Pergolakan rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof terus tidak menampakkan sebarang tanda-tanda untuk berdamai apabila kedua-dua mereka saling berbalas kenyataan di media sosial. Terbaharu, Puteri Sarah membuat pengakuan, kekesalan yang dilakukan dalam hidupnya ialah berkahwin dengan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.
Pengakuan itu dibuatnya dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya, sebentar tadi. Selain itu Puteri Sarah sekali lagi membuat permintaan untuk Syamsul menceraikannya agar dia dapat keluar daripada perkahwinan yang disifatkannya penuh toksik.
“Aku hanya mahu ‘move on’ dan gembira bersama anak-anak aku. Satu benda yang paling aku yakin menyesal aku lakukan dalam hidup aku ialah berkahwin dengan kau.”
Dalam hantaran itu juga, artis berkenaan turut meluahkan betapa dia sudah terlalu penat untuk melalui proses yang penuh ‘drama’, namun bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang baik.
“Sejujurnya aku sangat penat dengan semua drama yang berlaku. Kepada Mohd Shamsul, kau tak nak bagi nafkah aku? Suka hati kau. Kau nak menang? Kau menanglah, aku kalah. Kau jawab kat akhirat nanti. Aku hanya mahu keluar daripada perkahwinan toksik ini,” tulis Puteri Sarah dalam hantaran yang bercampur bahasa Melayu dan Inggeris itu.
Ibu kepada dua orang anak itu juga menegaskan, sekiranya Syamsul mendambakan kemenangan daripada perbicaraan kes itu, dia sedia memberikannya kepada suaminya.
“U nak menang? U ambillah semua harta-harta u. Aku tak nak satu sen pun. Cuma hak anak sebagai ayah bertanggungjawab. Lepaskan aku, ceraikan aku,” pinta Puteri Sarah daripada Syamsul.
Ads
Pada 18 April lalu, pasangan berkenaan pada asalnya dijangka menemui jalan penyelesaian terhadap krisis rumah tangga mereka, namun, keadaan sebaliknya pula berlaku apabila Syamsul menarik balik keputusannya untuk menceraikan Puteri Sarah.
Syamsul berkata, keenggannya melepaskan Puteri Sarah disebabkan oleh isterinya menambah beberapa terma dalam perjanjian perceraian mereka termasuk isu nafkah dan kes terhadap madunya, Ira Kazar.
Ads
Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul mengejutkan dunia hiburan apabila membuat pengakuan memadukan Puteri Sarah dengan menikahi Ira Kazar di Thailand.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenangan Ramadan tahun lalu pastinya menjadi memori paling sukar dilupakan Nur Irdiena Hakim. Pada tanggal 18 Mei 2019 bersamaan 13 Ramadan 1440 Hijrah itulah arwah ibunya yang juga pengasas kosmetik Dnars Skincare Faziani Rohban Ahmad telah kembali ke rahmatullah.
Pemergian arwah bukan hanya mengejutkan ahli keluarga bahkan rakan pengusaha kosmetik dan masyarakat yang mengenalinya turut terkesan dengan khabar sedih tersebut. Arwah Faziani Rohban dilaporkan meninggal dunia setelah terbabit kemalangan jalan raya bersama suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim di Pattani, Thailand.
Difahamkan ketika itu mereka sedang dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala untuk memberi sumbangan. Mengakui cukup terkesan dengan kehilangan arwah ibu tersayang, anak perempuan arwah yang mewarisi wajah Faziani Rohban ini meluahkan rasa rindu saat Ramadan datang menjelma tahun ini.
Kongsi Irdiena, “Hanya di sini tempat untuk aku mencari kekuatan, di pusara bonda tercinta. Bonda, ini adalah tahun pertama yang sangat berat bagi kamiiaitu membuat persediaan bagi permulaan bulan Ramadan tanpa seorang ibu. Tanpa suaramu, tiada lagi ketukkan sahur darimu, tiada lagi arahan darimu.
Ya Allah begitu cepat masa berlalu. Ya Allah kuatkan hati serta seluruh ahli keluarganya untuk menempuhi hari-hari yang akan mendatang tanpa adanya insan yang paling mereka cintai. Al-fatihah – Faziani bt Rohban Ahmad. Salam Ramadan, semoga Ramadan kali ini membawa seribu kerahmatan dan keinsafan kepada semua umat Islam.”
Apa yang pasti, pemergian Faziani Rohban ‘dicemburui’ ramai kerana arwah dijemput pulang bertemu Sang Pencipta pada bulan yang mulia dan dalam keadaan dirinya sedang membuat kebaikan. Allahu, mungkin inilah ganjaran yang diberikan kepada insan berjiwa pemurah yang tidak lokek berkongsi rezeki saban tahun terutamanya melibatkan pelajar-pelajar tahfiz.
Bahkan beberapa hari sebelum ajalnya, arwah sempat menjemput pelajar Madrasah Ahbabul Mustafa Al Islamiah untuk mengaji di kediamannya selama 40 hari bermula pada hari yang ditakdirkan jatuh pada hari arwah meninggal dunia. Majlis tahlil yang sepatutnya dibuat untuk arwah bapa yang telah meninggal dunia pada bulan Ramadan kira-kira 15 tahun lalu rupa-rupanya menjadi majlis tahlil untuk dirinya sendiri.
