Kadang-kadang kita rasa peristiwa tertukar bayi macam cerita yang diada-adakan. Mana mungkin bayi yang baru lahir akan tertukar kerana sebaik sahaja dilahirkan akan dipakai gelang. Gelang yang akan memastikan siapa ibu kandungnya yang sebenar.
Ads
Namun insiden tertukar bayi ini telah menyebabkan wanita Arab Saudi menerima wang pampasan sekurang-kurangnya RM2.2 juta.
Kisah bayi anak orang kaya tertukar dan dipelihara orang keluarga kurang berada menjadi tular seperti yang dilaporkan Middle East Monitor. Akhbar tempatan Al-Watan melaporkan ketika kejadian berkenaan wanita yang kini berusia 35 tahun itu dilahirkan di sebuah hospital kerajaan di Mekah.
Walau bagaimanapun, seorang jururawat yang bertugas untuk memandikan bayi berkenaan telah tidak sengaja menyerahkan kepada ibu yang salah. Laporan ini menyatakan bahawa wanita tersebut semakin keragui keberadaannya dalam keluarga yang membesarkannya itu.
Dia merasakan perbezaan dari segi watak, budaya, pendidikan dan gaya hidup sehingga mendorongnya untuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Ads
Namun, sedih sekali wanita ini tidak dapat berjumpa dengan ibu kandungnya kerana telah pergi mengadap Ilahi terlebih dahulu. Oleh itu, mahkamah Jeddah telah memutuskan untuk memberi pampasan yang berjumlah sedemikian lantaran terpaksa hidup dengan keluarga lain tanpa sengaja.
Ads
Mujur juga dia tidak berkahwin dengan ahli keluarga sendiri. Kalau tak, macam-macam masalah lai pula yang timbul.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermacam-macam spekulasi timbul sejak berita penceraian suami Instafamous King Coco iaitu Kapten Azrin dan isteri pertamanya, Nor Azura bertebaran di media sosial kebelakangan ini. Enggan melihat masyarakat terus menyalahkan kedua-dua wanita tersebut… Azrin Anas terbuka menjelaskan perkara sebenar dengan harapan agar pendedahan ini mampu membersihkan kembali nama mereka bertiga.
Azrin yang dihubungi pihak Nona pagi tadi nyata bersikap profesional menjawab setiap pertanyaan. Seakan sudah menjangka soalan yang bakal diajukan, bapa kepada empat orang anak ini dalam nada tenang berkata, “Saya mengesahkan yang kami berdua sudah pun bercerai pada awal bulanĀ Oktober 2018 lepas.
Untuk pengetahuan, saya tidak pernah berniat untuk menceraikan bekas isteri saya, Nor Azura Usman. Kami berbincang dengan keluarga dan ibu saya, akhirnya saya bersetuju untuk Nor Azura memfailkan kes penceraian ini. Mungkin disebabkan kekhilafan saya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Kami berpisah dengan cara baik dan sehingga kini kami masih berkomunikasi demi anak-anak. Saya akui mungkin sampai di sini sahaja jodoh kami berdua. Saya dan bekas isteri kini berkawan seperti biasa. Harap dengan penjelasan ini dapat menutup segala teka-teki.”
Terang Azrin lagi, dia merasakan segala insiden yang berlaku hari ini berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri dan bukan dari bekas isteri mahupun King Coco. “Coco dan bekas isteri sama-sama baik. Mungkin saya yang kurang menghargai pengorbanan mereka berdua sebagai seorang isteri dan bekas isteri.
Tentang status IG Coco ‘I don’t compete, I conquered!’ yang digembar-gemburkan ada kaitan dengan penceraian saya dan isteri pertama… saya rasa mungkin itu pembakar semangat bagi dia dalam bisnes dan kehidupan seharian. Boleh tanya Coco sendiri untuk penjelasan lanjut.”
Menyedari setiap gerak-gerinya dan isteri, King Coco menjadi perhatian masyarakat… Azrin turut menitipkan pesan berikut sebagai peringatan buat isteri dan diri sendiri. “Nasihat saya agar dia lebih rasional dalam menghadapi segala cemuhan, permasalahan yang mendatang dan sentiasa peka dengan isu-isu yang mengganggu sensitiviti masyarakat terutamanya dalam sosial media.
Saya sendiri pun terkesan dengan kritikan dan akan berusaha untuk memperbaiki diri saya sendiri. Saya mohon ampun maaf kepada semua sekiranya isu ini ada menyakiti hati sesiapa.”
