Aishah Dikurniakan Gelaran DATUK, 35 Tahun Berkecimpung Dalam Industri Seni Berbaloi

Kelunakan suara penyanyi ini memang tak perlu dipertikaikan lagi. Baru-baru ini penyanyi Aishah dikurniakan gelaran Datuk bersempena Hari Keputeraan ke-74 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin telah dianugerahkan pingat Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) membawa gelaran Datuk. Menurut penyanyi lagu Bahtera Merdeka ini gelaran yang dikurniakan itu sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dalam kehidupannya.

Foto: Instagram @aishahjmm
Foto: Instagram @aishahjmm

Wanita yang kini berusia 57 tahun ini menzahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat meraikan khabar gembira itu bersama orang tersayang seperti yang dilaporkan oleh BH Online.

“Saya terharu. Gelaran Datuk ini menterjemahkan pengiktirafan sepanjang 35 tahun pembabitan saya dalam dunia persada seni suara.

Foto: Instagram @aishahjmm

Namun, ada juga terselit perasaan sedih mengenangkan tiada ibu bapa dan adik-beradik meraikan pengiktirafan ini.

Nasib baik, saya masih ada anak-anak, rakan dan peminat untuk berkongsi kegembiraan bersama dengan pencapaian ini,” kata Aishah dikurniakan gelaran Datuk di istiadat pengurniaan darjah kebesaran berlangsung pada 22 Januari lalu.

Foto: Instagram @aishahjmm

Seperti yang diketahui umum, penyanyi kelahiran Jempol, Negeri Sembilan ini mula mencipta nama sebagai penyanyi menerusi kumpulan The Fan Club dari New Zealand awal tahun 1980-an.

Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa malahan pernah menduduki carta Billboard Hot 100 menerusi lagu “Don’t Make Me Fall Alone” pada tahun 1990.

Foto: Instagram @aishahjmm

Sebelum ini Aishah juga pernah bergiat aktif dalam kancah politik sekitar tahun 2013 dan pernah bertanding di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan mewakili Parti PAS.

Sekian lama menyepi diri dalam dunia hiburan, penyanyi lagu Janji Manismu ini telah membuat kemunculan semula di sebuah program realiti televisyen terbitan Astro Gegar Vaganza

musim keempat.
Foto: Instagram @aishahjmm

Bakat nyanyian penyanyi ini sememangnya terserlah dan meraih meraih gelaran Juara yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi.

Nyata, rezeki tak pernah salah alamat, satu persatu sejarah tercipta buat penyanyi kesayangan ramai ini dan semoga terus sukses dalam apa juga bidang yang diceburi.

Share
Published by
Hamizatul Maizan