Penyanyi popular, Khai Bahar dilantik sebagai Ikon Kemanusiaan Bagi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Al Azhar Care.
Pelantikan penyanyi lagu Luluh itu adalah kerana penglibatannya yang aktif dalam menyumbangkan tenaga terhadap aktiviti kesukarelawanan.
Kredit Foto: Instagram Khai Bahar.
Memetik perkongsian Awani, Presiden Al Azhar Care, Alif Mahari menyatakan bahawa lantikan itu cukup signifikan dalam misi kesukarelawanan NGO tersebut untuk menyalurkan bantuan menerusi program korban, akikah, wakaf Quran dan wakaf telaga di benua Afrika pada tahun ini.
Ads
“Kami sangat berbesar hati dengan kehadiran Khai Bahar dalam misi ibadah korban kali ini dan sudi menjadi ikon kemanusiaan Al Azhar Care.
“Semoga dengan asbab Khai Bahar menjadi ikon ini dapat menarik lebih ramai lagi orang di luar sana untuk sama-sama menyertai program serta aktiviti yang dianjurkan,” katanya.
Ads
Kredit Foto: Instagram Al Azhar Care.
Selain itu, menurut Khai Bahar pula ini bukan kali pertama beliau turut serta dalam aktiviti kebajikan dan kesukarelawanan bersama mana-mana organisasi dan tidak menetapkan tempoh kerjasama antara kedua-dua pihak.
Sebaliknya, beliau rela hati untuk turut serta dalam aktiviti kebajikan yang dapat memberi manfaat kepada individu lain.
Ads
Kredit Foto: Instagram Khai Bahar.
“Ini bukan pertama kali saya bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan, malah tidak megikat sebarang kontrak, tapi dengan rela hati saya menjadi sukarelawan dan tidak menetapkan tempoh tahun supaya kebaikan yang saya lakukan ini saya dapat kongsikan pada semua orang,” ujarnya sewaktu majlis meraikan delegasi sukarelawan Al Azhar Care yang akan berlepas ke Afrika pada 26 Jun 2023.
Untuk info, Al Azhar Care, sebuah pertubuhan NGO yang menjalankan aktiviti kebajikan, kemanusiaan, dan pendidikan di dalam dan luar negara, telah menjalankan usaha kebajikan sejak ditubuhkan pada 2019.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kes pengabaian remaja Sindrom Down, Bella cukup menyentuh hati semua rakyat Malaysia, sehinggalah ke hari ini di mana Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dijatuhi hukuman 12 tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, selepas didapati bersalah mengabai dan menganiaya remaja berkenaan.
Kes penderaan kanak-kanak malang itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Khaleeda yang cukup lantang bersuara dalam menegakkan keadilan untuk Bella.
Susulan itu, Che’ Puan Khaleeda hari ini merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat membantu menyelesaikan kes tersebut.
Saya dimaklumkan bahawa mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari ini, 3 Mei 2023 telah mendapati bahawa tertuduh Siti Bainun Binti Ahd Razali bersalah atas tuduhan mengabaikan dan mendera Bella yang berusia 13 tahun sehingga menyebabkan remaja berkenaan mengalami kecederaan fizikal dan emosi yang serius.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada aktivis-aktivis #JusticeForBella, peguam lantikan DYAM Tunku Mahkota Johor, Pasukan Pendakwaan dan individu lain yang begitu prihatin akan tragedi yang berlaku terhadap Bella.
Sementara itu, Che’ Puan Khaleeda turut menyuarakan keprihatinanya terhadap isu penderaan kanak-kanak selain berharap kes sedemikan tidak akan berulang lagi.
“Saya dan DYAM Tunku Mahkota Johor amat prihatin terhadap isu penderaan kanak-kanak dan berpandangan kes ini perlu diambil sebagai pengajaran oleh semua pihak serta berharap kes seumpana ini tidak berulang atau berlaku lagi,” tulisnya di Instagramnya.
