Kecantikan

‘Air Tangan’ Abah Kunci Kejelitaan Ziana Zain, Awet Muda Di Usia 56 Tahun!

Siapa sangka dalam usia 56 tahun penampilan Ziana seperti tidak dimamah usia, masih cantik dan langsing. Tidak dinafikan selebriti ini dari dahulu sehingga sekarang menjaga kecantikan dak kesihatan dirinya.

Penampilan selebriti ini setiap kali muncul di khalayak ramai pasti menarik perhatian ramai. Sentiasa kelihatan fit dan bertenaga, malah kejelitaan wajahnya juga turut terserlah.

Untuk kekal dalam industri pastinya penampilan seseorang itu juga perlu dititiberatkan, begitu juga ibu kepada empat orang anak ini. Siapa sangka artis lokal yang bertaraf antarabangsa ini masih mengamalkan petua lama untuk menjaga kecantikan wajah.

 

Ziana Jaga Muka Guna Masker Beras & Minyak Kelapa Untuk Rambut Sihat Air Tangan Abah

Menurutnya lagi dalam satu temubual bersama Intrend penampilan dan kecantikan wajahnya dijaga oleh abahnya. Seorang lelaki yang sentiasa menjadi tulang belakang kerjayanya iaitu abah.

“Abah yang ajar cara untuk menjaga wajah! Menjaga kulit sejak belasan tahun lagi. Ziana berterima kasih kepada Abah yang dari dulu selalu mengingatkan anak- anaknya tentang penjagaan diri dan kebersihan.

“Penjagaan kulit dari awal usia itu penting kalau mahu kualiti kulit yang baik pada masa hadapan. Disiplin itu penting!

“Masker muka dan minyak kepala sendiri, antara petua Abah yang sampai sekarang Ziana Zain amalkan. Masker muka yang dibuat oleh abahnya, mudah sahaja dengan rendamkan beras semalaman. Kemudian, kisar sehingga hancur dan gaul dengan putih telur. Biarkan di muka!

“Rambut pula, kalau dulu, Abah masak minyak kelapa sendiri. Kemudian, campurkan dengan daun pandan atau bunga melur lalu dilumurkan ke kepala. Bagus untuk melebat dan menghitamkan rambut,” jelasnya.

Badan Fit, Kekal Stamina Dan Bertenaga!

Berstatus ibu tunggal, Ziana Zain tetap aktif di pentas seni. Malah setiap persembahannya penuh bertenaga. Pasti Ziana Zain mempunyai persiapan dan penjagaan diri bagi mengekalkan kesihatannya.

“Amalkan minum jus segar seperti timun dan epal hijau setiap pagi, sekurang-kurangnya minum jus hijau seperti timun atau epal hijau untuk kekal bertenaga. Kemudian, Ziana hanya ambil sarapan ringkas seperti dua keping roti. Tengah hari dan malam, biasanya jarang ambil nasi, cukup sekadar sayur- sayuran atau lauk.

“Badan mesti aktif! Kalau tak bersenam, paling penting lari keliling rumah, janji peredaran darah perlu lancar.

“Badan mesti aktif! Sekiranya tidak bersenam di gimnasium pun, berlarilah keliling rumah. Kak Ziana lakukan ini dengan lebih kerap apabila ada persembahan atau program penting,” kongsinya lagi. Penting bagi seorang penyanyi menjaga kualiti suara, bagi Ziana dia tidak pernah sentuh ais, melainkan terlalu teringin,” tambahnya.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Sumber Foto: Instagram Ziana Zain

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI

Share
Published by
Haifa Nasir