Sementara itu, Nona turut mendapatkan reaksi King Coco mengenai isu penceraian tersebut. Ketika dihubungi, pemilik nama Mashaira Ismail ini sama sekali tidak menyangka ia sedang hangat diperkatakan di media sosial. Menegaskan status ‘I don’t compete, I conquered!’ di laman Instagram miliknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan situasi yang terjadi sekarang, ini jawapan King Coco.
“Dah lama tak silap saya tulis pasal tu. Takda kena mengena dengan hidup atau yang mati. Itu hanya pembakar semangat saya ketika saya work out. Seperti yang followers saya tahu yang saya ni kuat gym sikit.
Jadi saya perlukan quotes selari dengan kononnya title king yang saya letak di Instagram untuk saya terus fokus dan sentiasa aim mission. Setiap bulan mission saya berbeza, perbaiki bentuk badan dan perbaiki diri. Jadi sebab itulah saya tulis ‘I don’t compete, I conquered!’
Biasalah netizen, apa yang kita nampak tak semestinya betul. Tentang penceraian kapten, no komen. Mereka lebih tahu tentang perhubungan mereka. Saya tiada hak untuk masuk campur. Walau rata-rata masih beranggapan sayalah punca tapi biarlah Yang Di Atas tahu. Memang prinsip saya lebih suka berdiam diri daripada menegakkan sesuatu perkara yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.”
Baik Kapten Azrin mahupun King Coco, kedua-duanya sudah menjelaskan situasi sebenar. Moga dengan pendedahan ini tiada lagi kata-kata negatif dilemparkan kepada mereka. Sesungguhnya poligami bukan hal yang mudah sekiranya tidak disertai dengan persetujuan, persefahaman dan sikap adil.
Usah jadikan penceraian sebagai jalan singkat untuk menyelesaikan masalah. Namun jika tiada lagi persefahaman di antara satu sama lain dan itu adalah takdir Allah, siapa kita untuk menolaknya.
Kredit foto: Instagram Captazrin & King Coco
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seramai 27 ibu tunggal dan beliawanis di Terengganu berjaya menamatkan kursus perusahaan madu kelulut anjuran ExxonMobil dengan kerjasama Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) di Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu pada 20 September 2017 lalu.
Program selama tiga hari yang julung kali diadakan itu merupakan inisiatif ExxonMobil dalam usaha meningkatkan peluang dan penglibatan golongan wanita di bidang ekonomi melalui usaha pembangunan kemahiran di samping penyediaan program sokongan.
Penyampaian sijil kepada para peserta disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM,Ā Datoā Haji Mohd Fadzli Yusof,
Program terbaharu itu dilaksanakan susulan kejayaan program sama membabitkan projek perusahaan cendawan dalam kalangan ibu tunggal dan beliawanis yang dirintis Exxonmobil dan YDSM sejak 2008.
Menurut Dato’ Fadzli, kali ini ExxonMobil menyumbangkan kira-kira RM70,000 bagi program perusahaan madu kelulut dan pihaknya proaktif untuk memantau peserta terutama dalam tempoh tiga bulan pertama.
āDiharap latihan dan sokongan yang disediakan dapat memberi rangsangan kepada mereka terutama dalam memajukan diri sekali gus meningkatkan pendapatan masing-masing,” jelas beliau.
Program latihan keusahawanan di bawah TheĀ ExxonMobil Women Economic Opportunity Initiative (EWEOI) itu secara tidak langsung dapat membantu golongan ibu tunggal serta beliawanis menjana pendapatan sekali gus meningkatkan taraf hidup diri serta keluarga.Ā Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi satu cabaran bagi ibu-ibu di luar sana untuk memastikan pakaian dan sekolah anak-anak sentiasa putih dan bersih daripada sebarang kotoran.Tak sakit mata memandang dan anak-anak pun selesa belajar kalau pakaian bersih.
Mencuci baju sekolah berwarna putih dan memutihkan kasut merupakan satu nightmare juga kepada ibu di luar sana. Lagi-lagi kalau tiba part nak basuh kasut sekolah anak yang asalnya warna putih, tapi dua tiga hari pakai dah macam kena celup dalam lumpur.
Ā
Namun, petang tadi Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah akan bermula tahun hadapan.
“Ramai ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih. Baiklah, mulai tahun depan, murid-murid akan memakai kasut hitam, bukan kasut putih lagi,ā katanya dalamĀ sesi Bicara Minda Sihar Harian hari ini.
Jadi, tak perlu lagi para ibu di luar sana penat berus bersungguh-sungguh bersihkan kasut sekolah anak-anak.
sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda āAbdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...