Siapa yang taknak anak mencintai al-Quran kan? Bertuah sungguh Siti Saerah Tarudin kerana mempunyai anak yang bukan saja pandai menyanyi malah pandai juga mengalunkan surah-surah al-Quran dengan suara yang sungguh merdu.
Sejak Umairah atau mesra di sapa Umai buat tanda pagar #mengajichallenge, ramai yang mula mengikuti perkembangannya dan tak sabar menanti bacaan al-Quran yang akan dialun Umai. Malah, penyanyi no.1 negara yang juga merupakan ibu saudara Umai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza juga turut repost video bacaan surah Ad-Dhuha alunan Umai.
Banyak juga video bacaan yang Umai kongsikan di laman Instagramnya dan rata-rata netizen memberikan komen yang sangat positif. Malah ada yang memuji cara bacaan Umai.
Sebelum ini, Umai juga ada berkongsi foto bersama guru yang mengajarnya mengaji. Bertuah Umai mendapat didikan sejak dari awal. Haruslah pujian diberikan kepada ibunya Siti Saerah. Adik-beradik Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini sememangnya dianugerahkan dengan suara merdu.
Selain Dato’ Sri Siti Nurhaliza, adik beradiknya yang lain seperti Siti Nor Saida dan Siti Saerah sendiri mempunyai suara yang sedap di dengar. Mungkin bakat ini turun kepada anak-anak saudara dan anak sendiri kot! selain mengaji, Umai juga turut memuatnaik video dia menyanyi dan suaranya? Memang sangat merdu.
Jika di majlis-majlis keraian, anak Siti Saerah ini seringkali menjadi tumpuan lebih-lebih lagi apabila dia berduet bersama ibu saudaranya. Walaupun Nampak malu-malu pada awalnya, tetapi akhirnya Umai menunjukkan keyakinan yang tinggi untuk menyampaikan lagu di hadapan khalayak.
Walau apa pun, kita doakan yang terbaik dan kecemerlangan di dunia dan akhirat buat Umai. Kalau nak tengok lebih banyak video nyanyian dan alunan al-Quran dari Umai, bolehlah singgah di Instagram umairah_sairahtarudin.