Aktres Indonesia terkenal, Prisia Nasution antara yang memiliki kecantikan asli. Biarpun tanpa secalit solekan di wajah, kecantikan Prisia sentiasa menjadi bualan. Beruntungnya Prisia adalah kerana dia memiliki kulit yang sihat.
Ads
Selain aktif dalam bidang seni dan peragaan, Prisia juga seorang yang menggemari aktiviti sukan kerana ia membantu dirinya untuk kekal sihat dan cergas. Secara tidak langsung membantu menjaga kesihatan kulitnya di samping mengamalkan rutin penjagaan harian.
Menurut isteri kepada aktor Malaysia, Iedil Putra yang berusia 37 tahun ini, dia akan bersukan dua kali dalam seminggu. Ini kerana Prisia seorang yang suka bergerak.
Selain bersukan, Prisia juga sangat menitikberatkan soal kecantikan luar dan dalam. Begitu juga dengan kulitnya yang perlu diberi perhatian memandangkan dia sering berpeluh kerana aktif bersukan.
Maka, dia tidak pernah meninggalkan rutin pemakaian serum dan pelembap. Baginya, dua item tersebut ‘wajib’ dipakai setiap hari. Di samping itu, pemakaian sunblock juga menjadi keutamaan Prisia setiap kali sebelum keluar rumah.
Memiliki kulit yang sihat dan mulus tidak semestinya bebas daripada masalah contohnya jerawat. Begitu juga Prisia yang juga merupakan atlet pencak silat yang pernah mengalami masalah kulit suatu ketika dahulu.
Ads
Ia berlaku disebabkan dia mengambil mudah rutin penjagaan kulit terutama sebelum keluar rumah. Sebelum ini dia tidak mementingkan penggunaan sunblock maka berlakunya breakout pada kulit.
Ads
Bermula saat itu, Prisia mula sedar betapa pentingnya sunblock dan juga serum serta pelembap digunakan khususnya sebelum keluar rumah dan sebelum tidur.
Sekadar infiormasi, Prisia berkahwin dengan aktor Malaysia, Iedil Putra pada 1 Jun 2016. Pasangan ini berkenalan ketika mereka sama-sama berlakon di dalam filem ‘The Interchange’.
Kredit Foto: Instagram Prisia Nasution & Iedil Dzuhrie Alaudin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebersihan bawah lengan sudah dipelihara dan deodoran juga sudah disapu tetapi, kenapa bawah lengan masih berbau? Peluh berlebihan di bawah ketiak mungkin menjadi punca bau yang tidak menyenangkan itu. Ternyata deodoran tidak sepenuhnya menghalang peluh, bau dan gatal agar terus melanda.
Kerap juga terjadi masalah sekitar kulit bawah lengan menjadi gelap. Memakai deodoran dikatakan menjadi punca kulit gelap ini. Sebenarnya secara fizik, kulit di kawasan bawah lengan memiliki pigmen yang berbeza daripada kulit sekitarnya.
Ini merupakan punca sebenar timbul warna gelap itu dan ditambah pula dengan ketidakseimbangan hormon juga merupakan salah satu sebab kulit menjadi hitam di bawah lengan.
3 Kesalahan Umum Menggunakan Deodoran
(a) Menggunakan produk yang salah
Ramai yang masih keliru dengan deodoran dan anti-perspirasi. Kedua-duanya memiliki fungsi yang berbeza. Bila ingin menghilangkan bau, deodoran adalah pilihan yang tepat. Deodoran berfungsi umpama pewangi untuk bawah lengan.
Manakala untuk mendapatkan kesan kelembapan sepanjang masa dan menghapuskan bau serta menyekat peluh berlebihan, boleh menggunakan anti-perspirasi. Anti-perspirasi ini mempunyai rumusan istimewa seperti aluminium klorida yang membantu menghalang pengeluaran peluh setiap hari.
