Pelakon yang juga seorang duda, Rashidi Ishak kembali bergelar suami apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan pengarah drama popular ‘Kampung People’ iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin hari ini.
Khabar gembira itu disahkan oleh jurusolek, Mas Hashim menerusi akaun Facebook miliknya.
Dalam perkongsian itu, Mas Hashim memuat naik foto Rashidi yang memakai baju Melayu putih manakala Wan Hasliza pula tampil ayu dengan baju kebaya serba putih.
Memetik perkongsian Mstar, berita gembira ini turut didedahkan oleh anak Rashidi iaitu Maryam Rashika.
Tulisnya di Instagram: –
“Ayah memakai kasut Nikes di majlis kahwinnya dan anak perempuan mengenakan Dr Martens di majlis kahwin ayahnya.”
Manakala anak lelakinya, Mikhail Imran yang turut berada di majlis berkenaan yang dipercayai berlangsung di Masjid Sri Sendayan Negeri Sembilan.
Untuk rekod, Rashidi pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran dan Maryam Rashika.
Namun rumah tangga yang dibina selama 17 tahun musnah apabila mereka memutuskan untuk bercerai pada 9 Ogos 2018.
Kredit Foto:
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.