Aktif Sumbang Tenaga Dalam Aktiviti Sukarela, KHAI BAHAR Dilantik Sebagai Ikon Kemanusiaan

Penyanyi popular, Khai Bahar dilantik sebagai Ikon Kemanusiaan Bagi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Al Azhar Care.

Pelantikan penyanyi lagu Luluh itu adalah kerana penglibatannya yang aktif dalam menyumbangkan tenaga terhadap aktiviti kesukarelawanan.

Kredit Foto: Instagram Khai Bahar.

 

Memetik perkongsian Awani, Presiden Al Azhar Care, Alif Mahari menyatakan bahawa lantikan itu cukup signifikan dalam misi kesukarelawanan NGO tersebut untuk menyalurkan bantuan menerusi program korban, akikah, wakaf Quran dan wakaf telaga di benua Afrika pada tahun ini.

“Kami sangat berbesar hati dengan kehadiran Khai Bahar dalam misi ibadah korban kali ini dan sudi menjadi ikon kemanusiaan Al Azhar Care.

“Semoga dengan asbab Khai Bahar menjadi ikon ini dapat menarik lebih ramai lagi orang di luar sana untuk sama-sama menyertai program serta aktiviti yang dianjurkan,” katanya.

Kredit Foto: Instagram Al Azhar Care.

Selain itu, menurut Khai Bahar pula ini bukan kali pertama beliau turut serta dalam aktiviti kebajikan dan kesukarelawanan bersama mana-mana organisasi dan tidak menetapkan tempoh kerjasama antara kedua-dua pihak.

Sebaliknya, beliau rela hati untuk turut serta dalam aktiviti kebajikan yang dapat memberi manfaat kepada individu lain.

Kredit Foto: Instagram Khai Bahar.

“Ini bukan pertama kali saya bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan, malah tidak megikat sebarang kontrak, tapi dengan rela hati saya menjadi sukarelawan dan tidak menetapkan tempoh tahun supaya kebaikan yang saya lakukan ini saya dapat kongsikan pada semua orang,”

ujarnya sewaktu majlis meraikan delegasi sukarelawan Al Azhar Care yang akan berlepas ke Afrika pada 26 Jun 2023.

Untuk info, Al Azhar Care, sebuah pertubuhan NGO yang menjalankan aktiviti kebajikan, kemanusiaan, dan pendidikan di dalam dan luar negara, telah menjalankan usaha kebajikan sejak ditubuhkan pada 2019.

 

Share
Published by
Amy Mohd