Gaya Hidup

“Air Tangan Kita Penuh Kasih Sayang,” Rajin Masuk Dapur, Kecur Lauk Kampung Farahdhiya!

Bakat memasak Farahdhiya bukan lagi rahsia. Menjengah media sosial selebriti cantik ini, selain berkongsi rutin harian dan kerjaya dia turut gemar berkongsi pelbagai video masakan. Memang nampak menyelerakan.

Bahkan setiap kali pelantun lagu Bertahta Di Hati ini muat naik video memasak, pasti dapat ribuan tontonan dan reaksi peminat. Rata-rata mereka mengagumi sikap jelitawan ini yang rajin masuk dapur.

Walau sibuk dengan kerjaya seni, tetap masak sendiri. Bukan hanya untuk dirinya saja tetapi Farahdhiya juga selalu memasak untuk abang tersayang. Beruntung!

Baru-baru ini Farahdhiya sekali lagi membuat para followers kecur dengan hidangan Tempoyak Daun Kayu!

KECUR TENGOK AIR TANGAN MASAKAN FARAHDHIYA 

Kredit Instagram @farahdhiya_fd
Kredit Instagram @farahdhiya_fd
Kredit Instagram @farahdhiya_fd

“Dalam setiap air tangan masakan kita penuh dengan nilai kasih sayang yang tak terungkap dengan kata-kata. Sebab tu orang selalu cakap ‘Dari mulut jatuh ke hati’. Biar tak pandai sangat masak, yang penting rajin.

Lama-lama mesti jadi pandai dan yang paling penting keluarg atau suami makan air tangan kita. Bukan hari-hari pembantu yang masak. Yang kerja office tu kita fahamlah, masa terhad. Maksud saya yang housewife dan tak kerja.”

28 April lalu, Farahdhiya genap berusia 39 tahun. Bersandarkan wajah kacukan ‘Mat Saleh’ yang dimiliki, pasti ramai tak menyangka penyanyi ini sebenarnya amat menggemari masakan kampung.

Kredit Instagram @farahdhiya_fd
Kredit Instagram @farahdhiya_fd
Kredit Instagram @farahdhiya_fd
Kredit Instagram @farahdhiya_fd

Farahdhiya sebelum ini pernah memberitahu, “Antara benda yang buat saya sangat happy dalam hidup ialah bila dapat pergi pasar, dapat beli barang dapur, dapat masuk dapur, dapat masak untuk yang tersayang.”

Memang Naib Juara Gegar Vaganza Musim 2015 ini seorang ‘kaki masak’. Walau Farahdhiya mempunyai darah kacukan, tapi seleranya ditambat dengan juadah tradisi. Lebih-lebih lagi menu berasaskan lauk kampung.

Artikel selanjutnya https://www.nona.my/rajin-masak-macam-mentua-elisya-sandha-akui-suami-suka-masakan-buka-puasa-di-rumah-je/

Share
Published by
Suzi