Sambutan tahun baharu pelakon popular Indonesia, Acha Septriasa, 33, nampaknya disulami berita sedih apabila dia memaklumkan bahawa dirinya mengalami keguguran anak keduanya baru-baru ini.
Difahamkan aktress Indonesia ini sedang melalui trimester pertama kehamilannya.
The unpredictable news and might be a very unwanted one was ; ‘we’ve Lost the pregnancy’ on the first trimester
we felt deeply saddened , there was a big moment of reflection until right now , however we’ve came back stronger than ever as Family of 3
“It doesnt matter how long you are spending on the earth , how much money you have gathered, or how much attention you have received, it’s the amount of Positive vibration you have Radiated in Life that matters” Amit Ray
My inner strength is knowing when i should take a Break , and relax , don’t forget to live Life.. because the good times of today , are the sad thought of Tomorrow :,)
Perkongsian itu mengejutkan banyak pihak, tatkala ramai selebriti berkongsikan berita gembira dan impian mereka sempena kedatangan tahun baharu, lapor Suara.com.
Baca DISINIhttps://www.nona.my/acha-septriasa-kongsi-khabar-gembira-hamil-anak-kedua/
“Berita yang tidak disangka dan paling tidak dingini adalah kami kehilangan kandungan pada trimester pertama.
“Kami sangat sedih terhadap ketentuan ini dan berjanji akan kembali lebih kuat bersama tiga ahli keluarga,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.
Sebagai penutup hantaran yang dimuat naik itu, Acha yang pernah membintangi filem Heart,
mengharapkan semua supaya menikmati kehidupan di tahun baharu.“Kekuatan batin saya adalah mengetahui bila waktu perlu berehat dan bersantai. Jangan lupa untuk menjalani kehidupan semula.
“Detik-detik gembira hari ini adalah perkara sedih yang akan difikirkan esok. Terima kasih 2022,” katanya.
Acha mendirikan rumah tangga dengan Vicky Kharisma pada 11 Disember 2016 di Jakarta. Meniti usia 32 tahun, Acha atau nama sebenarnya Jelita Septriasa kini menetap di Australia memandangkan suami tercinta berkhidmat sebagai jurutera di sebuah syarikat teknologi di sana.
Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan bernama Bridgia Kalina Kharisma atau Brie. Acha dan Vicky bertemu ketika sama-sama menuntut di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya., Malaysia.
This website uses cookies.