(b) Mengandungi pewangi
Pewangi dan alkohol pada deodoran atau anti-perspirasi yang berlebihan dapat meningkatkan iritasi pada kulit sehingga terjadi hiperpigmentasi. Ini yang menjadi punca kulit bawah lengan menjadi gelap.
Jika anda gemar menanggalkan rambut di bawah lengan dengan mencabutnya juga menjadi punca iritasi kulit dan menjadikan kulit permukaan bawah lengan menjadi nipis. Bila mencukur bawah lengan pula berhati-hati jangan sampai menggores kulit bawah lengan. Ini hanya akan membuat kulit menjadi kering dan berpeluh.
(c) Rawat dengan lemon
Jika sudah ternampak tanda awal iritasi kulit di bawah lengan, anda boleh rawat menggunakan bahan-bahan semula jadi. Ambil jus lemon dan campurkan bersama buah timun yang sudah diparut. Gaul sempurna dan campurkan parutan kunyit pula di dalamnya.
Sapu adunan ini di bawah lengan dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air suam agar bawah lengan kekal bersih, harum dan tetap kering.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ingat lagi dengan penyanyi cantik bersuara lunak era 90an, Azie Mustapha? Suatu ketika dulu terkenal dengan lagu Pelamin Anganku Musnah dan Kau Tetap Dalam Anganku.
Baru-baru ini, genaplah usia penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini yang ke-46 tahun. Walaupun dah mencecah pertengahan 40an tetapi ibu kepada tiga orang anak ini masih kekal menawan dan awet muda!
Tak nampak langsung kedutan, flawless je. Patutlah wanita Sarawak cantik-cantik, kan?
Tiga anak-anak Azie berusia antara 22, 19 dan 13 tahun.
Tulis Azie atau nama sebenarnya Roeziah Mustapha di ruangan kapsyen Instagramnya: –
“Alhamdulilah… Di hari baik bulan baik..semoga Allah ampunkan dosaku, jika diizinkan panjangkan umurku untuk bersama-sama suami dan anak-anakku serta keluargaku tercinta.”
Azie turut berterima kasih kepada ibu tercinta yang telah melahirkannya.
“Terima kasih Mak yang dah melahirkan ku…”
Tidak dilupakan ucapan terima kasih Azie buat semua yang mendoakan dan memberi ucapan hari lahir buatnya di Facebook.
“Hati sebak terima kasih juak… kepada semua, adik kakak, ipar biras, sanak saudara dan teman-teman di fb atas doa-doa dan ucapan hari lahirku.
“Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT, aamin.
“Sekali lagi, buat suami dan anak-anak terima kasih kerana telah merancang makan malam ini. Really appreciate.. Love you all”.
Memetik perkongsian Azie kepada Majalah Nona tentang rahsia kecantikannya: –
“Saya mengamalkan suplemen dan vitamin, serta minum air kosong secukupnya. Tidur kena cukup, makan minum kena jaga lebih-lebih lagi kalau dah berusia 35 tahun ke atas. Penyakit mudah nak ‘datang’.
“Saya juga jaga waktu makan. Paling penting sarapan jangan skip. Kalau tak makan tengah hari sekalipun sekurang-kurangnya dah bersarapan kerana ia membekalkan tenaga.
“Sebagai suri rumah nak kena bekerja sepanjang hari. Kerja mesti selesai semuanya. Saya pula berbisnes jadi perlukan tenaga yang cukup. Saya sentiasa berdoa agar diberi kesihatan yang baik,” kongsi Azie yang kini rancak mengusahakan bisnes makanannya sendiri.
Semoga Azie kekal sukses, cantik, sihat dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Kredit Foto: Instagram Azie Mustapha
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memiliki susuk tubuh langsing dan berketinggian enam kaki, rambut hitam panjang mengurai, hidung mancung serta bibir mungil. Tidak hairanlah atlet bola tampar Kazakhstan ini menjadi perhatian ramai peminat sukan.
