Air Mata FAZURA, Tersentuh Melihat Nasib Jahidah Yang Terlantar & Koma Akibat Dipukul Suami

Apa sahaja cerita berkaitan pasangan figura terkenal ini pasti akan menjadi tumpuan dan bualan ramai. Pasangan sehati sejiwa dan humble ini cukup disenangi ramai.

Pasangan bahagia, Nur Fazura dan Fattah Amin. (Kredit Foto: IG Nur Fazura)
Kredit Foto: IG Nur Fazura

Detik kunjungan mesra oleh selebriti jelita Nur Fazura dan suami, Fattah Amin baru-baru ini ketika melawat seorang penjawat awam, Jahidah Nordin yang kisahnya tular kerana dipukul suami sehingga koma telah dikongsi adik mangsa, Fauziah Nordin, di Facebook.

Fazura dan Fattah berkunjung ke rumah Fauziah yang terletak di Sendayan, Negeri Sembilan.

Jahidah Nordin, mangsa kezaliman seorang suami. (Kredit Foto: Facebook Fauziah Nordin)
Kredit Foto: Facebook Fauziah Nordin

Ia bukan hanya menjadi detik paling bermakna bagi Fauziah bahkan dia sangat terharu apabila Fazura menyuarakan keprihatinan terhadap nasib kakaknya itu sehingga menitiskan air mata serta tidak sanggup melihat keadaan Jahidah yang terlantar.

Kredit Foto: Facebook Fauziah Nordin

“Masa nak masuk bilik tengok kakak, Fazura tak boleh nak masuk sebab dia dah sebak menangis kat luar bilik tak sanggup tengok keadaan kak jahidah. Suami dia pujuk, kuatkan hati tengok kak jahidah.”

Menurut Fauziah walaupun terkenal, Fazura dan Fattah sangat merendah diri kerana sanggup datang melawat Jahidah serta anaknya, J Eshan Nufail.

“Baiknya hati Fazura, suami dan team datang melawat Kak Jahidah. Walaupun orang terkenal tapi sangat merendah diri. Sanggup datang melawat kakak dan Nufail.

“Terima kasih Fazura, Fatah Amin dan Team Mukmin Pro sudi datang melawat.”

Kredit Foto: Facebook Fauziah Nordin
Kredit Foto: Facebook Fauziah Nordin

Fauziah turut meluahkan rasa syukur dan menganggap momen itu sebagai satu rahmat dan rezekinya kerana dapat bertemu pasangan itu yang disifatkan peramah serta tidak kekok bergaul.

“Rezeki dapat jumpa Fazura dan Fattah Amin. Memang humble sangat pasangan ni. Peramah, tak kekok bergaul.”

Dalam kejadian pada 4 Mei 2022, Jahidah, yang menetap di Johor Bahru koma kerana kecederaan parah di kepala. Akibatnya, bahagian tengkorak terpaksa dibuang kerana ada pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

Kredit Foto: Facebook Fauziah Nordin
Kredit Foto: Facebook Fauziah Nordin
Comelnya Naufal, anak tunggal kepada Jahidah. (Kredit Foto: Facebook Fauziah Nordin)

Jahidah kini dijaga dengan baik oleh adiknya, Fauziah. Dia juga sering berkongsi perkembangan kakak serta anaknya, Naufal di TikTok dan Facebook.

Kasihnya seorang adik kepada kakak. (Kredit Foto: Facebook Fauziah Nordin)

Sama-sama kita mendoakan kesembuhan buat Jahidah dan diberikan keajaiban buat wanita tabah ini. Semoga suaminya insaf dan bertaubat di atas segala kezaliman yang dilakukan ke atas Jahidah.

Kredit Foto: Facebook Fauziah Nordin

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad