Pernah tak anda perasan, berat badan tak naik pun tapi dagu berlapis. Bila lemak di bahagian leher tu dah berlebihan memang masalah double chin ni akan berlaku. Kadang-kadang nak selfie pun malu. Masalah dagu berlapis ini juga sangat ditakuti oleh kaum wanita terutamanya. Jangan risau, kini masalah tu boleh diatasi dengan mudah.

Ini ada beberapa contoh senaman mudah yang boleh anda praktikkan di mana-mana saja. Sedang duduk sambil layan movie kegemaran di laptop dan ketika jalan sesak dalam kereta pun boleh. Tiada masalah.

Ads

 

1. The Kiss

Sambil berdir, dongakkan kepala ke atas. Kemudian muncungkan bibir seolah-olah ingin mencium selama 5 saat. Relaks dan kembalikan kepala kepada keadaan asal. Ulang langkah ini 15 kali.

Alamak, Dagu Berlapis! Ini Senaman Hilangkan ‘DOUBLE CHIN’ Paling Mudah Tapi Berkesan

 

2. STICK IT OUT

Pandang ke depan dan buka mulut luas-luas. Kemudian jelirkan lidah perlahan-lahan dalam kiraan 5. Masukkan semula lidah dalam kiraan 5. Ulang langkah ini 10 kali.

Alamak, Dagu Berlapis! Ini Senaman Hilangkan ‘DOUBLE CHIN’ Paling Mudah Tapi Berkesan

 

3. JAW JUT

Dongakkan kepala ke atas.Tolak rahang dari bawah ke depan sehingga terasa stretching di bawah dagu. Buat dalam kiraan 10 dan relaks semula rahang. Ulang langkah ini 10 kali.

Alamak, Dagu Berlapis! Ini Senaman Hilangkan ‘DOUBLE CHIN’ Paling Mudah Tapi Berkesan

 

4. NECK ROLL

Berdiri dan tundukkan kepala sehingga dagu mencecah ke dada. Pusing kepala ke kanan perlahan-lahan dalam kiraan 5. Kemudian kembalikan kepala ke posisi asal. Pusing kepala ke kiri pula dalam kiraan 5. Ulang semula dalam masa 30 saat.

Ads

Alamak, Dagu Berlapis! Ini Senaman Hilangkan ‘DOUBLE CHIN’ Paling Mudah Tapi Berkesan

5. TONGUE ON TEETH

Berdiri dan buka mulut seluas-luasnya. Selitkan hujung lidah di belakang barisan gigi bawah. Kemudian, hirup udara melalui mulut dan keluarkan udara sambil membuat bunyi ‘ahhh’. Lakukan selama satu minit, relaks dan ulang lagi sekali.

Alamak, Dagu Berlapis! Ini Senaman Hilangkan ‘DOUBLE CHIN’ Paling Mudah Tapi Berkesan

 

6. CHIN SLAP

Ads

Sambil  pandang depan, tampar bawah dagu dengan belakang tangan perlahan-lahan. Lakukan selama 30 saat.

Alamak, Dagu Berlapis! Ini Senaman Hilangkan ‘DOUBLE CHIN’ Paling Mudah Tapi Berkesan

 

7. IN AND OUT

Bentukkan tangan anda seperti V dan letak ibu jari pada hujung rahang. Pastikan jari lain berada di sebelah pipi. Kemudian, tolakkan muka ke hadapan dengan perlahan-lahan. Biarkan selama  30 saat dan tolak semula ke belakang. Relaks dan ulang tiga kali.

Alamak, Dagu Berlapis! Ini Senaman Hilangkan ‘DOUBLE CHIN’ Paling Mudah Tapi Berkesan

 

8. LAYING LIFTS

Baring dan angkat kepala perlahan-lahan hingga dagu mencecah dada. Biarkan selama 10 saat. Kemudian kembalikan kepala pada sisi asal. Ulang dua kali.

Alamak, Dagu Berlapis! Ini Senaman Hilangkan ‘DOUBLE CHIN’ Paling Mudah Tapi Berkesan

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI