Perkara yang paling merisaukan perempuan bila bersukan adalah kalau pakaian yang dikenakan tidak sesuai dengan aktiviti. Boleh potong mood nak bersenam tau.

Namun begitu, kebanyakkan yang melakukan aktiviti bersukan terutamanya workout di gimnasiumini memilih baju sukan yang agak menjolok mata dan mengenakan jersi ketat.

Pernah menimbulkan perbalahan netizen mengenai aurat wanita terutamanya wanita bertudung, isu tersebut agak sensitif memandangkan ia dilihat kurang manis kerana tidak sesuai dengan penampilan.

Pergi Gym Pakai Dress?

Walau bagaimanapun, penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul Aina Abdul telah mematahkan stereotaip itu dengan hadir ke gimnasium dengan memakai dress labuh serta tidak ketat sama sekali.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Rileks dan bersahaja, Aina mampu sahaja mengangkat dumbbells dan bersenam seperti biasa tanpa perlu menggayakan baju sukan yang ketat ataupun mendedahkan bentuk fizikalnya.

Tindakan Aina Tuai Komen Positif Netizen

Aina Abdul Inspirasi Wanita! Sihat Sambil Menjaga Aurat, Selamba Pergi Gym Dengan Dress.. 

Ads

Posting tersebut juga disertakan dengan kapsyen mengatakan yang dia hadir ke gimnasium selepas bekerja dan terserempak dengan penyanyi lelaki, Syamel yang turut berada di sana.

Perkongsian video di Intagram penyanyi itu telah mendapat pelbagai maklum balas positif daripada rakan selebriti dan juga warganet. Rata-rata memuji penampilan Aina yang masih lagi menjaga penampilan walaupun sedang bersenam.

Ads

Tidak dinafikan Aina memang sering tampil dengan gaya unik yang pastinya mencuri mata peminat. Apa-apa pun penampilan Aina di Gym ini memang cool dan patut dipuji!

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari REMAJA.

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!

Sumber Foto: Instagram Aina Abdul

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI