Rezeki dan jodoh tidak pernah salah alamat. Namun, kita sebagai insan biasa perlu berusaha dan berdoa untuk mencapai setiap yang dihajatkan. Fasha Sanda turut berkongsi tentang keajaiban doa dan terlalu bersyukur apabila doanya dimakbulkan oleh Allah SWT.
Kongsinya, “Syukur Alhamdulillah. Kali kedua nampak suami mengalirkan air mata semalam (kali pertama di hari pernikahan kami). Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa, reda. Semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan.
Ramai bertanya, apakah tip mudah hamil? Ramai juga mengadu dan bertanya tip untuk bahagia di peluang kedua. Ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM mintak kekuatan selepas penceraian.
Saya ingin kongsi pada semua, jawapannya adalah DOA. Percayalah pada keajaiban Doa. Its Miracle.
Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambah kan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat.
Kepada yang telah lama berkahwin dan masih menunggu saat ini, cuba ikut cara ni, tukar dan tambah ayat dalam doa, Allah Maha mendengar. Kalau nak merayu, merayulah pada Nya. Syukur Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui.
Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru, hmmm macam ni lah…Saya sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali ke dua sebab terlalu selesa menjadi ibu tunggal.
Tiba-tiba saja Allah SWT buat kita terkenal tanpa dirancang, dan sama-sama tersuka, dan dan selamat menjadi suami isteri.
Lagi satu, selalu kena ingat semua dalam dunia ni adalah ‘pinjaman’, Allah SWT yang bagi, dan Allah SWT berhak ambil balik bila-bila masa je, cuma kita teruskan berdoa agar pinjaman Allah SWT ini berkekalan sehingga ke akhir hayat, Insyaallah.
Wajah keibuan wanita ini jelas terserlah apabila berbicara tentang dua cahaya matanya yang comel itu. ketika diajukan pertanyaan bagaimana menghabiskan masa dengan anak-anak, jawabnya, “Memang jadual kerja saya tidak mengira masa. Kadang-kadang hari cuti pun saya terpaksa bekerja.
Namun, sesibuk mana sekalipun saya akan meluangkan masa bersama anak-anak. Sekurang-kurangnya saya akan menonton televisyen bersama-sama atau mempunyai sedikit masa kami akan keluar menonton wayang. Ini merupakan aktiviti wajib yang dilakukan bersama.
Saya juga sering mengharapkan waktu kerja saya tidak melampaui waktu tidur anak-anak kerana sudah menjadi kebiasaan saya untuk membaca bedtime stories sebelum mereka tidur.
Perkembangan media sosial yang berlari tanpa batasan membuat ramai ibu bapa mengalami dilema dalam meletakkan syarat penggunaan gajet terutama anak-anak yang masih kecil.
Ramai ibu bapa dilihat membiarkan anak-anak yang masih kecil bermain gajet sebagai langkah untuk ‘mendiamkan’ mereka. Fasha Sandha juga seorang ibu mempunyai pendapat yang berbeza.
“Anak-anak saya tidak ada media sosial, mereka membesar normal sebagai kanak-kanak biasa dan tidak pernah diajar tentang media sosial. Hanya saya yang akan berkongsi gambar mereka di laman Instagram saya sendiri.
Hendak menyekat terus penggunaan gajet terhadap anak-anak mungkin tidak releven dengan kehidupan mereka sekarang tetapi saya mengehadkan penggunaan gajet terhadap anak-anak kerana bimbang tentang penyalahgunaan. Apabila anak-anak sudah ketagih gajet sukar untuk meleraikannya,” tutur Fasha Sandha.
This website uses cookies.