Pejam celik pejam celik, berbaki beberapa hari saja lagi untuk meraikan hari kemenangan 1 Syawal. Sebelum tibanya Aidilfitri, apa salahnya jika kita pun mempersiapkan diri untuk tampil lebih menawan dengan wajah glowing berseri-seri walaupun tanpa mekap tebal.
Selain berbaju baru, serlahkan penampilan Hari Raya dengan kulit yang sihat dan glowing. Boleh amalkan tip ini dari sekarang agar hasilnya terlihat menjelang musim perayaan nanti.
1. Sentiasa pakai krim pelembap
Krim pelembap atau moisturizer adalah salah satu produk penjagaan kulit yang paling penting. Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa, ketika kita dehidrasi sehingga menampakkan kesan kulit yang kering dan kusam.
Pastikan anda memakai krim pelembap kerana ia bagaikan ‘suntikan’ air pada kulit. Gunakan yang sesuai jenis kulit selepas mencuci muka.
2. Minum banyak air dan makan buah-buahan
Sambil menikmati hidangan kegemaran, jangan lupa untuk menikmati buah-buahan, sayuran dan minum banyak air untuk mengekalkan hidrasi tubuh. Minumlah air secukupnya ketika bersahur dan berbuka supaya kelembapan kulit terjaga selama berpuasa.
Selain itu, amalkan buah dan sayur yang mengandung vitamin A, B2, C, D, dan E yang membantu kulit terlihat cerah dan sihat. Buah-buahan seperti mangga, limau, tembikai, pisang dan kurma bagus untuk menyerikan kulit dari dalam.
3. Gunakan sabun wajah yang lembut
Lupakan sabun yang bersifat pengelupasan. Pilihlah sabun daripada bahan-bahan yang lembut dan tidak menyebabkan kerengsaan. Ketika kulit sihat, wajah akan terlihat cerah dan bebas kusam.
Pastikan anda mencuci muka dengan sabun wajah sebanyak dua kali sehari, iaitu pagi dan malam hari. Ia boleh membantu membersihkan kulit dari radikal bebas dengan aman.
4. Pakai sunscreen walaupun di dalam rumah
Radiasi sinar UV tetap mampu menembusi jendela, itulah sebabnya anda sangat disarankan untuk memakai sunscreen meskipun berada di dalam rumah atau memandu pulang ke kampung halaman.
Kulit yang terlindung dengan baik daripada radiasi sinar UV akan tampak lebih sihat, glowing
, dan terhindar daripada penuaan pra-matang.
5. Pilih mekap dengan kemasan glowing
Agar kulit tampak cerah dan glowing, pilihlah produk mekap dengan hasil akhir glowing. Pakai foundation dengan hasil akhir yang dewy. Jika anda hanya memiliki foundation dengan kemasan matte, campurkan foundation dengan face oil.
Anda juga boleh memilih pemerah pipi yang mengandungi highlighter di dalamnya, untuk membuat pipi kelihatan lebih bersinar. Jangan lupa akhiri dengan setting spray supaya mekap tahan lama.
This website uses cookies.