Tak dinafikan masyarakat di negara ini cukup risau kalau hendak ambil minuman berais. Mana tidaknya, macam-macam dakwaan negatif timbul terutamanya bila melibatkan kesihatan wanita. Lebih-lebih lagi yang sedang menyusukan anak dan sedang mengalami menstruasi. Bila minum air berais, ada yang mengatakan ia boleh menjejaskan kesihatan anak yang masih menyusu dan ‘menyekat’ kitaran haid seseorang.
Terpanggil untuk menjelaskan perkara tersebut, Prof Dr Imelda Balchin yang merupakan Profesor Sakit Puan di Universiti Malaya berkongsi info berikut di laman Facebook miliknya.
“Tak payah bimbang kalau anda nak minum air ais semasa waktu datangnya haid. Air ais tidak menyebabkan darah beku dan air ais tidak menyebabkan kanser rahim. Malas bergerak, kehidupan tidak cergas, obesity, pemakanan yang tidak sihat, diabetes dan tekanan darah tinggi yang meningkatkan risiko kanser rahim.”
Tambahnya lagi, “Pilihlah buah-buahan segar yang kaya vitamin dan serat untuk makanan snek petang anda, bukan biskut manis cicah Milo manis. Tambahan gula dalam minuman anda itu sangat berbahaya untuk kesihatan anda, tidak kira minuman itu panas atau sejuk. Jangan salahkan ais.”
Sambil berkongsi info bergambar yang memaparkan kadar penyakit kanser rahim di seluruh dunia, Prof Dr Imelda berkata penduduk di negara sejuk dilihat lebih terdedah menghidap penyakit tersebut meskipun kurang gemar menikmati minuman berais.
Ads
“Rakyat negara sejuk yang tak suka minum ais (sebab negara sejuk, mereka lebih suka minum teh panas dan kopi panas), terdapat lebih banyak pula kejadian kanser rahim daripada rakyat negara panas (sebab negara panas, rakyat lebih suka minum cendol ais, teh ais, kopi ais).
Risiko mereka di negara barat adalah lebih tinggi kerana masalah obesiti. Jangan salahkan ais. Kalau anda nak minum air ais, minum sajalah. Tetapi elaklah minum air ais yang tinggi kandungan gula berproses. Air kosong ais lah yang terbaik.”
Prof Dr Imelda pun aktif bersukan
Dalam pada itu, untuk memastikan masyarakat khususnya kaum wanita mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat… Prof Dr Imelda menyarankan agar melakukan aktiviti bersenam dengan kerap sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.
Ads
“Bersenam mengurangkan risiko kanser. Bersenam boleh mengimbangkan hormone badan anda dan menguruskan haid yang tidak teratur. Bersenam juga mempercepatkan pergerakan usus dan inilah cara detox yang terbaik untuk usus anda.
Walaupun anda kurus, anda tiada alasan, dan anda mesti bersenam juga untuk kesihatan jangka masa panjang. Tujuan bersenam ialah untuk kesihatan, bukan untuk kurus saja. Teruskan bersenam walaupun anda kurus. Kehidupan cergas itu lebih baik untuk kesihatan usus dan boleh melindungi anda dari kanser usus.
Bersenam tu boleh buat dengan percuma saja. Tak payah pun beli produk overclaim mengarut,” jelasnya.
Ads
Jadi, lepas ni bolehlah minum air ais tanpa rasa bersalah. Cuma ingat, jangan ambil keterlaluan sebab apa-apa makanan yang diambil secara keterlaluan pun akan mendatang mudarat kepada kesihatan. Moga bermanfaat!
Sumber: Facebook Prof Dr Imelda Balchin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia pada jam 2 petang semalam telah membuat pengumuman buat semua rakyat Malaysia khususnya mereka yang bakal menyambut Aidilfitri. Antara intipati tersebut adalah:
Tol RAHMAH Percuma iaitu pengecualian bayaran tol selama 4 hari untuk semua pengguna jalan raya bersempena Aidilfitri ini bermula dari 19 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat) dan juga pada 24 April 2023 (Isnin) melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.
Kerajaan dengan usaha sama pasar raya terpilih telah bersetuju untuk menawarkan harga barangan mentah seperti ayam, bawang, barang asas makanan bagi keperluan pengusaha Menu RAHMAH pada kadar diskaun khas.
Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya). Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50.
Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti). Ia bagi memberi peluang kepada penghuni penjara beragama Islam untuk merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta selain penghuni agama lain juga berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan. Melibatkan pelepasan lebih 1,000 OBB sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.
Kerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan untuk manfaat pemaju rumah mampu milik yang tertumpu kepada kategori rumah mampu milik berharga RM300,000 ke bawah (pengurangan harga rumah maksimum sehingga RM5,000 mengikut jenis dan harga rumah) melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM120 juta insentif swasta yang telah diberikan oleh pembekal simen kepada pembeli rumah melalui pemaju perumahan. Insentif swasta ini dijangka mencukupi untuk pembinaan rumah mampu milik sehingga 24,000 unit.
Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM250 juta lagi untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan kerja tersebut akan diagihkan khusus untuk manfaat kontraktor kecil Bumiputera. Justeru, peruntukan penyelenggaraan berkala pavemen Jalan Persekutuan sebanyak RM750 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 akan meningkat kepada RM 1 bilion.
Kerajaan bersetuju supaya hari Jumaat, 21 April 2023 diisytiharkan sebagai Cuti Peristiwa. Sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat, maka secara automatik Isnin, 24 April 2023 akan diisytihar sebagai Cuti Peristiwa.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memiliki pendidikan di aras yang tinggi walaupun sudah bergelar ibu dan isteri bukan lagi sekadar impian malah ia boleh menjadi kenyataan buat seorang wanita bergelar ibu dan isteri. Walaupun sudah mempunyai dua cahayamata yang masih memerlukan perhatian penuh, penyanyi Ana Raffali berkongsi kegembiraan kerana berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana baru-baru ini.
Anna Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali berkongsi posting penuh kegembiraan di laman Instagram miliknya yang memaklumkan dirinya berjaya memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang Teknologi Pengajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Penyanyi yang popular menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku ini turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang memberikan kepercayaan dan bantuan sepanjang pengajiannya itu. Nampaknya, Ana bukan sahaja berkemahiran dalam nyanyian, penggubahan lagu dan bermain gitar, malah kini tekah menambah satu lagi portfolio dalam dirinya sebagai tenaga pengajar!.
Bermula dengan hobi bermain gitar, Ana mula berjinak menulis lagu sebagai cara meluahkan perasaannya ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Pendidikan Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Teaching English as a second language (TESL).
Kejayaan Ana Raffali membuktikan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu bukanlah halangan untuk dirinya berjaya mengenggam ijazah sarjana yang diimpikan itu. Malah Ana turut terlibat dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan antaranya termasuklah KEMAS dan sebagainya. Sebagai graduan Education in TESL, Ana Raffali berkongsi 4 strategi yang telah terbukti boleh membantu sesiapa menguasai apa sahaja yang diingini.
Sekadar informasi, nama Ana pernah menjadi perhatian selepas dinobatkan pemenang utama di Anugerah Juara Lagu ke-25 menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku. Selain itu, Ana juga turut popular menerusi lagu Kalau Berpacaran, Hujan Bunga Di Kuala Lumpur dan Hari Hari Hari Raya.
Ana Raffali mendirikan rumahtangga dengan Ahmad Aznaim Abdullah pada 25 Februari 2012. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahayamata.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kagum dengan semangat Datuk Faridah Hanim Haron dalam melahirkan usahawan bertaraf dunia. Meskipun empunya diri berdepan pelbagai ujian besar dalam hidup dan pernah lumpuh selama setahun akibat kemalangan, Datuk Faridah Hanim atau lebih dikenali sebagai Ibu Hanim sentiasa kuat semangat membantu anak bangsa berjaya.
Tanggal 12 Ogos lepas, syarikat perunding pembangunan organisasi dan kepimpinan miliknya iaitu Annems Leadership Solution Sdn Bhd meraikan 121 usahawan Bumiputera yang berjaya mengikuti program Business Sustainability Solution (BSS) kelolaannya yang diadakan selama 5 bulan, 16 hari dan 11 malam.
Ibu Hanim selaku Presiden berkata penganjuran program kali ke-12 itu melibatkan usahawan pada tahap Growth, iaitu mereka yang sudah memiliki perusahaan dan berhasrat mengukuhkan kedudukan di dalam pasaran.
Jelasnya usahawan yang terlibat dalam Konvokesyen BSS 2022 itu terdiri daripada usahawan produk penjagaan wajah, restoran, klinik, hospital, minyak wangi dan pelbagai sektor lain.
Fokus pembelajaran BSS ialah mendedahkan para usahawan dengan ilmu perniagaan yang tepat agar berdaya saing dan bertahan lama dengan amalan kerja berstruktur serta budaya kerja profesional seperti perniagaan korporat antarabangsa.
“Perbandingan data ini sangat penting. Kalau kita hanya fokus kepada jualan dan pemasaran sahaja tanpa data mampan yang sebenar, semua ini tiada gunanya. Saya lebih suka sekiranya perniagaan mereka dibina dengan niat untuk bertahan lama.”
Ibu Hanim ditemui pada sidang media Majlis Aspirasi Pejuang: Perjuangan Demi Cinta.
Sebelum ini, pakar pembangunan kepimpinan dan organisasi ini berjaya melakukan pelbagai perubahan kepada 154 anak syarikat Petronas selain menjadi wakil syarikat berurusan dengan agensi antarabangsa sepanjang 20 tahun berkhidmat di syarikat gergasi itu.
Beliau juga pernah dilantik membantu melicinkan perjalanan Projek Transformasi Nasional seterusnya sebagai penasihat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membina kualiti pemimpinnya.
Program BSS akan memasuki penganjuran ke-13 pada November ini dan usahawan yang ingin menyertai program berkenaan perlu memiliki sekurang-kurangnya lima orang kakitangan tetap yang dicarum oleh syarikat serta menjana keuntungan minimum RM1 juta setahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...