Aizat Amdan Bergelar Suami, Pilih Mexico Destinasi Bulan Madu

Penyanyi yang popular dengan lagu “Lagu Kita’, Aizat Amdan selamat bergelar suami kepada pengurusnya, Elyssa Alia Illias dalam majlis pernikahan yang berlangsung di A Park, Puchong Selangor hari ini. Pasangan sama cantik sama padan ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa Elyssa, Leftenan Kolonel (B) Illias Moidean dan disakikan jurunikah Idurs Mohd Shahlan.

Foto: @saifulchin

Foto: @saifulchin.

Pada majlis akad nikah, Aizat menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada isteri tersayang, Elyssa, 34 tahun manakala wang hantaran telah dirahsiakan jumlahnya. Pihak pengantin lelaki turut menyerahkan tiga dulang hantaran dan dibalas lima dulang hantaran daripada pihak perempuan. Aizat segak mengenakan sepasangan baju Melayu rona putih manakala Elyssa mengenakan sepasang baju kurung putih sentuhan @altelia_amani

. Majlis resepsi pasangan tersebut turut diadakan di lokasi yang sama usai majlis akad nikah yang diadakan di sebelah paginya.


Foto: @saifulchin.

Aizat yang ditemui pihak media sejurus bergelar suami melahirkan rasa syukur segala perancangan untuk hari bahagianya berjalan dengan lancar. Sebagai seorang lelaki yang matang, Aizat menganggap perkahwinannya dengan Elyssa sebagai permulaan baharu dalam hidupnya sebagai seorang lelaki.

“Ini adalah fasa dan permulaan baharu buat kami berdua. Dah lama orang tanya saya soalan mengenai jodoh, jadi inilah jodoh saya,” katanya.


Foto: @saifulchin.

Tidak lengkap perjalanan sebuah perkahwinan tanpa perancangan berbulan madu. Bagi Aizat dan Elyssa, kedua-duanya meyimpan impian untuk berbulan madu ke Tulum, Mexico. Memilih Tulum sebagai destinasi bulan madu memandangkan lokasinya yang cantik dan diharap dapat memberikan ilham yang mencurah-curah untuk menulis lagu dan sebagainya.


Foto: @saifulchin.

“Saya mempunyai angan-angan untuk membuka studio di tepi pantai, manakala Elyssa pula mempunyai impian untuk membuka sekolah menyelam serta vila di tepi pantai.

“Insya-Allah, November ini saya akan ke Los Angeles atas urusan kerja dan dah alang-alang, akan ke Tulum untuk bercuti,” katanya.


Foto: @saifulchin.


Foto: @saifulchin.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga, rakan-rakan dan media.

Menyingkap kisah cinta pasangan ini, Aizat dan Elyssa menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk berkahwin pada Januari, merisik pada Februari dan seterusnya melangkah ke alam perkahwinan. Hadiah sempena perkahwinannya ini, Aizat baru-baru ini melancarkan lagu berjudul Hanya Kita Dua yang dihasilkan dan didedikasikan istimewa buat isteri tersayang.

Share
Published by
Rosmah Idayu