Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan mewakili Malaysia ke istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II pada Isnin, 19 September 2022.
Perkara itu dinyatakan Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Luar.
Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada 8 September lalu.
Menurut laporan media, jasad Ratu Elizabeth II kini berada di London dan ditempatkan di Istana Buckingham sehingga istiadat pemakaman negara di Westminster Abbey pada 19 September ini.
Jasad baginda akan dimakamkan bersebelahan makam suaminya, mendiang Putera Philip.
Baginda ialah raja kedua paling lama mendudki takhta dalam sejarah Eropah selepas Raja Perancis Louis XIV.
Sumber : Bernama
MIA AHMAD Selamat Timang Cahaya Mata Ketiga, Tetap Cantik & Berseri-Seri
Sekejap sahaja masa berlalu, dah masuk tiga orang anak. Tahniah diucapkan kepada pelakon cantik, Mia Ahmad serta suami yang baru saja menimang cahaya mata ketiga.
Mia selamat melahirkan cahaya mata ketiganya itu yang merupakan seorang bayi perempuan pada pagi Selasa, 17 Januari 2023.
Berita gembira tersebut telah dikongsi oleh suaminya, Mohd Izham Tarmizi yang juga merupakan penjaga gol Sri Pahang FC menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan, anak ketiga kami pada jam 1.25 pagi.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Semoga dipermudahkan urusan kalian semuanya,” tulisnya.
Dalam perkongsian tersebut, Izham turut memuat naik foto pertama cahaya mata ketiganya itu.
Sementara itu, di ruangan komen para peminat serta pengikut pasangan selebriti ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat mereka.
Untuk info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Sayf Issa dan Iris.
Kredit Foto: Instagram Mia Ahmad, Mohd Izham Tarmizi
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Menantu Yang Baik, Serina Redzuawan Bawa Mertua Riadah Di Perlis & Bahagia Jadi Isteri Polis!
Karakter Serina Redzuawan yang ramah dan baik hati bukan lagi rahsia. Sebagai selebriti dan anak kepada cef ternama iaitu Datuk Chef Wan, pastinya kelibat bintang filem Mr Cinderella ini menjadi perhatian. Melihat perkembangan terkininya, jelas terserlah wajah Serina Redzuawan bahagia jadi isteri polis!
Ligat berniaga secara atas talian mahupun di festival makanan, isteri Meor Mohammad Aidid ini memang rajin orangnya. Sering berkongsi aktiviti harian di media sosial, Serina turut memuat naik video momen bahagia dirinya di samping keluarga mentua yang berkunjung ke rumah mereka di Perlis baru-baru ini.
Malah, dia dan suami sempat meluangkan masa beriadah bersama keluarga tersayang di sekitar negeri utara tanah air berkenaan.
Kongsinya, “Syukur alhamdulillah keluarga mertua datang jalan-jalan spend time dengan Serina dan suami di Perlis. Kami bawa makan angin cuci mata di Wang Kelian, Perlis. Cantik sangat pemandangan dari atas bukit tu. Tengah panas terik pula di atas tu ada peniaga kecilan berniaga ada macam-macam makanan dan minuman di jual.
Kenangan manis bersama keluarga mertua tersayang. Kunjungan pertama kali di rumah kami di Perlis. Seronok berkumpul adik-beradik. Tapi tak puas spend time datang sekejap je mak ayah, dan adik ipar. Masak untuk mereka Sup Tulang, Kari Ayam, sayur campur, udang bersama salted egg dan desert Bubur Cha Cha bersama keledek dan keladi.
Terima kasih emak ayah datang ke rumah kami spend time bersama, kat belakang rumah tu serai, daun kari, daun pandan semua ambil dari tanaman rumah mak mertua di Ipoh, tanam semula di Perlis elok gebu jadinya alhamdulillah.
Terbaru tanam pulak pokok tembikai kuning, dah tumbuh cantik kedondong dah keluar elok buahnya gemuk sihat. I mula belajar bercucuk tanam dengan suami tercinta dan mak mertua yang bagi banyak tips penjagaan pokok kasi sihat. Terima kasih Mak dan suamiku.”
Serina Redzuawan sah jadi isteri anggota polis iaitu Meor Mohammad Aidid pada April 2021. Tiga tahun mendirikan rumah tangga, mereka kekal bahagia dan gemar melakukan aktiviti bersukan seperti hiking.
Ibu kepada dua cahaya mata iaitu Tristan Tarreef dan Isabella Saffiya ini juga dilantik sebagai duta produk Rajin Food.
“Syukur alhamdulillah Serina sebagai duta menjadi part of ahli keluarga Rajin Food amat berbangga dengan pencapaian syarikat. Telah melebarkan sayap di Aeon Retail,” dedahnya.
Pernah Digelar ‘Monster’, Gadis Tahi Lalat Ini Bakal Tersenarai Ratu Cantik Negara
Ramai wanita sanggup buang tahi lalat untuk cantik tapi anehnya, gadis ini pula bahagia dengan ‘keunikannya’. Evita Delmundo dari Sabah tekad melanggar standard kecantikan tersebut dengan mengikuti uji bakat Miss Universe Malaysia 2018.
Dalam dunia yang memandang rupa paras fizikal sebagai ukuran kebahagiaan, memang susah untuk tidak dicemuh jika wajah tak secantik selebriti. Tapi nampaknya Evita Patcey Edgar Delmundo, 20 tahun, bangga dengan tahi lalat yang tumbuh di seluruh tubuhnya.
Gadis kacukan Rungus-Filipina itu menetap di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak kedua dalam lima adik-beradik. Dia kini bekerja sambilan di sebuah kafe kucing dan bercita-cita ingin menjadi seorang ratu cantik.
Meskipun gadis ini sering kelihatan yakin, tapi tak dinafikan dia juga pernah berasa murung atau sedih. Sewaktu di bangku sekolah, Evita selalu dibuli dan diejek dengan panggilan ‘monster’ atau ‘Chipsmore’kerana kelainannya itu.
“Saya cuba kuatkan hati apabila orang selalu merenung atau memberikan komen biadap terhadap diri saya. Bagi saya, tak perlu melawan balik kerana mereka tak layak mendapat perhatian saya.”
Meskipun pernah terdetik mahu membuang semua tahi lalat di badannya, tapi atas nasihat doktor dia membatalkan niat tersebut. Kata Evita, tiada siapa yang dilahirkan sempurna dan setiap daripada kita ada kekuatan serta kelemahan tersendiri. Jadi berbanggalah dengan apa yang menjadikan diri kita, diri kita.
Kredit: Instagram @evita_delmundo