Nama Vivy Yusof nyata bukan lagi asing dalam kalangan usahawan dan generasi muda. Lebih mengagumkan adalah setiap kali bertemu dan bertanyakan kepada golongan belia hari ini tentang siapa inspirasi mereka… nama inilah antara yang paling banyak disebut-sebut.

IKLAN

Mana tidaknya, kejayaan yang diraih Vivy atau nama sebenarnya Datin Vivy Sofinas Yusof bukan calang-calang. Beliau tidak hanya memiliki rekod akademik yang cemerlang malah berjaya melakar pencapaian membanggakan dalam bidang perniagaan saban tahun.

Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada penghujung Mei lalu oleh Kementerian Pendidikan, khabar gembira tersebut mendapat reaksi positif pelbagai pihak. Selaku peneraju FashionValet dan The dUCk Group, Vivy pernah berkongsi rasa syukur atas pelantikan tersebut di Instagram miliknya.

Ahli Lembaga Pengarah Termuda UiTM, Penampilan VIVY YUSOF Pada Konvokesyen UiTM Curi Tumpuan! Ahli Lembaga Pengarah Termuda UiTM, Penampilan VIVY YUSOF Pada Konvokesyen UiTM Curi Tumpuan! Ahli Lembaga Pengarah Termuda UiTM, Penampilan VIVY YUSOF Pada Konvokesyen UiTM Curi Tumpuan!

“Saya sangat menghormati pengerusi serta barisan ahli lembaga pengarah yang lain atas apa yang mereka lakukan. Biarpun tidak memiliki pengalaman setara dengan mereka, saya berharap dapat memberi sumbangan. Sumbangan dari idea yang segar dan beberapa pembaharuan kepada UiTM. Semoga ia mampu memberi manfaat kepada industri pendidikan dalam pelbagai cabang.”

Pelantikan ini juga sekaligus menjadikan Vivy, Ahli Lembaga Pengarah UiTM termuda dalam sejarah institusi pengajian terkemuka negara. Sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-91 yang berlangsung Ahad lalu, buat pertama kalinya Vivy muncul ke istiadat tersebut sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Tengok usahawan berusia 31 tahun ini duduk bersama barisan para akademik dan ahli lembaga pengarah lain nyata mencetus inspirasi.

Ahli Lembaga Pengarah Termuda UiTM, Penampilan VIVY YUSOF Pada Konvokesyen UiTM Curi Tumpuan! Ahli Lembaga Pengarah Termuda UiTM, Penampilan VIVY YUSOF Pada Konvokesyen UiTM Curi Tumpuan! Ahli Lembaga Pengarah Termuda UiTM, Penampilan VIVY YUSOF Pada Konvokesyen UiTM Curi Tumpuan!

Iyalah, daripada seorang blogger… ahli perniagaan yang membina empayar FashionValet bermula dari bawah ini terus mendaki puncak kerjaya yang membanggakan hingga ke hari ini. Kongsi isteri kepada Fadza Anuar di Instagramnya, “Sejujurnya, ia merupakan momen yang sangat bermakna buat saya juga kerana ia adalah pengalaman pertama saya menghadiri konvo sebagai ahli lembaga pengarah.

IKLAN

Ahli Lembaga Pengarah Termuda UiTM, Penampilan VIVY YUSOF Pada Konvokesyen UiTM Curi Tumpuan! Ahli Lembaga Pengarah Termuda UiTM, Penampilan VIVY YUSOF Pada Konvokesyen UiTM Curi Tumpuan!

Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan UiTM kerana kerja keras anda akhirnya berbaloi. Tapi realiti sebenar sedang menanti di luar sana. Yang pasti lebih mencabar dan semoga berjaya. Lakukan yang terbaik untuk kehidupan dan kerjaya, sertanjadi insan yang kuat yang mampu menempuhi segala bentuk cabaran kelak.”

IKLAN

Duli Yang Maha Mulia, Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan mencemar duli dalam Istiadat Konvokesyen Kali Ke-91. Pada istiadat itu, Vivy tampil menawan dengan persalinan kurung royal blue ilham MimpiKita.

 

 

Kredit: Foto Instagram Vivy Yusof

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI