
Pada majlis itu juga, jenama Leeyanarahman dinobatkan sebagai penerima Hijabista Fashion Brand Award sekali gus mengiktiraf kejayaan usahawan dan pengasas jenama itu iaitu Nur Liyana Abdul Rahman dalam membina empayar fesyen dan mencetus fenomena tersendiri dalam kalangan peminat fesyen hijab.
Majlis itu turut diserikan dengan peragaan koleksi fesyen sempena lebaran tahun ini daripada jenama Leeyanarahman dan pereka fesyen, Datuk Radzuan Radziwill.
#hijabfashionaward
#hijabistaaward
#leeyanarahman
Elak Jadi Bahan Sindiran Di Pejabat, Berikut 15 Cara BERPAKAIAN Yang Dilarang Di Tempat Kerja!

Sebenarnya bukan mudah untuk tampil menarik di tempat kerja setiap hari terutamanya wanita. Biarpun latar karier berbeza, berpakaian formal dan sopan adalah sebaik-baik contoh etika berpakaian ke tempat kerja. Menurut seorang Pengurus Sumber Manusia di Negara Barat, “Kaedah berpakaian ke tempat kerja semakin membimbangkan dan berubah menjadi semakin kasual, tetapi harus ada had. Individu yang bekerja tidak boleh terlalu keterlaluan ke tempat kerja seperti menindik tubuh, atau mewarnakan rambut dengan rona yang terlalu terang.”
Faktor begini menyebabkan bukan sahaja anda dipandang serong tetapi menyekat peluang promosi.
Bagi wanita, keyakinan diri dan penampilan yang bersih dengan imej tersendiri adalah digalakkan. Style tidak salah, namun jangan menjadi mangsa fesyen dan memakai koleksi yang in-trend tetapi langsung tidak sesuai dengan diri dan tubuh.

Jika mengalami masalah dengan koleksi pakaian, periksa dan perbaikinya. Sekiranya anda mendapati koleksi pakaian anda tidak bersesuaian dengan diri anda dan keadaan semasa, anda berhak melontarnya. Tetapi awas jangan buang keseluruhannya kerana masih terdapat pakaian anda yang boleh dipelbagaikan daripada dibuang terus.

Berpakaian seksi tidak salah namun haruslah yang tidak terlalu menjolok mata kerana menghormati rakan sekeliling dan menjaga imej ‘profesionalisme’. 15 cara berpakaian yang dilarang di tempat kerja seharusnya menjadi perhatian anda :
- Pakaian dalam yang menjolok mata dan kelihatan dari luar seperti tali baju dalam yang jarang, kamisol atau pakaian dalam.
- Pakaian sukan. Simpan ia untuk kegunaan ke gim dan jangan memakainya ke tempat kerja.
- Baju yang berkedut, lembap atau basah. Kebersihan sebagai keutamaan dan lebih baik bagi anda memiliki pakaian yang kosnya agak murah agar ia mudah dicuci berbanding yang mahal, melainkan anda biasa melakukan cucian kering.
- Seluar pendek. Sama ada Bermuda, seluar untuk aktiviti pantai atau kasual.
- Tatoo atau inai berukir di jari. Ada baiknya sembunyikan daripada orang memerhati.
- Warna rambut yang terlalu terang. Jika anda highlight rambut anda tidak mengapa tetapi jangan menggunakan warna yang terlalu terang seperti biru, magenta atau warna lain yang bukan natural.
- Minyak wangi yang terlalu pekat baunya. Bau yang terlalu kuat membuat orang lain sesak nafas dan merasa terganggu.
- Kuku yang panjang dan diwarnakan. Kuku seharusnya dibiarkan pendek dan bersih, elakkan pewarna kuku yang terlalu terang atau hitam.
- Jambang tanpa dicukur. Secara amnya, kebanyakan pejabat lebih mengutamakan penampilan yang bersih dan jika anda memang keturunan banyak jambang, baik untuk anda mencukurnya setiap pagi atau selang sehari.
- Mikro-miniskirt. Memakai sekurang-kurangnya 3 atau 4 inci daripada lutut dan lipatan bawah skirt, kerana yang terlalu pendek, membuatkan anda jadi bahan keji.
- Pakaian yang tidak menutupi keseluruhan badan. Secara amnya buah dada, belakang badan dan lengan seharusnya ditutup. Elakkan pakaian yang terlalu ketat, sekurang-kurangnya ruang satu inci antara tubuh badan dan fabrik.
- Stoking sukan di dalam kasut pergi membeli-belah. Lelaki harus mengelakkannya kerana membuatkan wanita merasa jelik.
- Menindik tubuh. Kajian menunjukkan mereka yang menindik tubuh sebagai tidak profesional dan mereka yang memakai aksesori tubuh lebih jarang mendapat promosi atau kenaikan pangkat.
- Pakaian atasan yang lebih panjang dan menutupi keseluruhan. Ruang antara kulit dan pakaian hendaklah kira-kira 1 inci dan sekurang-kurangnya menutupi keseluruhan bahagian atas badan. Jangan biarkan pakaian anda menampakkan perut anda yang menggeleber atau anjal sekalipun. Ia melambangkan mentaliti anda.
- Seluar potongan rendah. Kategori sebagai menjolok mata dan tidak digalakkan, lagipun kebanyakan bentuk seluar begini adalah tidak formal.