Lebih menyentuh hati, arwah juga sudah empat tahun menghulurkan sumbangan kepada madrasah berkenaan dalam bentuk makanan, barang keperluan dan kewangan tanpa pengetahuan ramai. Namun segala jasa dan amalan baik arwah akhirnya diketahui masyarakat pada hari dia meninggal dunia. Semoga kebaikan yang dilakukan arwah Faziani Rohban menjadi inspirasi dan ikutan buat semua untuk saling membantu golongan yang memerlukan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntungnya selebriti cantik, Nur Fazura Sharifuddin dapat dekati Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor. Bukan sebarangan orang dapat peluang macam tu! Lebih-lebih lagi menerima undangan majlis sambutan peribadi DYMM Tengku Permaisuri Norashikin sempena ulang tahun kelahiran baginda pada 4 Jun lepas.
Diadakan secara privasi dan hanya dihadiri oleh kenalan terdekat, Fazura menerusi Instagram miliknya menzahirkan rasa terharu kerana diberi peluang memeriahkan majlis tersebut.
Kongsi isteri kepada pelakon Fattah Amin ini, Tengku Permaisuri Norashikin tidak mengetahui kehadiran mereka dalam majlis berkenaan dan merancang untuk membuat kejutan.
Kongsi Fazura, “Faz dan Fattah telah berpeluang menghadiri majlis sambutan peribadi untuk DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Tema majlis ialah Bollywood, tema yang sangat meriah.
Faz dan Fattah adalah antara hadiah kejutan kepada DYMM Tengku Permaisuri pada majlis tersebut. Misi kami membawa kek untuk memberikan kejutan manis kepada Tuanku Permaisuri.
Itulah cadangannya, namun ketika membawa kek menuju ke hadapan baginda sambil diiringi nyanyian “Happy Birthday”, dapat dirasakan yang sedang mengalami kejutan ialah kami berdua.
Sungguh, dapat kami lihat Tuanku Permaisuri sangat berkenan dan sukacita dengan kehadiran kami. DYMM Tuanku Sultan kurniakan senyuman. Sungguh besar jiwa baginda Tuanku berdua.”
Pastinya momen tersebut meninggalkan kenangan terindah buat Fazura dan Fattah. Iyalah, jadi ‘tetamu istimewa’ buat Tengku Permaisuri Selangor.
Fazura yang mengenakan persalinan rona beige jelas kelihatan anggun dan gembira sepanjang majlis.
“Kami pulang dari majlis membawa pelbagai kenangan manis yang tidak akan dilupakan. Yang paling tersemat di hati kami ialah baginda Tuanku berdua is such a lovely and loving couple, warm and humble. Kami sangat kagum, sebagai contoh kepada kami.
Once again, our best birthday wishes to our Queen, may Allah SWT bless you always with happiness and may you always find favour in His eyes. Semoga Allah SWT lanjutkan usia DYMM Tuanku Sultan dan DYMM Tuanku Permaisuri. Amin.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Jika dah lahir dalam keluarga berdarah seni, pastinya dari kecil dah nampak bakat semulajadi. Itu yang dapat digambarkan tentang keupayaan anak kepada penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Siti Nurhaliza atau Tok Ti yang berkongsi di Instagramnya hantaran video, menyaksikan anaknya Aafiyah yang baru berusia 4 tahun bermain piano.
Yang pasti, Tokti menjadi individu paling terharu malah sebak menyaksikan anaknya melakukan persembahan menerusi konsert piano pertama yang disertainya. Meski baru berusia 4 tahun, namun kemahiran Aafiyah bermain piona mengikut pitch nyata mengujakan. Aafiyah dikhabarnya sudah lama mengikuti kelas piano sejak dari kecil lagi.
Di dalam video tersebut, Aafiyah bersama jurulatih muziknya memainkan lagu berjudul Twinkle Twinkle Little Star, malah Aafiyah juga dikatakan pelajar termuda yang membuat persembahan.
“Hari ini Aafiyah menyertai konsert piano pertamanya.. Ibu bila teacher @illypianoacademy kata Aafiyah ada konsert, ibu yang nervous sebab Aafiyah antara yang paling muda iaitu 4 tahun dan takut dia panic (ibu je over thinking sebenarnya) Bila makin dekat ibu lagi nervous bercampur excited”, jelas Tok Ti di dalam kapsyennya.
Tok ti menjelaskan yang beliau juga berasa begitu sebak dapat melihat anaknya membuat persembahan. Tambahannya lagi, beliau berkata suaminya Dato’K memuji Aafiyah yang mempunyai gaya kerana jarinya yang begitu lentik.
“Hari ini ibu rasa sebak mula2 tengok Aafiyah perform .. Ayah pun bangga je bila tengok anak dara dia perform sambil lentik2 jari tuuu.. (Ada gayaa kata Ayah). Semoga Aafiyah dapat menimba segala ilmu dengan baik anakku.. Ibu dan Ayah selalu doakan ye.. Tq teacher @illypianoacademy yang sentiasa sabar mendidik anak ibu ye..Tahniah untuk majlis hari ini..”, akhiri Tok Ti.
Dalam ruangan komen pula dapat disaksikan ramai yang mengagumi dan kemahiran Aafiyah di usia muda, termasuk dari kalangan rakan artis dan selebriti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...