Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan khas ke London, United Kingdom (UK) bermula hari ini hingga 14 Mei.
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), lawatan khas itu atas undangan Raja Charles III sempena Istiadat Pertabalan di Westminster Abbey pada 6 Mei.
“Seri Paduka berdua juga berkenan untuk menghadiri Majlis Resepsi dihoskan oleh Raja Charles III di Istana Buckingham pada 5 Mei,” menurut kenyataan Wisma Putra.
Lawatan khas itu amat signifikan dalam konteks menyatukan hubungan sedia ada dan akrab yang dikongsi di antara Malaysia dan UK, terutamanya di antara institusi diraja kedua-dua negara serta ikatan dalam Komanwel.
Lawatan khas itu turut menzahirkan kepentingan hubungan erat di antara kedua-dua negara bekerjasama dalam pelbagai bidang yang disokong di peringkat pemerintahan tertinggi negara.
Sumber: Bernama
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
5 Fakta Menarik Tentang MEGHAN MARKLE, Bakal Suri Hati PUTERA HARRY! No 3 Tu Paling Tak Sangka
Nama Meghan Markle kini menjadi sebutan ramai khususnya wanita seluruh dunia lantaran berjaya memiliki hati seorang putera raja. Tersarung sudah di jari manisnya cincin pertunangan yang telah direka khas. Perkahwinan antara wanita berusia 35 tahun dan pewaris ketiga takhta diraja Britain ini bakal berlangsung pada 19 Mei 2018.
Siapa sebenarnya Meghan Markle atau nama sebenarnya, Rachel Meghan Markle? Apa istimewanya wanita ini sehingga berjaya mengetuk pintu hati sang putera yang berusia 33 tahun untuk memilihnya sebagai suri di hati? Ternyata usia bukan penghalang buat pasangan ini untuk menggapai bahagia bersama.
AKTIVIS
Meghan Markle mewarisi sikap keprihatinan yang tinggi sebagai seorang aktivis daripada ibunya yang telah membuka mata terhadap isu kemiskinan. Sejak kecil Meghan Markle sering dibawa ibunya ke pelbagai daerah seluruh dunia bagi melihat sendiri realiti kehidupan masyarakat. Pada tahun 2016 Markle menjadi Duta Global untuk World Vision Kanada bagi melaksanakan misi kemanusiaan di Rwanda.
PERNAH BERKAHWIN
Meghan Markle pernah berkahwin dengan seorang penerbit filem, Trevor Engelson. Namun perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan selama dua tahun. Maka, perkahwinannya bersama Putera Harry bukanlah yang pertama.
SEORANG PENULIS
Sebelum mengenali Putera Harry, sekitar tahun 2014 Meghan Markle aktif menulis artikel di blog gaya hidup, The Tig berkenaan fesyen, kecantikan, percutian dan kulinari. Namun kini Meghan Markle terpaksa ‘melepaskannya’ dan menulis surat buat para pembaca bagi mengungkapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menemani perjalanan jurnalistiknya selama tiga tahun.
BERDARAH CAMPURAN EROPAH-AMERIKA
Bapanya berketurunan Belanda-Ireland sementara ibunya berdarah Afrika-Amerika. Ternyata, dalam dirinya mengalir berbagai budaya yang dibawa oleh ibu dan bapanya.
KETURUNAN SASTERAWAN SHAKESPEARE
Selain terkenal sebagai aktres, Meghan Markle juga seorang model, blogger serta aktivis. Meghan Markle juga merupakan keturunan sasterawan Inggeris tersohor iaitu Shakespeare. Ia menggambarkan Meghan Markle umpama ditakdirkan untuk ‘kembali’ kepada akarnya sebagai seorang berketurunan Inggeris asli. AMY MOHD
Noah Jatuh Dari Kitchen Counter, DR HALINA Ajar Teknik Sepatutnya Check Kecederaan Anak!
Berderau jantung bila tengok anak jatuh. Tak keruan dibuatnya! Sama seperti ibu-ibu lain, Datin Dr Halina Mohd Yunos pun meluahkan rasa cemas bila salah seorang anak kembarnya iaitu Sheikh Noah jatuh dari kitchen counter. Sampai Dr Halina terkejut dan Tok Yah mereka menangis dibuatnya.
Insiden yang berlaku kira-kira seminggu yang lalu tersebut nyata turut mengundang rasa risau di kalangan pengikut setia isteri angkasawan negara ini di laman Instagram. Sebagai individu yang berpengalaman luas dalam dunia perubatan, Dr Halina terpanggil untuk berkongsi tip yang patut ibu bapa lakukan sekiranya berdepan situasi sama kepada anak-anak.
Terangnya, “To parents out there… kalau anak kita jatuh especially bila kena kepala dulu, check conscious level nangis ke tidak. Nangis is good, that means your baby is conscious.
Kedua, pernafasan ok ke tidak. Look for any bump atau benjol. You can put ice to stop benjol from getting bigger.”
Ringkasnya, jika anak-anak ada menunjukkan reaksi selepas terjatuh… ia adalah petanda bahawa mereka berada dalam keadaan sedar. Pun begitu, segera periksa sebarang lebam atau benjolan jika ada.
“Over time, check anak kita. Kot-kot dia ada rasa nak muntah atau muntah-muntah kat rumah. Feeling nauseous atau muntah is NOT good. Make sure kaki dan tangan all boleh gerak macam biasa. If there’s abnormality, bring to hospital immediately!” tegas ibu kepada empat anak ini.
Jadi lepas ni kalau anak jatuh, pastikan kaum ibu buat seperti yang diajar Dr Halina. Bukan apa, sekurang-kurangnya dapat mengelak daripada masalah yang lebih besar berlaku hanya dari rumah sebelum terus mendapatkan rawatan di hospital.
Datin Dr Halina yang mendirikan rumah tangga bersama angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pada 10 Oktober 2010 dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan sepasang anak kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang bakal berusia dua tahun, Julai nanti.
Kredit: Instagram Dr Halina
Adik Bakal Kahwin Putera Diraja Brunei, Sisi Peribadi Daniel Isa Kalebic Pula Jadi Perhatian Khalayak!
Dek populariti Dayang Anisha yang bakal bergelar suri hati Putera Mateen, abang kepada wanita cantik ini iaitu Daniel Deen Isa Kalebic turut terkena tempias populariti adik tersayang dan menjadi perhatian khalayak.
Difahamkan Daniel merupakan sahabat baik kepada Putera Mateen dan sudah mula mengenali sejak kecil lagi. Malah mereka bertiga juga pernah dirakam bermain bersama sewaktu kanak-kanak.
Berita perkahwinan diraja Brunei pada 11 Januari ini di antara Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam Isa Kalebic makin terasa bahangnya.
Sejak kisah penyatuan pasangan ini diumumkan Oktober 2023, ramai yang mula ingin mengetahui wanita yang berjaya menambat hati putera kacak berkenaan.
Sehingga kini Putera Mateen dan Dayang Anisha sudah pun menjalani beberapa upacara sebelum menjelangnya Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja pada Khamis nanti. 7 Januari lepas majlis dimulakan dengan Istiadat Bersuruh Diraja dan diikuti Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/tampil-ayu-berhijab-seri-pengantin-diraja-brunei-dayang-anisah-usai-majlis-khatam-al-quran/
9 Januari berlangsungnya Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan kemudian Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada 10 Januari. Sebelum diadakan Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja, 11 Januari.
Seperti Dayang Anisha yang memiliki raut wajah gadis kacukan yang menawan, wajah tampan Daniel juga menarik tumpuan.
Berusia 32 tahun, jejaka ini ialah cucu kepada penasihat Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa bin Awang Ibrahim yang diberi gelaran ‘Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja’.
Datuknya juga pengasas syarikat penerbangan Royal Brunei dan pernah berkhidmat sebagai pengerusi dari tahun 1974 hingga 1984.
Daniel Isa Kalebic merupakan suami kepada personaliti cantik Thailand, Janetira Attaskulchai.
Usahawan Brunei ini mendirikan rumah tangga dengan Janetira yang juga anak kepada pengusaha empayar perniagaan minuman Betagen dan pengasas Tira and Silk Collective.
Pasangan merpati dua sejoli ini dikhabarkan bertunang pada November 2020 dan melangsungkan pernikahan pada 1 Disember 2022.