“Ainul Sayang, You Can Do It Again..” Dr Nur Amalina Prihatin Nasib Menimpa Ainul Mardhiah

Kelmarin, kanak-kanak comel yang pernah menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan agak tenat dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Berita itu disampaikan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, dalam hantaran melalui Instagram milik beliau. Jelasnya, Ainul mula muntah dan cirit-birit dalam masa sehari. Memasuki hari kedua, Ainul dilihat tidak bermaya kerana keadaannya nampak lain sangat, lalu Nurul terus membawanya ke Jabatan Kecemasan.

“Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor memaklumkan jangkitan sudah merebak ke seluruh tubuh. Satu badan dipenuhi dengan wayar,” tulisnya dalam hantaran itu.

Menyedari akan keadaan Ainul Mardhiah yang kini kritikal, Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalankan pembedahan membuang tumor dari mulut Ainul turut meluahkan rasa bimbang dan berdoa agar Ainul dapat menempuh dugaan ini. Jelasnya dalam hantaran di Tweet semalam, Dr Amalina yakin Ainul kuat untuk mengharungi semua ini.

 

“Baru sahaja mendapat khabar berita dari ibu Ainul. Ya allah, marilah kita sama-sama doakan untuk adik Ainul. Semoga cepat sembuh. Ainul sayang, you have done it many times before, you can do it again! Keep fighting sayang! Insya allah”.

Kisah penderitaan Ainul Mardhiah mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr Nur Amalina Che Bakriyang membantu menjalankan pembedahan di London, United Kingdom (UK), bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya ketika kanak-kanak itu berusia sembilan bulan pada Jun 2019.

Ketumbuhan pada mulutnya mula membesar sejak dilahirkan dan dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

Share
Published by
Wan Firdaus