Sesungguhnya pemergiaan insan hebat ini memberi kesan yang mendalam dan turut dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Pemergiaan yang dicemburui dan bakal menjadi suri teladan buat semua wanita yang bergelar isteri.
Ramai yang tahu Siti Sarah Raisuddin seorang isteri yang hebat di sebalik kejayaan suaminya, Shuib atau nama penuhnya, Shahmira Muhamad. Siti Sarah beruntung pergi dalam reda suami dan bakal memilih mana-mana pintu syurga, Allahuakbar!
“Saya reda dengan pemergian isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Cabaran saya untuk memaklumkan tiga anak kami mengenai ketiadaan ibunya selepas ini,” demikian kata Shuib ketika ditemui kaunter Bilik Jenazah, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).
Buat pengetahuan, ibu kepada Uwais Alqarni, 10 tahun, Dzahira Talita Zahra, 8 tahun, Ariq Matin, 6 tahun dan Ayash Affan, yang baharu dilahirkan ini akan dikebumikan bersebelahan pusara arwah ibunya di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak, kira kira jam 12 tengah hari nanti.
Memang tanggungjawab penyanyi lagu Semakin itu sebagai isteri dan ibu wajar dicontohi. Sebelum dibawa ke hospital dan terus meninggalkan rumah buat selama-lamanya, Siti Sarah sempat masak buat keluarganya dan kongsi resipi
Ketam Sweet & Sour Chinese Style. Inilah resipi terakhirnya dan mungkin air tangan terakhir buat anak-anak dan suami tercinta.Ketam Sweet & Sour Chinese Style
Bahan-bahan;
Ketam, goreng terlebih dahulu
Bawang putih, kisar
Halia, kisar
Cili boh
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap cair
Semangkuk air
tepung jagung
1 sudu makan black vinegar
Gula dan garam secukup rasa
Cara membuat;
Di samping memasak untuk keluarga, Siti Sarah juga mengajar kita agar berdoa setiap kali memasak hidangan buat keluarga tercinta.
Doa Siti Sarah ketika menyediakan resipi ini, “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Ya Allah, Ya Tuhanku, siapa sahaja yang makan makanan ini Ya Allah, tenangkan hati mereka, murahkanlah rezeki mereka, jadikanlah mereka hambaMu yang taat Ya Allah,” ucapnya.
This website uses cookies.