Aida Juara Gadis Melayu Kongsi Tip Mudah Masuk Ke Raudhah Buat Jemaah Muslimat

Menunaikan ibadah umrah atau menunaikan haji adalah idaman setiap wanita. Bertemu dengan Baginda Rasullah SAW di makamnya di Raudhah juga mengundang sebak lantaran aura yang luar biasa. Namun sudah menjadi lumrah bagi jemaah Muslimat apabila tidak mempunyai rezeki untuk masuk ke Raudhah. Ini kerana kawalan rapi pegawai yang bertugas di sana.

Aida atau Khairul Noormaaidah Zali, juara musim pertama program realiti Gadis Melayu terbitan TV9 pada 2009 yang baru-baru ini menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya telah berkongsi cara untuk berpeluang masuk ke dalam Raudhah.

Kongsi Aida di platform media sosialnya;

Tip ke Raudhah bagi Muslimat;

1) Berpakaian persis wanita arab

2) Ikut jemaah arab (masuk lebih awal)

3) Sampai di ruang karpet hijau cuba dapatkan saf yang paling hadapan

4) Kalau ada kesempatan lakukan solat dan berdoa di beberapa tempat supaya penjaga raudhah tak perasan kite lama di situ ( وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ baca ini moga-moga Allah SWT tutup pandangan orang terhadap kita)

5) Jangan selfish ! bagi juga ruang jemaah lain untuk sama beribadat .

6) Niat supaya Allah SWT permudahkan.

Dalam pada itu Aida juga turut berkongsi tentang perasaannya ketika berada di Kota Madinah. “Kali ini berlantaikan KOTA BERCAHAYA, sayu yang teramat sgt. Entah kenapa perasaan tu lain dengan kali pertama ke sini beberapa tahun lalu. Suasana Allahurabbi dinginnn, tenang Subhanallah. Aida terus terfikir Ya Rasululluh layakkah aku bertemu, berkongsi setanah suci denganmu…Moga kita semua beroleh syafaatnya,” kata Aida.

Share
Published by
Hamizatul Maizan