Bukan hanya dipuja kebanyakan kaum lelaki malah golongan wanita juga mengagumi kecantikan Sabina Altynbekova ini. Memang cantik dan tinggi lampai orangnya!
Kecantikan Sabina mula disedari ketika dia menjadi salah seorang pemain bola tampar bagi negara kelahirannya, Kazakhstan. Dia meraih perhatian luar biasa ketika menyertai Asian Junior Women’s Volleyball Championship di Taipei, Taiwan pada tahun 2014 ketika Sabina baru berusia 17 tahun.
Disebabkan bakat dan wajah cantik Sabina dalam sukan ini, dia terus menjadi bualan sensasi di internet dan pernah mendapat julukan ‘The World’s Most Beautiful Volleyball Player’.
Namun, segelintir pihak mempersoalkan penglibatannya dalam bidang sukan kerana beranggapan wanita cantik sepertinya tidak sesuai memilih kerjaya sebagai atlet bola tampar. Sampai wajah cantik Sabina sentiasa menjadi bualan berbanding bakatnya dalam arena sukan berkenaan.
Setiap kali kelibat Sabina muncul dalam sesuatu pertandingan, penonton akan memberi sepenuh tumpuan kepada wanita berusia 25 tahun ini. Disebabkan ‘tumpuan’ itu, jurulatih Sabina kurang senang dengan limelight yang diberikan kepada atlet cantik ini kerana memberi kesan dan mengganggu perhatian pemain yang lain.
Sudahnya, Sabina jarang mendapat peluang untuk beraksi dalam beberapa perlawanan dan tidak mampu mengembangkan bakatnya. Malah, dia juga menerima kritikan kerana dikatakan terlalu cantik untuk bermain bola tampar.
Sebagai atlet, pastinya perkara itu menjejaskan reputasi Sabina kerana jiwanya sudah cukup sebati dengan sukan sejak kecil.
Pada 25 Disember 2020, berita perkahwinan Sabina bertebaran di media sosial. Menguatkan lagi khabar tersebut apabila Sabina sendiri memuat naik gambarnya di samping seorang lelaki sambil memakai selendang.
Sekali gus memberi gambaran jelas bahawa dia sudah bergelar isteri. Kongsinya, “Finishing this year as the wife of the best man.” Selain gambar berkenaan, hashtag Sabina juga mencuri tumpuan apabila menggunakan #mashaallah, #alhamdulillah dan #nikah.
Memetik laporan media antarabangsa, jejaka yang berjaya menambat hati jelitawan ini ialah Sayat Salmanuly. Lelaki yang berasal dari Kazakhstan ini juga dikatakan lapan tahun lebih berusia daripada Sabina.
5 Oktober 2021, Sabina mengejutkan peminat apabila memuat naik gambar bayi yang merupakan anak sulungnya. Kongsi jelitawan ini, “5.10.2021 I’ve never waited for any man as much as you, my son. Welcome to the family full of love and care.”
Bagaimana pun, Sabina dan suami belum mendedahkan wajah anak mereka kepada umum. Sepanjang kehamilan juga Sabina jarang berkongsi gambarnya ketika berbadan dua.
Paling mencuri perhatian ialah biarpun baru beberapa bulan bersalin, Sabina berjaya mengekalkan tubuh langsingnya. Ini dibuktikan dalam salah satu posting yang memaparkan dia bersama suami keluar beriadah di samping anak mereka.
Dengan tercetusnya fenomena kerana wajah cantik Sabina dalam sukan bola tampar sehingga dikenali di serata dunia, Sabina berjaya meraih lebih sejuta pengikut di laman Instagram. Ia pastinya menjadi medium terbaik buat Sabina untuk terus dikenali dan mengembangkan bakat dalam bidang yang diminati.
Sabina juga melancarkan jenama pakaian sukan miliknya sendiri iaitu ‘S20’ yang menawarkan rekaan pakaian sukan dan aksesori berkaitan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...