Akad Dalam Bahasa Arab, Dengan Sekali Lafaz HANA ISMAIL Kini Milik Dai Syed

Selepas dua bulan mengikat tali pertunangan, personaliti dan pengacara, Hana Ismail selamat bergelar isteri kepada pendakwah selebriti, Dai’ Syed Iqmal dengan sekali lafaz pada jam 11.43 pagi tadi.

Menerusi majlis pernikahan pasangan yang diadakan di Masjid Ibnu Mas’ud, Ampang itu, pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga wali, Ismail Dahwan dengan lafaz akad dalam bahasa Arab.

Hana atau nama penuhnya Nurulhana Ismail, 36, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas. Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Dalam majlis penyatuan hati tersebut, pasangan mempelai bersetuju tiada sebarang pertukaran dulang hantaran kerana mereka telah berbuat demikian ketika melangsungkan pertunangan pada Oktober lalu.

BACA JUGA: Anggun, Petah Berkata-Kata Dan Berpendidikan HANA ISMAIL Pelapis Bakat Pengacaraan Yang Kian Bersinar

Majlis pernikahan pasangan ini dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak-saudara, kenalan rapat serta pihak media.

Antara rakan selebriti yang hadir ialah Datin Seri Paduka Umie Aida, Sharifah Noorhasleenda dan Irma Hasmie.Pasangan ini bakal diraikan dalam satu majlis resepsi di Shah Alam pada malam ini.

Terdahulu, pasangan itu selamat mengikat tali pertunangan secara tertutup di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru, Johor pada Oktober lalu.

Perkenalan pasangan merpati dua sejoli itu berlaku dalam masa singkat apabila Umie Aida bertindak selaku ‘orang tengah’ selepas Syed meluahkan rasa suka terhadap Hana.

(Sumber: Sinar Plus)

***

 

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

 

***

Share
Published by
Wan Firdaus