Menopaus tetap hadir dalam kitaran hidup seorang wanita sama ada cepat atau lambat. Setiap wanita perlu positif melalui tempoh menopaus dan perlu mengambil tahu apa yang terjadi dalam tempoh tersebut.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di Malaysia, purata usia menopaus bagi wanita Malaysia ialah 51 tahun.

Ads

Walau bagaimanapun, usia ini adalah berbeza mengikut populasi yang dikaji, contohnya purata usia menopaus bagi wanita di Singapura adalah lebih awal iaitu pada usia 49 tahun manakala usia menopaus bagi wanita di Jepun pula adalah pada usia 53 tahun.

Pendek kata usia menopaus berbeza-beza dan bergantung kepada beberapa faktor seperti faktor genetik dan faktor sosioekonomi.

Menopaus Terpaksa

Menopaus Terpaksa atau Surgical Menopause berlaku apabila seseorang wanita menghidap penyakit tertentu sehingga perlu melakukan rawatan pembuangan rahim dan ovari.

Sekiranya wanita menghidap penyakit seperti fibroid atau adenomyosis, mereka akan menghadapi simptom seperti pendarahan haid yang teruk dan kesakitan semasa kedatangan haid.

Sekiranya simptom tersebut tidak berkurangan dengan ubat-ubatan, pesakit perlu melakukan pembedahan.

Jika pembedahan tersebut melibatkan pembuangan rahim, hanya haid yang akan berhenti. Tetapi, selagi ovari masih ada dan berfungsi, wanita tersebut tidak menopaus atau mendapat simptom menopaus.

Sebaliknya, sekiranya pembedahan melibatkan pembuangan rahim dan ovari, wanita tersebut akan terus menjadi menopaus akibat ketiadaan hormon estrogen dan progesterone serta bakal menghadapi simptom-simptom menopaus.

Contoh-contoh penyakit lain yang boleh megakibatkan pembuangan rahim dan ovari, seterusnya mengakibatkan Surgical Menopause adalah seperti endometriosis dan kanser seperti kanser ovari, kanser rahim atau kanser serviks.

Ads

Persediaan Menghadapi Menopaus

Setiap wanita perlu faham bahawa proses menopaus adalah satu proses normal yang akan dialami oleh semua wanita. Menopaus akan disertai dengan beberapa perubahan daripada segi fizikal dan emosi.

Jadi, pengetahuan mengenai perubahan-perubahan ini adalah penting supaya wanita boleh menghadapinya dengan lebih tenang dan dengan hati yang terbuka.

Ads

Antara simptom paling kerap yang dialami oleh wanita Malaysia adalah;

  • Masalah susah tidur (sleeplessness),
  • Pening kepala (headache),
  • Kekurangan keinginan untuk seks (reduced sex drive).

Simptom lain seperti rasa panas (hot flushes), kulit kering (dry skin), mood tidak menentu (mood swings), kerap merasa marah (irritability) dan masalah urogenital juga merupakan antara simptom menopaus yang dialami oleh kaum wanita.

Kajian telah menunjukkan wanita yang berpandangan negatif terhadap menopaus dan proses penuaan akan mengalami simptom yang lebih teruk dari wanita yang bersifat lebih terbuka menerima perubahan pada dirinya.

Kajian yang sama juga menunjukkan wanita di Malaysia tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai menopaus.

Oleh itu, adalah penting untuk pihak media dan para doktor (health professionals) untuk menyebarkan maklumat yang betul dan berfaedah untuk membantu wanita di Malaysia menghadapi menopaus.

Wanita juga harus mengambil langkah proaktif dalam mendapatkan informasi mengenai menopaus dan simptom-simptomnya. Hamizatul Maizan Mohamed

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI