Aktor Hollywood, Al Pacino kembali menunaikan tanggungjawab menyalin lampin dan menyusukan bayi sebaik sah bergelar bapa pada usia mencecah 83 tahun. Hal tersebut walaubagaimanapun membuatkan beliau teruja kerana sekali lagi berpeluang merasai nikmat itu saat menimang anak keempat, Roman Pacino pada 15 Jun.
Kelahiran bayi lelaki itu merupakan bukti cintanya dengan Noor Alfallah, 29 tahun, seorang penerbit dalam industri hiburan di sana. Meskipun jarak perbezaan usia pasangan ini mencecah 54 tahun, ia langsung tidak menjejaskan hubungan intim mereka.
Bintang Godfather itu dan Noor Alfallah dikatakan menjalin hubungan sejak pandemik COVID-19. Namun hubungan cinta mereka hanya mula diketahui umum pada April 2022.
Justeru, kehadiran si kecil itu adalah tanda kasih dan bukti wanita berkenaan yang sangat mencintai Al Pacino serta menyukai lelaki yang jauh lebih berusia daripadanya.
Spekulasi yang mendakwa Noor Alfallah mendekati Al Pacino kerana hartanya serta-merta disangkal. Menurut laporan Page Six,
wanita jelita asal Kuwait itu sebenarnya anak orang berada.Wanita jelita berkelulusan Sarjana Penerbitan Filem & TV dari UCLA tersebut kini merupakan seorang penerbit. Antara hasil kerja Noor Alfallah adalah La Petite Mort, Brosa Nostra dan terbaharu Billy Knight.
Merupakan anak sulung daripada empat beradik, Noor Alfallah merupakan kakak kepada Sophia, Remi dan Nasser. Keluarga bahagia itu membesar di Beverly Hills, California.
TERUJA
Pun begitu, Al Pacino mengakui terkejut dan tidak menyangka akan dikurniakan cahaya mata pada usia senja iaitu 83 tahun.
“Saat orang lain menimang cucu pada usia 83 tahun, saya pula dikurniakan bayi lelaki. Apa pun saya sangat gembira.” Al Pacino
Sekadar makluman, selain Roman, Pacino sebelum itu memiliki tiga anak perempuan iaitu Julie Pacino, 33, dan kembar Olivia Pacino dan Anton Pacino yang kini berusia 22 tahun.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/pelajar-phd-bakal-jadi-ibu-nazirah-nasir-teruja-timang-anak-sulung-usia-26-tahun/
This website uses cookies.