Terdahulu, Nona ada melaporkan DYAM Tunku Mahkota Johor telah mengambil inisiatif segera dengan menitahkan empat orang peguam untuk turut sama menyertai perbicaraan terhadap kes Bella serta berazam akan mengheret mereka yang bertanggungjawab mendera Bella ke muka pengadilan.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kesempatan mengabadikan Datin Suliza Salam bersama ketiga-tiga anaknya sebagai penghias muka depan Nona bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Seronok melihat hubungan mesra yang terjalin di antara Datin Suliza Salam dengan anak-anaknya, Izzati Zainal Nazeri, Falahi Zainal Nazeri dan penyanyi Ismail Izzani Zainal Nazeri.
Anak-anak Datin Suliza Salam bukan sahaja mewarisi kejelitaannya malah turut memiliki ‘mata kucing’ yang menjadi jolokan buat penyanyi ini. Usik-mengusik di antara 3 adik-beradik ini hanya disaksikan oleh Datin Suliza dan sekali-sekala mencelah.
Terhampur pertanyaan kepada anak-anak Datin Suliza, adakah kerap orang cakap mereka akrab seperti adik-beradik. Jawab Izzati, “Memang ramai dan selalu sangat orang cakap kami macam adik-beradik,” sambil hujung mata menyoroti kepada ibunya.
Foto: Instagram @sulizasalam_
Datin Suliza bersyukur kerana mampu kekal awet muda walau di usia 54 tahun. “Saya bersyukur bila orang kata saya macam adik-beradik dengan anak-anak. Pada saya tak ada sebarang rahsia cuma tak rugi menjaga amanah Allah SWT. Badan kita ni adalah amanah Allah SWT jadi kita kena jaga.
Foto: Instagram @sulizasalam_
Cara saya menjaga amanah Allah SWT ini dengan menjaga makan. Petua kecantikan senang saja setiap pagi saya memang amalkan ambil jus. Boleh minum apa juga jenis jus tapi yang saya amalkan adalah lobak merah, epal, peria, beetroot dan celery. 5 bahan ini saya campur, blend dan minum. Jus ini sangat baik untuk menambah tenaga. Kadang-kadang tukar-tukar juga,” tutur Datin Suliza yang kini bahagia dengan kehidupannya.
Foto: Instagram @falazainal
Selain menjaga pemakanan rupanya Datin Suliza yang popular dengan lagu Untuk Sekali Lagi juga mengamalkan pemakanan jamu. “Saya juga ada makan jamu. Memang dari kecil mak saya ajar makan jamu. Biasanya jamu yang dibuat sendiri. Saya juga mengamalkan minum kunyit tu. Saya amalkan sampai sekarang, sebenarnya kunyit itu adalah antiseptik yang terbaik. Sejujurnya mengamalkan pemakanan alami itu adalah terbaik,” ungkap Datin Suliza.
Foto: Instagram @sulizasalam_
Tambah Datin Suliza, menikmati hidup yang bahagia juga salah satu faktor untuk kelihatan muda. “Memang dalam hidup ini tak ada orang yang dapat lari dari masalah, itu biasa. Hidup kan? Tapi you deal with it and try to be as good as you can. Daripada segi pemikiran, memang selalu kena berfikiran positif. Bila kita happy kita tak tertekan penyakit pun dijauhkan, insyaallah. Kadang-kadang sakit datang bila rasa tertekan dan depresi.
Foto: Instagram @falazainal_
Satu lagi, perasaan ingin nampak okay tu kena ada. Ada setengah orang tu, bila dah meningkat usia sudah malas nak nampak cantik. Bagi saya bergaya tetap kena ada tak kira usia, tetapi dengan bersesuaian dengan usia kita. Macam usia saya tiba-tiba nak pakai ketat-ketat, tak boleh lah macam itu. Bergaya sangat perlu tetapi kena bersesuaian dengan peringkat umur.
