Dari zaman anak dara sampai status ibu tiga anak, penampilan Intan Sarafina macam tak berubah. Kekal awet muda dan langsing. Mana tidaknya, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Kembali ini rupa-rupanya sangat aktif bersukan terutamanya dalam acara larian.

Ads

Kalau tengok media sosial Intan, memang kebanyakan postingnya berkaitan kecergasan dan gaya hidup sihat. Pernah ‘berehat’ seketika daripada melakukan larian atau senaman berat kerana mengalami kecederaan hingga dibedah, kini Intan kembali aktif dengan hobi berkenaan.

Terbaharu, dia mengikuti Garmin Run Asia 2022. Menariknya dalam larian sejauh 10 kilometer itu, Intan berjaya tamatkan larian dalam masa hanya satu jam!

Walau ia bukan catatan masa terbaik baginya namun Intan gembira dapat menghabiskan acara biarpun berdepan pelbagai cabaran sebelum itu.

Aktif Sertai Acara Larian, Patutlah INTAN SARAFINA Kekal ‘Fit’ & Awet Muda! Aktif Sertai Acara Larian, Patutlah INTAN SARAFINA Kekal ‘Fit’ & Awet Muda! Aktif Sertai Acara Larian, Patutlah INTAN SARAFINA Kekal ‘Fit’ & Awet Muda!

Kongsinya, “My second time for this event. Alhamdulillah even though so many dramas happened before the race so glad I finished my 10km in within 1 hour. Didn’t break my PB but it’s ok will try again next one.”

Pada Julai lepas, Intan turut menyertai acara Twincity 12 kilometer 2022 dan dia berjaya mencatat masa terbaik dalam acara itu. “Alhamdulillah a PB for my 10km, 59.04. 9th placing under women’s Veteran Category, 35 years old and above. I didn’t expect this at all but syukur alhamdulillah.”

Aktif Sertai Acara Larian, Patutlah INTAN SARAFINA Kekal ‘Fit’ & Awet Muda! Aktif Sertai Acara Larian, Patutlah INTAN SARAFINA Kekal ‘Fit’ & Awet Muda! Aktif Sertai Acara Larian, Patutlah INTAN SARAFINA Kekal ‘Fit’ & Awet Muda! Aktif Sertai Acara Larian, Patutlah INTAN SARAFINA Kekal ‘Fit’ & Awet Muda!

Intan atau nama penuhnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya mengalami kecederaan kaki hingga terpaksa dibedah pada awal tahun lalu memberitahu keadaan kakinya semakin baik di samping dapat kembali aktif jogging.

Ads

Sejak pembedahan kaki itu juga Intan terdetik untuk berhijab dan tekad berubah. Bagi yang mengikuti perkembangan selebriti ini, mesti tahu minat Intan terhadap sukan dan jogging.

Aktif Sertai Acara Larian, Patutlah INTAN SARAFINA Kekal ‘Fit’ & Awet Muda! Aktif Sertai Acara Larian, Patutlah INTAN SARAFINA Kekal ‘Fit’ & Awet Muda!

Malah, bekas pramugari AirAsia 2004/2005 ini juga kerap berkongsi aktiviti sukan yang diamalkan dengan followers.

Ads

“Selepas kelahiran anak ketiga, Intan cuba mengamalkan gaya hidup sihat. Intan nak sihat dengan cara bersukan secara aktif. Antara sukan yang Intan sangat suka buat ialah running, HIIT workout dan indoor cycling.

Intan tak ada amalkan petua tradisi pun. Tapi mungkin Intan rasa dengan workout, amalkan minum air secukupnya dan good skin care will help untuk menjadikan kulit lebih cantik dan tegang.

Intan mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin pada tahun 2008 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, Megat Israfel Raez dan Megat Noah.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI