Ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim yang diculik sekumpulan lelaki di rumahnya di Tumpat, Kelantan pada 13 September 2022 lalu hari ini diserahkan polis kepada ahli keluarganya.

IKLAN
Air Mata Kegembiraan Sambut Kepulangan ROSNAZIRAH Ke Pangkuan Keluarga
Ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim.

Kepulangan usahawan berusia 36 tahun ini disambut dengan tangisan kegembiraan oleh kedua ibu bapa serta ahli keluarga yang lain termasuk anak perempuannya yang berusia 13 tahun.

Air Mata Kegembiraan Sambut Kepulangan ROSNAZIRAH Ke Pangkuan KeluargaTurut mengiringi ketibaan mangsa ialah Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun serta pegawai-pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Menurut Datuk Muhamad Zaki Harun, dengan penyerahan mangsa kepada keluarga maka kes dianggap selesai dan kejayaan itu menunjukkan kesepaduan masyarakat dalam menangani permasalahan seperti ini.

Air Mata Kegembiraan Sambut Kepulangan ROSNAZIRAH Ke Pangkuan Keluarga
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

“Ini adalah kejayaan hasil kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan, Bukit Aman serta rakan setugas dari negara jiran.

“Kita tahu mangsa ditahan penculik melebihi 20 hari dan mungkin pengalaman dialami mangsa meninggalkan kesan emosi dan kejutan kepadanya. Sebaiknya, kita berilah ruang kepadanya dan keluarga buat masa sekarang,” katanya kepada pemberita.

Air Mata Kegembiraan Sambut Kepulangan ROSNAZIRAH Ke Pangkuan KeluargaJelasnya lagi, polis akan terus membantu mangsa termasuk bantuan dari segi psikologi dan berharap agar masyarakat jangan memperkatakan hal yang negatif melibatkan mangsa.

IKLAN

Katanya, orang ramai perlu mengambil iktibar daripada kejadian ini dan berharap perkara sama tidak menimpa ke atas orang lain.

Air Mata Kegembiraan Sambut Kepulangan ROSNAZIRAH Ke Pangkuan Keluarga“Apa yang penting kita berikan ruang kepada mangsa dan keluarga untuk menenangkan diri.”

IKLAN

Dalam kejadian pada 13 September lalu, mangsa diculik oleh beberapa lelaki dari rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat pada pukul 5.10 petang.

Air Mata Kegembiraan Sambut Kepulangan ROSNAZIRAH Ke Pangkuan KeluargaMangsa disyaki dilarikan ke negara jiran melalui pangkalan haram di Kuala Jambu, Tumpat ekoran penemuan kereta yang digunakan suspek.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, dalam kenyataan sebelum ini berkata mangsa diselamatkan melalui kerjasama dan perkongsian maklumat serta perisikan antara PDRM dengan Poiis Diraja Thailand yang berjaya mengesan lokasi keberadaan mangsa di negara itu.

Sumber: Bernama

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI