Ramai yang sudah tahu pelakon dan juga bekas finalis Dewi Remaja 2009/10, Ramona Zamzam kini sedang hamil. Ramona telah bernikah dengan lelaki pilihan hati dari Palestin, Rami Alashkar pada 1 Mei 2015 yang lalu.
Berjumpa Ramona di majlis pelancaran By Terry di Garden Mall baru-baru ini, memberi kesempatan kepada Nona untuk bertanya khabar. Sekejap sahaja sudah 22 minggu rupanya usia kandungan Ramona. Tahniah Nona ucapkan!
Mengulas tentang perasaan ketika pertama kali menerima berita gembira ini, ujarnya, “Excited! Macam tak percaya pun ada sebab saya dan suami memang merancang sebelum ini. Memang kami target untuk relaks selama 2 tahun. Jadi syukur sangat-sangat atas kurniaan ini. Alhamdulillah.
Kandungan saya sekarang sudah mencecah 22 minggu. Dah half way tapi tak sabar sebenarnya. Saya bersyukur sangat kerana tidak melalui fasa morning sickness yang teruk.
I’m having such a smooth pregnancy, consider so lucky for a first time mom. Memang dari awal tak ada apa alahan langsung. Tak ada kata tak boleh makan itu, makan ini dan tak boleh bau itu, bau ini. Semua maintain sama saja macam before pregnant.
Cuma bezanya perut makin besar dan stamina mula berkurangan. Sebelum mengandung tenaga lagi banyak tapi sekarang cepat penat. Tapi so far saya siap pergi holiday dengan suami, tidur atas kapal, panjat bukit semua alhamdulillah tak ada masalah langsung,” ujar Ramona teruja tentang kandungan pertamanya.
Mengidam
Bila bersembang dengan ibu mengandung pasti tidak akan terlepas bercerita tentang perasaan mengidam. Cuba mencungkil rahsia tentang keinginan ganjil wanita berusia 27 tahun ini, sambil tersenyum jawabnya, “Ada satu hari itu tiba-tiba saya teringin nak masak telur itik masak lemak cili padi.
Jenuh satu hari saya dan suami mencari telur itik. Suami suggest beli je lauk kat kedai, tapi saya tak nak dan nak masak sendiri juga. Habis tu kitaorang pun pusing habis semua kedai cari telur itik. Lepas kedai keenam baru jumpa.
Sampai suami bising, dia kata kalau macam ni next time dia bela itik je senang! Tapi sekali tu je pun, lepas tu tak teringin apa-apa pun,” jelas Ramona atau nama sebenarnya, Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam.
Tambah wanita yang mudah mesra ini, keadaan dirinya sekarang membuat suami menegah untuk dia melakukan aktiviti yang telah sebati dengan dirinya. “Situasi sekarang saya agak boring sebab banyak benda tak boleh buat. Saya ni pula jenis lasak.
So all kind of activities kena stop! Rasa tak sabar sangat nak bersalin kemudian nak sambung semua aktiviti,” terangnya.
Ketika ditanya persoalan tentang berubah bentuk badan selepas bersalin kelak, Ramona bersemangat untuk mengekalkan bentuk badannya. “Takut! Memang itu la benda yang paling saya risau sekarang ini.
Especially baju-baju sebelum ni semua kecil-kecil. Jadi saya dah tetapkan dalam mindset no matter what happen sekali pun, kena work out sampai dapat balik bentuk badan sebelum mengandung.
Mengenai amalan berpantang kelak, saya tidak pegang pada modern way at all, in fact memang saya nak sangat-sangat cari yang tradisional punya. Lagi tradisional lagi bagus. Tak kisah la susah dan seksa sekejap.
Sabar jap janji lepas tu dapat result yang diingini. Baik juga untuk kecantikan dalaman, kan?” tegas wanita berasal dari Ipoh, Perak ini.
Bercerita tentang perkembangan terkini, “Sekarang sebab dah pregnant so saya dah tak berlakon la buat masa ni. Banyak orang ingat saya nak bersara terus but nooooo! Saya tetap akan terus berlakon bila dah selesai proses bersalin dan berpantang nanti.
InsyaAllah kalau diizinkan keadaan. Terakhir saya shoot drama My Sweet Lavender untuk bulan Ramadan. Ketika tengah shoot baru dapat tahu berita mengandung ini. Jadi lepas tu tak ambil mana-mana tawaran.
Sekarang saya hanya pergi event dan buat photo shoot sahaja. Next project saya tengah tunggu filem KL Special Force untuk ditayangkan di pawagam,” jelas wanita yang berkelulusan Pengurusan Perniagaan dari Kolej Segi ini.
Setiap artis mempunyai akaun di Instagram dan Ramona juga begitu dengan jumlah 315k pengikut di laman sosial itu. Mengajukan tentang trend artis membuka akaun Instagram anak kecil di laman itu, jawabnya ringkas, “So far tak kot!” Hamizatul Maizan Mohamed