Aktres Bollywood Alia Bhatt Kacukan India-British, Menang ‘Best Actress’ Menerusi Watak Berhijab

Kehadiran aktres Bollywood Alia Bhatt dalam industri perfileman India telah menyemarakkan lagi kemeriahan dunia lakonan yang sedia ada.

Bakat lakonan yang ada dalam diri wanita kacukan India-British ini mengalir melalui genetik kedua ibu dan bapanya. Mahesh Bhatt merupakan ayah kepada Alia Bhatt seorang pengarah filem, produser dan penulis skrip yang terkenal di industri perfileman India. Ayah kepada Alia Bhatt kini berusia 73 tahun.

Foto: Instagram @aliaabhatt

Manakala ibunya, Soni Razdan merupakan seorang pelakon dan pengarah filem yang terkenal di dunia perfileman Hindi. Ibu kepada aktres Bollywood Alia Bhatt ini telah dilahirkan di Birmingham, United Kingdom dan kini berusia 65 tahun.

Darah seni yang mengalir dalam diri Alia Bhatt diiktiraf sehingga telah dinobatkan empat anugerah Filmfare Awards yang sangat terkenal di dunia perfileman India.

Foto: Instagram @aliaabhatt

Paling menarik perhatian apabila selebriti ini meraih gelaran sebagai Best Actress di Filmfare Awards 2020 menerusi filem Gully Boy. Dalam filem ini wanita cantik ini telah melakon watak utama sebagai Safreena seorang wanita Muslim yang juga berhijab.

Foto: Instagram @aliaabhatt

Komen Alia Bhatt mengenai penampilannya berhijab dalam filem tersebut menerusi temu bual bersama BBC Asian Network, “My character Safeena was written to the tee. She’s a normal girl. She goes to college and wears a hijab. She wears it because it is her culture. So, no, I don’t find it odd or surprising.

” katanya.

Filem Gully Boy bukan kali pertama Alia Bhatt melakonkan watak Muslimah. Dalam filem Raazi juga aktres ini telah menjayakan watak seorang pengintip dan beberapa kali memakai burka dalam filem tersebut.

Foto: Instagram @aliaabhatt

Wanita berusia 28 tahun ini pernah tersenarai dalam senarai Forbes India’s Celebrity 100 sejak 2014 dan pernah tersenarai dalam senarai 30 Under 30 tahun 2017 oleh Forbes Asia.

Pelakon filem Gangubai Kathiawadi ini juga dikhabarkan menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Bollywood Ranbir Kapoor. Ada juga khabar angin yang mengatakan pasangan ini telah berkahwin namun baik Alia Bhatt mahupun Ranbir Kapoor masing-masing mengunci mulut tentang berita ini.

Baca juga; Ballerina Keturunan Rusia-Australia Ini Berhijab

Share
Published by
Hamizatul Maizan