Bercerita tentang pendidikan anak-anak pula, Datin Suliza lebih selesa memberi kebebasan kepada anak-anaknya untuk memilih bidang yang diminati. “Saya percaya kalau kita sebagai mak dan ayah restu apa juga pilihan anak-anak, insyaallah apa yang diusahakan pasti akan berjaya.
Tapi sebaliknya kalau kita paksa anak-anak jadi sesuatu dalam masa yang mereka memang tak boleh nak terima memang agak susah lah. Tinggal lagi kalau kita tetap mendoakan pun insyaallah. Macam Ismail Izzani, dia kata nak jadi penyanyi.
Foto: Instagram @falazainal
Saya cakap boleh nak jadi penyanyi tapi kena buat betul-betul. Bukti kepada saya Ismail boleh berjaya dalam bidang ini. Namun, bagi saya istilah anak yang berjaya sudah cukup bila anak-anak itu patuh kepada kita sebagai mak dan ayah mereka,” kata Datin Suliza sambil tersenyum menatap wajah anak-anaknya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehadiran penyanyi yang begitu popular dan menguasai industri muzik di era 2000-an ini kembali menyengat setelah muncul semula dalam program realiti Gegar Vaganza (GV) musim keempat yang lalu. Hampir 10 tahun lamanya menyepi dalam industri seni kelibat figura yang menyanyikan lagi Siapa Menyangka Siapa Menduga ini benar-benar mencuri tumpuan.
Pada 25 Januari yang lalu Liza Hanim telah selamat melahirkan anak kelimanya. Kini Liza Hanim gigih untuk mengembalikan berat badan seperti mana yang telah dikongsinya di laman media sosialnya. Kongsi Liza, “Dah masuk 4 hari pantang….Masa mengandung alhamdulillah dapat semua yang saya teringin. Jadi sekarang pantang la ketat ketat ye,” katanya.
Liza Hanim juga mengamalkan sauna untuk mengembalikan berat badannya. “Dah turun berat 8kg pada hari 16 pantang…. lagi 7kg to pre pregnancy weight… jom gigih bersauna,” katanya.
Tambah Liza Hanim, “Lepas bersalin, banyak muscles yang lemah especially the core, exercise yang saya buat dalam video tu menggerakkan otot-otot perut dan core. Di @myfirstphysiotherapy setiap exercise yang dibuat dipantau sepenuhnya agar badan dapat pulih seperti sedia kala. Badan nak pakai lama,” kata Liza Hanim.
Sebelum mengandung anak kelima ini dahulu Liza Hanim pernah berkongsi tip dengan Nona bagaimana dia boleh menguruskan badannya. Menurut Liza Hanim apa yang telah dicapainya dahulu tidak datang dengan mudah tanpa usaha yang gigih.
Portion Makanan Liza Hanim
“Saya belajar dan memahami apakah itu cara untuk menguruskan badan. Saya tidak mengambil cara short cut dengan mengambil ubat-ubatan atau crash diet. Saya memahami bagaimana tubuh berfungsi dan perlu menjadikannya sebagai gaya hidup yang berterusan.
Saya belajar maksud kalori, kalori defisit, makanan apa yang sesuai dan portion makanan. Senaman dapat membantu memantapkan otot-otot dan pembentukan badan. Jadi saya kena faham apa yang nak dibuat dan perlu betul-betul konsisten. Kalau nak buat kena buat betul-betul kerana cabarannya besar terutama apabila kita tinggal di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian makanan yang lazat.
Selepas saya berhenti menyusukan badan anak, saya menyukat kalori dan saya mengamalkan 1200 kalori diet. Dengan 1200 kalori itu saya makan ikut portion. Saya makan nasi dan sebagainya tetapi kena pastikan makan tidak melebih 1200 kalori. Saya potong lagi kalori dengan melakukan senaman.
Bila ada kalori defisit yang dibakar menjadi tenaga serta-merta boleh turun berat badan secara semula jadi,” jelas Liza Hanim. Semoga Liza Hanim boleh mengembalikan berat badan ideal yang diidamkannya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...