Akui Tidak Mudah MOVE ON Namun Ziana Zain Terus Cekal & Semangat Tinggi

Selebriti terkenal, Ziana Zain yang sedikit masa dahulu menggemparkan industri apabila memfailkan perceraian bersama suami yang telah dikahwininya selama 20 tahun. Kekuatan yang dimiliki penyanyi lagu Madah Berhelah ini bukan calang-calang.

Foto: Instagram @iamzianazain

Wanita yang kini sudah berusia 51 tahun ini terus optimis meneruskan kehidupan bersama anak-anak tercinta dan kelihatan telah move on. “Sebagai wanita biasa, jujur saya katakan bukan mudah untuk move on. Ada wanita yang terpaksa tunggu bertahun-tahun dan ada juga hanya mengambil masa yang singkat sahaja.

Foto: Instagram @iamzianazain3

Bagi saya setiap rencana hidup kita sudah di tulis oleh Allah SWT dan bila sampai masanya Allah SWT kata masa untuk move on

, ini merupakan gerak dariNya. Saya selalu bersyukur dan sering meminta kepada Yang Maha Esa untuk diberi kekuatan dan dikurniakan keberkatan hidup. Apabila kita berdoa dan selalu meminta serta reda dengan ketentuan Ilahi, insyaAllah we can move on.
Foto: Instagram @iamzianazain

Bagaimana mahu menjadi wanita yang cekal? Kadang kadang nak jadi cekal itu kita terpaksa melalui banyak episod dalam kehidupan. Seperti saya melalui kehidupan sebagai manusia biasa dan juga artis terdengar juga kata-kata yang sedap di dengar, tak sedap di dengar dan kadang-kadang boleh menjatuhkan air muka.

Foto: Instagram @iamzianazain

Tetapi bagi saya jangan peduli apa orang kata kerana mereka tidak kenal siapa kita. Apa yang penting saya tahu keluarga sentiasa berada di sisi untuk mengharungi dugaan hidup. Jangan fikir kata-kata yang boleh merosakkan kita dan bulatkan hati untuk terus mengatur langkah meneruskan kehidupan. Apa sahaja yang berlaku tiada siapa yang akan membantu kecuali ahli keluarga kita sendiri.

Kita wanita adalah insan begitu istimewa kerana telah dianugerahkan semangat yang luar biasa. Kewujudan wanita ini juga boleh dikatakan unik kerana kita mampu mempunyai kerjaya dan dalam masa yang sama berupaya menjaga anak malah memasak untuk keluarga serta melakukan kerja rumah.

Ini juga yang akan membuatkan kita wanita yang kuat dan cekal, jadi kita wanita kita patut menggunakan keistimewaan ini dengan sebaiknya,” tutur Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zin.

Foto: Instagram @iamzianazain
Foto: Instagram @iamzianazain

Nasihat Ziana buat untuk wanita yang dibelenggu dengan masalah rumah tangga terutama yang mengalami penderaan domestik agar mencari jalan keluar dengan meminta pertolongan daripada saluran yang betul.

Foto: Instagram @iamzianazain
Foto: Instagram @rizmanruzaini

Tambah Ziana terdapat banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang boleh memberi bantuan kepada wanita yang mempunyai masalah. Jangan malu untuk bertindak kerana bukan kita seorang sahaja mempunyai masalah. Kuatkan semangat dan paling penting mencari saluran yang betul.

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed