“Aku Bersedia Melepaskan Dia” Luahan Didie Alias Di Majlis Pernikahan Anaknya Buat Ibu Bapa Sebak

Jika diamati kata-kata di atas, mungkin banyak ibu bapa yang baru memasuki fasa ‘melepaskan anak berkahwin’ sebak dan mengalirkan air mata. Inilah yang dikongsikan oleh selebriti Didie Alias sewaktu menyaksikan pernikahan anak perempuan kesayangannya, Nurdinie Ridzuan.

Didie Alias atau lebih dikenali Lady Gaga Malaysia, baru sahaja menerima menantu awal tahun baru lalu. Majlis pernikahan dan resepsi tersebut dilakukan secara kecil-kecilan, dengan hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat mereka.

Beliau yang juga pengacara dan pelawak popular berusia 48 tahun ini mempunyai lima orang anak.

“Alhamdullillah syukur selesai sudah majlis pernikahan dan resepsi anak perempuan mumy yang kedua.

2.1.2021 tarikh bersejarah buat mumy melepaskan tanggungjawab dan amanah Allah selama 24 tahun menjaga, membesarkan dan mendidik Dinie selama ni.

Mumy serahkan tanggungjawab mumy kepada menantu baru mumy, Hanif Lutfi. Jagalah puteri mumy sebaiknye ye. Sebagaimana mumy menjaga die selama nie.

Berat rasenye hati seorang ibu melepaskan… Semuanya sudah tertulis. Mumy doakan semoga anak mumy berkekalan hingga ke Jannah,menjadi isteri yang solehah buat suami.

Mumy hanya dapat melaksanakan majlis yang kecil dengan keadaan pendamik yang semakjn teruk. Mumy harap korang happy dgn ape yang mumy sediakan buat majlis yang tak seberapa untuk Dinie dan Hanif. Fuhhh sebak rasa bile jari nie menaip.

Kepada yang tidak mendapat jemputan, mumy mohon maaf dan kepada yang menghadiri majlis malam tadi, apa yang kurang dari pihak mumy, mumy mohon ampun dan maaf. Mumy mampu merancang, hanya Allah penentu segalanya,” tulis Didie Alias.

“Aku bersedia melepaskan dia.”

Hati mak mak memang cepat tersentuh. Maklumlah pasal anak ni bukan kes ringan. Seboleh mungkin nak berikan yang terbaik untuk setiap anak lebih-lebih lagi menjelang hari perkahwinan.

Bertempat di Memoire Suites City Hotel, Kuala Lumpur, majlis persandingan Nurdinie dan pasangan, Hanif Lutfi telah dilangsungkan pada waktu malam, 2 Januari 2021. Berlatarkan bulan bintang serta pemandangan ibu negara yang terbentang indah, majlis di pinggir kolam renang itu benar-benar memukau pandangan.

Dinie yang kini berusia 25 tahun dan merupakan seorang Pengurus Projek, tampil menawan dalam busana kurung serba putih rekaan Ari Wedding Couture.

Wajahnya yang jelita saling tak tumpah seperti ibu tersayang, manis sangat!

Sebagai ibu pengantin, penampilan Didie Alias pun tak kurang hebatnya. Mengenakan persalinan dress moden kuning mentega rekaan Aisyah Razali, wanita yang kini sibuk menjalani penggambaran drama itu tetap menarik perhatian dengan keletahnya yang bersahaja.

Mengimbau kenangan mempelai sewaktu majlis pertunangan

Tahniah dan selamat pengantin baru Dinie & Hanif. Semoga perkahwinan kalian berkekalan bahagia buat selama-lamanya serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Sumber: IG @ladydidiemsia dan @dinierdzn

 

IKLAN
Share