Wanita Arab sememangnya terkenal dengan kecantikan semula jadi. Rambutnya tebal hitam dan berkilat, serta memiiki kulit yang cantik bersih. Walau tanpa secalit solekan pun tetap nampak natural beauty.
Ads
Rupa-rupanya, mereka mengamalkan resipi kecantikan semula jadi yang telah diuji sepanjang zaman. Ia juga mudah didapati serta murah.
AIR MAWAR
Air mawar adalah rahsia kecantikan tertua di Timur Tengah yang membantu mengurangkan kerosakan pada gentian elastin kulit dan melambatkan pembentukan kedutan.
Selain dipercikkan ke muka, air mawar juga boleh dibekukan dalam acuan untuk dijadikan kiub ais. Sapukan kiub ais itu bermula dari muka ke leher sehingga ais cair. Biarkan ia kering. Amalkan dua kali seminggu. Suhu sejuknya membantu meningkatkan darah ke permukaan kulit.
MINYAK ARGAN
Selain air mawar, minyak argan juga rahsia kecantikan tertua di Timur Tengah. Wanita di Arab Saudi telah menggunakan ramuan minyak argan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki selama berabad-abad.
Minyak argan mengandungi asid lemak, antioksidan, vitamin dan mineral bagi meningkatkan kesihatan serta melindungi kulit dan rambut daripada kerosakan.
LEMON
Lemon membantu menghilangkan sel kulit mati.
Potong sebiji limau nipis. Perah jusnya sebanyak satu mangkuk. Masukkan 1/4 cawan gula perang dan 1/4 minyak zaitun kemudian gaul. Asid lemon akan membuang sel kulit mati manakala gula membantu mengeluarkannya. Bilas dengan air suam agar kulit kelihatan segar.
MADU
Kisar sebiji timun, tapis dan asingkan jusnya. Tambahkan dua sudu teh madu ke dalam jus dan kacau.
Ads
Tuangkan ke dalam botol. Sapu pada muka dan leher menggunakan pad kapas, kemudian bilas. Amalkan setiap hari pada waktu pagi dan petang. Boleh disimpan dalam peti sejuk dan ia tahan sehingga satu minggu.
ALOE VERA
Membantu melembapkan dan merawat kulit. Caranya, ambil sekeping aloe vera untuk mengekstrak gel. Kemudian campurkan dengan minyak argan.
Sapu pada muka pada waktu malam. Cara ini dipercayai dapat melawan penuaan awal serta mencegah kedutan pada wajah.
Ads
YOGURT
Membantu memberikan kesan pengelupasan yang lembut. Kandungan asid laktik membantu mencepatkan penggantian sel dan menghasilkan kulit yang lebih cerah.
Tambahkan beberapa badam mentah ke dalam yogurt bagi meningkatkan proses pengelupasan. Kulit menjadi lebih lembut dan gebu.
OAT
Mempunyai kesan menenangkan dan anti radang melalui kandungan ‘beta glucan’ iaitu serat larut yang mencipta lapisan nipis penahan lembapan pada permukaan kulit.
Masukkan segenggam oat ke dalam kain muslin dan ikatnya dengan getah untuk membentuk bola. Rendam bebola oat dalam air suam, kemudian cuci muka dengan air yang diperah dari bebola tersebut pada muka dan badan. Biarkan sehingga kering.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Happy birthday Amy Mastura! 10 Mei genap 52 tahun usia ibu dua anak ini. Walau umur dah cecah 50an tetap nampak muda remaja. Patutlah Amy tergolong antara selebriti wanita yang terkenal dengan wajah awet muda dan tak dimamah usia!
Selesa berpenampilan ringkas dan sederhana, foto Aidilfitri pelantun lagu popular Sha Na Na ini jelas menunjukkan peribadi diri Amy yang ‘sempoi’ dan tidak berlebih-lebihan.
Hanya bertudung bawal dan baju kurung polos tanpa labuci serta solekan nipis, cukup menyerlahkan kecantikan semula jadi anak kelahiran Perak ini.
Begitu juga suami tercinta yang tampil santai dengan baju kurta dan anak-anak Amy yang berpakaian baju raya sederhana. Kalau kebanyakan selebriti selesa mengenakan persalinan sedondon dan serba mewah, Amy Mastura pula sebaliknya.
Rata-rata peminat yang membanjiri ruangan komen kagum dengan gaya hidup bintang filem Puteri Impian ini. Kebanyakan mereka kagum dengan raut wajah awet muda Amy meskipun sudah meningkat usia.
21 April lepas merupakan hari kelahiran anak sulung yang ke-22. Sementara anak bongsu Amy dan suami pula menyambut ulang tahun kelahiran ke-18 pada 15 April.
Biarpun kedua-duanya sudah menginjak usia dewasa dan berstatus anak selebriti namun mereka pandai jaga privasi diri serta tidak pernah dengar cerita kurang enak mengenai keluarga ini. Bagus didikan Amy dan suami!
Amy Mastura baru-baru ini terlibat dalam iklan kempen raya bagi sebuah syarikat insuran di samping pelakon, Ropie. Sisi lucu dan gaya lakonan semula jadi Amy ketika menjayakan iklan tersebut sememangnya mencuit hati penonton.
Aktres ini mula mencipta nama sejak menjuarai pertandingan nyanyian, Asia Bagus pada tahun 1993. Dia juga pernah memenangi anugerah Penyanyi Wanita Popular (ABPBH) dan Pelakon Wanita Terbaik (FFM).
Bagi yang mengenali Amy, tentu tahu bagaimana karakter wanita kecil molek yang ramah dan lucu. Namun, tak banyak kisah peribadi dikongsi bersama peminat.
Amy Mastura mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Alvin Tham Suffian pada tahun 2000.
Tampil dengan gaya santai berbaju kurung hijau, menggalas beg tangan jenama Longchamp dan membawa mangkuk tingkat, ramai yang terpesona dengan keanggunan Tengku Permaisuri Norashikin dan sisi ‘humble’ Baginda.
Biarpun tanpa solekan tebal di wajah, kejelitaan Tengku Permaisuri Selangor tetap terserlah dan memukau pandangan!
Baginda juga berkunjung ke beberapa gerai jualan dan membeli juadah berbuka puasa daripada peniaga di bazar Ramadan berkenaan.
Malah berkenan meluangkan masa dengan para pengunjung yang mahu bergambar bersama Baginda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim panas sekarang ini bukan saja boleh menyebabkan kesihatan terjejas malah kulit juga menjadi kering dan kasar. Kita disarankan untuk mium air kosong banyak bagi melembapkan kulit.
Terdapat beberapa cara semula jadi yang boleh dilakukan bagi mengembalikan kesihatan kulit. Antaranya menggunakan bahan-bahan semula jadi yang mudah diperolehi seperti yogurt. Ia membantu menjadikan kulit semakin sihat dan segar.
Yogurt bukan hanya sangat bagus untuk perut bahkan turut mengandungi mineral contohnya kalsium dan zink yang baik untuk tulang, gigi dan sistem kekebalan badan. Manfaat lainnya dapat anda rasai apabila dioleskan sebagai masker wajah.
Yogurt menjadi pilihan terbaik sebagai masker wajah kerana ia dapat membantu:
MENCEGAH JERAWAT
Munculnya jerawat selalunya berpunca dariupada minyak berlebihan dan keadaan wajah yang kotor. Masker yogurt boleh menjadi penyelesaian. Kandungan zink membantu mencepatkan penyembuhan kulit berjerawat.
MELAMBATKAN PROSES PENUAAN
Yogurt juga membantu menghaluskan kulit kasar dan kering. Kandungannya juga berpotensi untuk mencegah garis-garis halus, kedutan dan bintik-bintik penuaan sekaligus menjadikan kulit lebih segar dan tidak kusam.
MENGEKALKAN TONA WARNA KULIT
Pancaran matahari boleh mengakibatkan noda di wajah merosakkan penampilan. Salah satu cara mengatasinya menggunakan masker yogurt yang dipercayai memiliki kesan pencerah semula jadi.
PETUA MASKER YOGURT
Memilih yogurt untuk masker wajah tidak boleh sebarangan. Elakkan yogurt yang mengandungi gula dan berbau lazat. Berikut tiga cara untuk menghasilkan sendiri masker yogurt di rumah.
YOGURT & MADU
Membantu melembutkan dan membersihkan kotoran. Caranya ialah sediakan 2 ½ sudu makan madu asli dalam sebuah bekas. Campurkan 1 cawan plain yogurt, gaul rata. Jika kulit anda berminyak tambah 1 sudu teh perahan lemon. Sapu rata ke wajah dan leher. Biarkan selama 5 minit dan bilas bersih. Amalkan dua kali seminggu.
GREEK YOGURT & ESSENTIAL OIL
Yogurt jenis ini memiliki tekstur padat berbanding yang lain. Kombinasinya dengan essential oil membantu melembapkan, mencerahkan dan menyegarkan kulit. Caranya, sediakan greek yogurt dalam bekas. Masukkan sesudu madu asli diikuti 2-3 titis minyak zaitun. Gaul rata dan sapu pada wajah. Biarkan selama setengah jam dan bilas bersih.
YOGURT & STRAWBERI
Strawberi kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang membantu melawan radikel bebas penyebab penuaan awal. Caranya, masukkan secawan plain yogurt dalam bekas. Masukkan 1 ½ sudu besar madu asli. Campurkan strawberi (dihancurkan halus) dan gaul rata. Sapu rata ke wajah dan biarkan selama 8 minit, bilas bersih.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...